Jon Bon Jovi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jon Bon Jovi
Jon Bon Jovi at the 2009 Tribeca Film Festival 3.jpg
Bon Jovi di Festival Muzik Tribeca 2009
KelahiranJohn Francis Bongiovi Jr.
(1962-03-02) 2 Mac 1962 (umur 58)
Perth Amboy, New Jersey, A.S.
PendidikanSt. Joseph High School
Sayreville War Memorial High School
Pekerjaan
  • Penyanyi-penulis lagu
  • penerbit rakaman
  • dermawan
  • pelakon
Tahun aktif1975–kini
PasanganDorothea Hurley (k. 1989)
Anak4
Ibu bapaJohn Francis Bongiovi Sr.
Carol Sharkey
SaudaraTony Bongiovi (sepupu)
Laman webbonjovi.com
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
  • Vokal
  • gitar
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait

John Francis Bongiovi Jr. (lahir 2 Mac 1962), lebih dikenali sebagai Jon Bon Jovi, ialah penyanyi-penulis lagu, penerbit rakaman, dermawan, dan pelakon Amerika Syarikat. Bon Jovi terkenal sebagai pengasas dan penyanyi kumpulan rock pemenang Anugerah Grammy, Bon Jovi, yang dibentuk pada tahun 1983.

Bon Jovi telah mengeluarkan 14 album studio bersama kumpulannya; Sehingga kini, kumpulan ini telah menjual lebih daripada 130 juta album di seluruh dunia. Bon Jovi juga telah menerbitkan dua album solo. Pada tahun 1990-an, Bon Jovi memulakan kerjaya lakonan, membintangi dalam filem-filem Moonlight and Valentino dan U-571 dan muncul di televisyen di Sex and the City, Ally McBeal dan The West Wing.

Sebagai penulis lagu, Bon Jovi telah dimasukkan dalam Songwriters Hall of Fame pada tahun 2009.[1][2] Pada tahun 2012, Bon Jovi menduduki tempat #50 dalam senarai "Power 100" Billboard Magazine, kedudukan "Orang Yang Paling Berkuasa dan Berpengaruh Dalam Perniagaan Muzik".[3] Pada tahun 1996, Majalah People menamakannya salah satu daripada "50 Orang Paling Cantik Di Dunia".[4] Pada tahun 2000, People menganugerahkan beliau "Sexiest Rock Star".[5]

Bon Jovi ialah pengasas dan pemilik majoriti pasukan Liga Bola Sepak Arena, Philadelphia Soul. Beliau ialah pengasas Yayasan The Jon Bon Jovi Soul, yang ditubuhkan pada tahun 2006.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Blaze of Glory (1990)
  • Destination Anyhwere (1997)

Album secara langsung[sunting | sunting sumber]

  • At the Starland Ballroom Live (2009)

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • The Power Station Years: The Unreleased Recordings (2001)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
1990 Young Guns II Pit inmate shot back into pit (uncredited)
1995 Moonlight and Valentino The Painter
1996 The Leading Man Robin Grange
1997 Little City Kevin
1997 Destination Anywhere: The Film Jon
1998 No Looking Back Michael
1998 Homegrown Danny
1998 Row Your Boat Jamey Meadows
2000 U-571 Leftenan Pete Emmett
2000 Pay It Forward Ricky McKinney
2002 Vampires: Los Muertos Derek Bliss
2005 Cry Wolf Rich Walker
2006 National Lampoon's Pucked Frank Hopper
2011 New Year's Eve Daniel Jensen

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
1999 Sex and the City Seth Episod: "Games People Play"
2002 Ally McBeal Victor Morrison 10 episod
2006 The West Wing Sendiri Episod: "Welcome to Wherever You Are"
2010 30 Rock Sendiri Episod: "Anna Howard Shaw Day"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jon Bon Jovi inducted into Songwriters Hall of Fame". Songwritershalloffame.org. Diarkib daripada yang asal pada Mei 18, 2012. Dicapai pada Julai 21, 2014.
  2. ^ "Richie Sambora inducted into Songwriters Hall of Fame". Songwritershalloffame.org. Diarkib daripada yang asal pada Mei 14, 2012. Dicapai pada Julai 21, 2014.
  3. ^ "U2, Jon Bon Jovi Make Billboard's New Power List". January 30, 2012. Diarkib daripada yang asal pada January 29, 2013. Dicapai pada September 2, 2012.
  4. ^ "The 50 most beautiful people in the world 1996". People. 45 (18): 61. 1996 – melalui Ebscohost.
  5. ^ "Jon Bon Jovi. (cover story)". People. 54 (20): 82. 2000 – melalui Ebscohost.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]