Pergi ke kandungan

Josip Skoko

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Josip Skoko
Skoko bermain untuk Wigan Athletic pada tahun 2007
Maklumat peribadi
Nama penuh Josip Skoko
Tarikh lahir (1975-12-10) 10 Disember 1975 (umur 50)
Tempat lahir Mount Gambier, Australia
Ketinggian 1.77 m (5 ka ​9 11⁄16 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah
Kerjaya remaja
North Geelong Warriors
1992–1993 AIS
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1994–1995 North Geelong Warriors 32 (8)
1995–1999 Hajduk Split 97 (20)
1999–2003 Genk 100 (8)
2003–2005 Gençlerbirliği 58 (4)
2005–2008 Wigan Athletic 45 (0)
2006 → Stoke City (pinjam) 9 (2)
2008–2010 Hajduk Split 64 (1)
2010–2011 Melbourne Heart 22 (0)
Jumlah 427 (43)
Pasukan kebangsaan‡
1993–1995 Australia B-20 11 (3)
2000 Australia B-23 3 (0)
1997–2007 Australia 51 (9)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 13:07, 12 Februari 2011 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 September 2007

Josip Skoko (lahir 10 Disember 1975) merupakan bekas pemain bola sepak Australia yang bermain sebagai pemain tengah. Dia pernah beraksi untuk North Geelong Warriors, Hajduk Split, Genk, Gençlerbirliği, Wigan Athletic, Stoke City dan Melbourne Heart.

Karier kelab

[sunting | sunting sumber]

Karier awal

[sunting | sunting sumber]

Skoko dilahirkan di Mount Gambier dan bermain untuk North Geelong Warriors sebelum berpindah ke kelab Croatia, Hajduk Split pada tahun 1995. Selepas empat tahun di Stadion Poljud dia berpindah ke Belgium bersama Genk. Di Genk, dia diberi peranan sebagai kapten dan membantu pasukannya memenangi liga pada musim 2001–02. Dia kemudiannya menyertai kelab Turki, Gençlerbirliği pada tahun 2003.

Wigan Athletic

[sunting | sunting sumber]

Skoko menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Wigan Athletic pada awal musim 2005-06. Pada 7 Januari 2006, Skoko menyertai kelab Liga Championship, Stoke City secara pinjaman sehingg akhir musim 2005–06.[2] Dia bermain sembilan perlawanan untuk Stoke dan menjaringkan dua gol ketika menentang Sheffield United dan Crystal Palace.[3][4] Dia kemudiannya menandatangani kontrak baru untuk mengekalkannya di Wigan sehingga tahun 2008.

Hajduk Split

[sunting | sunting sumber]

Walau bagaimanapun, pada 21 Julai, Skoko menandatangani perjanjian dua tahun dengan bekas kelabnya, Hajduk.

Melbourne Heart

[sunting | sunting sumber]

Skoko kembali ke Australia dengan menyertai kelab baru A-League, Melbourne Heart.[5]

Karier antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Skoko merupakan ahli skuad Australia selama sepuluh tahun, dari 1997 sehingga 2007. Dia membuat penampilan pertamanya untuk Australia ketika menentang Macedonia pada tahun 1997. Dia juga mewakili negaranya ketika Olimpik 2000.

Gol antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
#TarikhVenueLawanSkorKeputusanPertandingan
123 Februari 2000Üllői úti stadion, Budapest, Hungary Hungary0-20-3Persahabatan
230 Mei 2001Stadium Piala Dunia Suwon, Suwon, Korea Selatan Mexico2-02-0Piala Konfederasi FIFA 2001
331 Mei 2004Hindmarsh Stadium, Adelaide, Australia Tahiti2-09-0Piala Negara-Negara OFC 2004
49 October 2004Stadium Lawson Tama, Honiara, Kepulauan Solomon Kepulauan Solomon0-11-5Piala Negara-Negara OFC 2004
50-3
616 November 2004Craven Cottage, London, England Norway2-12-2Persahabatan
715 Jun 2005Waldstadion, Frankfurt, Jerman Jerman1-14-3Piala Konfederasi FIFA 2005
822 Februari 2006Stadium Kebangsaan Bahrain, Manama, Bahrain Bahrain1-21-3Kelayakan Piala Asia AFC 2007
925 Mei 2006Melbourne Cricket Ground, Melbourne, Australia Greece1-01-0Persahabatan
  1. ↑ "Player Profile". www.footballdatabase.eu. Dicapai pada 22 November 2013.
  2. ↑ "Skoko signs loan deal with Stoke". BBC Sport. 7 February 2006. Dicapai pada 2008-03-15.
  3. ↑ "Stoke 1-3 Crystal Palace". BBC Sport. Dicapai pada 8 May 2013.
  4. ↑ "Stoke 1-1 Sheff Utd". BBC Sport. Dicapai pada 8 May 2013.
  5. ↑ "Skoko confirmed for new club". The Age. 19 May 2010. Dicapai pada 2010-05-19.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]