Pergi ke kandungan

Pasukan bola sepak kebangsaan Mexico

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mexico
Shirt badge/Association crest
GelaranEl Tri (The Tri)
El Tricolor (The Tricolor)
PersatuanPersekutuan Bola Sepak Mexico
Sub-konfederasiNAFU (Amerika Utara)
KonfederasiCONCACAF
Ketua jurulatihGerardo Martino
KaptenAndrés Guardado
Kaps terbanyakAndrés Guardado (179)
Penjaring terbanyakJavier Hernández (52)
Stadium tuan rumahEstadio Azteca
Kod FIFAMEX
Kedudukan FIFA 15 1 (20 Jun 2024)[1]
Kedudukan tertinggi FIFA4 (Mei 1998, Mei 2006)
Kedudukan terendah FIFA26 (Jun 2007)
Kedudukan Elo 21 7 (21 Jun 2024)[2]
Kedudukan tertinggi Elo6 (Jun 2005)
Kedudukan terendah Elo47 (Februari 1979)
Warna utama
Warna kedua
Antarabangsa pertama
 Guatemala 2–3 Mexico Mexico
(Guatemala, Guatemala; 1 Januari, 1923)
Kemenangan terbesar
Mexico Mexico 13–0 Bahamas Flag of the Bahamas
(Toluca, Mexico; April 28 1987)
Kekalahan terbesar
 England 8–0 Mexico Mexico
(London, England; Mei 10 1961)
Piala Dunia
Kemunculan16 (Kali pertama pada 1930)
Keputusan terbaikSuku Akhir (1970, 1986)
Piala Emas CONCACAF
Kemunculan20 (Kali pertama pada 1963)
Keputusan terbaikJuara (1965, 1971,
1977, 1993, 1996,1998,
2003, 2009, 2011, 2015)
Piala Konfederasi FIFA
Kemunculan6 (Kali pertama pada 1995)
Keputusan terbaikJuara (1999)

Pasukan bola sepak kebangsaan Mexico (Sepanyol: Selección de fútbol de México) adalah pasukan bola sepak kebangsaan Mexico dan dikawal oleh Persekutuan Bola Sepak Mexico (FEMEXFUT).[3][4]

Mexico menyertai Piala Dunia pertama pada tahun 1930 tetapi tidak muncul lagi dalam pertandingan sehingga tahun 1950. Sejak 1950 (dibantu oleh kekurangan penyertaan wilayah Amerika Utara), Mexico melayakkan diri untuk enam Piala Dunia berturut-turut, termasuk menjadi tuan rumah pertandingan pada tahun 1970.

Sebelum tahun 1970, Mexico berjuang dengan susah payah apabila dibandingkan dengan pasukan-pasukan Eropah dan Amerika Selatan, dan hanya memenangi sekali dalam lima pertandingan (pada 1962, dengan kemenangan 3-1 menentang Czechoslovakia). Oleh sebab itu, pasukan ini kekadang dirujuk sebagai "Los Ratones Verdes" ("Tikus Hijau"). Bagaimanapun mereka semakin menampilkan pembaikan yang ketara dengan setiap pertandingan, hanya satu mata dicapai pada 1958, 2 mata pada 1962 dan 1966. Penjaga gol, Antonio Carbajal, merupakan seorang yang unggul kerana menjadi pemain pertama untuk muncul dalam lima Piala Dunia berturut-turut, dan mengasaskan diri sebagai legenda dalam permainan antarabangsa ini. Pemain tengah, Salvador Reyes, bermain dalam pertandingan-pertandingan 1958, 1962 dan 1966.

Pada tahun 1970, Mexico mencapai kejayaan yang cemerlang di negara sendiri. Dimasukkan ke dalam Kumpulan 1, mereka memulakan pertandingan dengan kedudukan seri tanpa mata menentang Republik Soviet, diikuti oleh kemenangan-kemenangan menentang El Salvador (4-0) dan Belgium (1-0). Menghadapi Itali di suku akhir, mereka mulanya menang tetapi akhirnya ditewaskan 4-1.

Malangnya, kemajuan ini tidak dapat dikekalkan dan Mexico gagal melayakkan diri pada tahun 1974 (tidak disangka, Haiti melayakkan diri untuk wilayahnya) tetapi mereka kembali pada tahun 1978 hanya untuk ditewaskan oleh Jerman Barat, Tunisia dan Poland. Hugo Sanchez yang muda bermain dalam pasukan 1978 dan kemudian mencapai kejayaan di Real Madrid. Mereka gagal melayakkan diri pada tahun 1982, tetapi menjadi tuan rumah untuk pertandingan 1986 dan sekali lagi mencapai suku akhir dalam pertandingan tersebut.

Mexico tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan pada tahun 1990 kerana didapati memasukkan seorang pemain lewat umur dalam pertandingan kelayakan belia Olimpik CONCACAF bagi Sukan Olimpik 1988 di Guatemala. Sejak itu, Mexico telah melayakkan diri untuk empat Piala Dunia berturut-turut.

Perlawanan Terkini

[sunting | sunting sumber]

Bermula dari 1990an, bola sepak Mexico mulai mengalami kejayaan antarabangsa yang konsisten. Saat peruabahan yang paling penting adalah ketika penyertaan mereka dalam Copa America 1993, di mana mereka mengejutkan ramai dengan mendapat tempat kedua dalam penyertaan sulung mereka, kalah tipis kepada Argentina 2-1 di perlawanan akhir. Dirangsang oleh kejayaan tersebut, Mexico meneruskan kecemerlangan mereka dengan memenangi kumpulannya pada Piala Dunia 1994, iaitu "Kumpulan Maut" dimana ia terdiri daripada mereka sendiri, Itali, Ireland, dan Norway. Sungguhpun Mexico tewas akhirnya pada pusingan kedua di tangan Bulgaria, persembahan tersebut memulakan satu siri kejayaan di pentas utama bolasepak, di mana pasukan Mexico juga layak ke pusingan kedua di kedua-dua Piala Dunia 1998 dan Piala Dunia 2002.

Semenjak mendapat Naib Juara di Copa America 1993, Mexico telah kerap menjadi peserta di kejohanan Amerika Selatan itu dan memberi persembahan yang memberangsangkan. Mereka mendapat tempat ketiga pada kejohanan 1997 dan 1999 dan sekali lagi tempat kedua pada 2001. Malah, Mexica tidak pernah gagal untuk sampai ke peringkat suku akhir Copa America dan dua kali mempunyai penjaring terbanyak kejohanan, Luis Garcia pada 1995 (berkongsi gelaran tersebut dengan Gabriel Batistuta) dan Luis Hernandez pada 1997. Kejayaan yang mengejutkan pasukan ini mencapai kemuncaknya pada tahun 1990 apabila Mexico menganjurkan dan menjuarai Piala Konfederasi FIFA 1999. Mexico memenangi trofi kejohanan FIFA rasmi pertamanya dengan menewaskan Brazil, dalam perlawanan akhir yang menarik dengan berkeputusan 4-3. Bintang Mexico, Cuauhtemoc Blanco, berkongsi gelaran Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak dengan seorang lagi bakal bintang Brazil, Ronaldinho.

Pada dekad 2000, Amerika Syarikat telah terbukti menjadi pencabar kepada dominsai Mexico dalam bola sepak peringkat benua, dengan memenangi Piala Emas 2002 dan menyingkirkan Mexico daripada pusingan kedua di Piala Dunia FIFA 2002. Sungguhpun mengalami kekalahan yang mengecewakan itu, Mexico sekali lagi menganjurkan Piala Emas pada 2003. Malah, Mexico membalas dendam ke atas Amerika Syarikat dengan menyingkirkan mereka pada kelayakan untuk Sukan Olimpik 2004. Bagaimanapun, pada kejohanan Piala Emas 2005, Mexico mengalami kekecewaan apabila tersingkir pada peringkat awal, di mana mereka disingkirkan oleh tetamu Colombia di peringkat suku akhir dengan gol liar apabila perlawanan berbaki lima belas minit lagi.

Kenaikan serentak Amerika Syarikat dan Mexico di arena antarabangsa telah membantu melonjakkan status rantau CONCACAF. Apa yang lebih penting, ia telah membentuk permusuhan yang semula jadi yang membantu perkembangan kedua-dua pasukan kebangsaan itu. Malah, Mexico dan Amerika Syarikat bersaing sengit sewaktu kelayakan untuk Piala Dunia 2006. Mexico mengalahkan Amerika Syarikat 2-1 di Bandar Mexico pada 27 Mac 2005. Pasukan Amerika kemudiannya membalas dendam dengan menumpaskan Mexico 2-0 di Colombus, Ohio, pada 3 September 2005. justeru menempah tempat mereka di Jerman. Sungguhpun begitu, Mexico mengesahkan tempat mereka di Piala Dunia empat hari kemudiannya dengan menewaskan Panama 5-0 di Bandar Mexico. Akhirnya, kedua-dua negara menghabiskan kempen kelayakan mereka dengan rekod yang serupa, 7-1-2, dengan Amerika Syarikat mendapat sedikit kelebihan di atas perbezaaan gol.

Rekod Kejohanan

[sunting | sunting sumber]
Rekod Piala Dunia
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S* K JG GB
Uruguay 1930 Pusingan 1 13 3 0 0 3 4 13
Itali 1934 Tidak layak
Perancis 1938 Menarik diri
Brazil 1950 Pusingan 1 12 3 0 0 3 2 10
Switzerland 1954 13 2 0 0 2 2 8
Sweden 1958 16 3 0 1 2 1 8
Chile 1962 11 3 1 0 2 3 4
England 1966 12 3 0 2 1 1 3
Mexico 1970 Suku Akhir 6 4 2 1 1 6 4
Jerman Barat 1974 Tidak layak
Argentina 1978 Pusingan 1 16 3 0 0 3 2 12
Sepanyol 1982 Tidak layak
Mexico 1986 Suku Akhir 6 5 3 2 0 6 2
Itali 1990 diharamkan
Amerika Syarikat 1994 Pusingan 2 13 4 1 2 1 4 4
Perancis 1998 13 4 1 2 1 8 7
Korea SelatanJepun 2002 11 4 2 1 1 4 4
Jerman 2006 15 4 1 1 2 5 5
Afrika Selatan 2010 14 4 1 1 2 4 5
Brazil 2014 10 4 2 1 1 5 3
Rusia 2018 Pusingan 2 12 4 2 0 2 3 6
Qatar 2022 Pusingan 1 22 3 1 1 1 2 3
Jumlah Terbaik: Suku Akhir 16/22 56 15 14 27 57 98
Rekod Piala Konfederasi FIFA
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S* K JG GB
Arab Saudi 1992 Tidak layak
Arab Saudi 1995 Tempat Ketiga 3 3 1 2 0 4 2
Arab Saudi 1997 Pusingan 1 5 3 1 0 2 8 6
Mexico 1999 Juara 1 5 4 1 0 13 6
Korea Selatan Jepun 2001 Pusingan 1 8 3 0 0 3 1 8
Perancis 2003 Tidak layak
Jerman 2005 Tempat Keempat 4 5 2 2 1 7 6
Afrika Selatan 2009 Tidak layak
Brazil 2013 Pusingan 1 6 3 1 0 2 3 5
Rusia 2017 Tempat Keempat 4 5 2 1 2 8 10
Jumlah Terbaik: Juara 7/10 27 11 6 10 43 43
Rekod Piala Emas CONCACAF
Tahun Pusingan BP M S* K JG GB
El Salvador 1963 Pusingan 1 3 1 1 1 9 2
Guatemala 1965 Juara 5 4 1 0 13 2
Honduras 1967 Naib Juara 5 4 0 1 10 1
Costa Rica 1969 Tempat Keempat 5 1 2 2 4 5
Trinidad dan Tobago 1971 Juara 5 4 1 0 6 1
Haiti 1973 Tempat Ketiga 5 2 2 1 10 5
Mexico 1977 Juara 5 5 0 0 20 5
Honduras 1981 Tempat Ketiga 5 1 3 1 6 3
1985 Menjadi tuan rumah Piala Dunia 1986

1989 diharamkan
Amerika Syarikat 1991 Tempat Ketiga 5 3 1 1 10 5
Mexico Amerika Syarikat1993 Juara 5 4 1 0 28 2
Amerika Syarikat 1996 4 4 0 0 9 0
Amerika Syarikat 1998 4 4 0 0 8 2
Amerika Syarikat 2000 Suku Akhir 3 1 1 1 6 3
Amerika Syarikat 2002 Suku Akhir 3 2 1 0 4 1
MexicoAmerika Syarikat 2003 Juara 5 4 1 0 9 0
Amerika Syarikat 2005 Suku Akhir 4 2 0 2 7 4
Amerika Syarikat 2007 Naib Juara 6 4 0 2 7 5
Amerika Syarikat 2009 Juara 6 5 1 0 15 2
Amerika Syarikat 2011 6 6 0 0 22 4
Amerika Syarikat 2013 Separuh Akhir 5 3 0 2 8 5
Amerika SyarikatKanada 2015 Juara 6 4 2 0 16 6
Jumlah Terbaik: Juara 100 68 18 14 227 63
Rekod Copa América CONMEBOL
Tahun Pusingan BP M S* K JG GB
Ecuador 1993 Naib Juara 6 2 2 2 8 7
Uruguay 1995 Suku Akhir 4 1 2 1 5 4
Bolivia 1997 Tempat Ketiga 6 2 2 2 8 9
Paraguay 1999 6 3 1 2 10 9
Colombia 2001 Naib Juara 6 3 1 2 7 5
Peru 2004 Suku Akhir 4 2 1 1 5 7
Venezuela 2007 Tempat Ketiga 6 4 1 1 13 5
Argentina 2011 Pusingan 1 3 0 0 3 1 4
Chile 2015 3 0 2 1 4 5
Amerika Syarikat 2016 Suku Akhir 4 2 1 1 6 9
Jumlah Terbaik: Naib Juara 45 19 13 13 65 58
rekod Sukan Olimpik
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S* K JG GB
Perancis 1900 Tidak Menyertai
Amerika Syarikat 1904
United Kingdom 1908
Sweden 1912
Belgium 1920
Perancis 1924
Belanda 1928 Pusingan 1 14 2 0 0 2 2 10
Jerman 1936 Tidak Memasuki
United Kingdom 1948 Pusingan 1 11 1 0 0 1 3 5
Finland1952 Tidak layak
Australia1956
Itali1960
Jepun1964 Pusingan 1 11 3 0 1 2 2 6
Mexico1968 Tempat Keempat 4 5 3 0 2 10 7
Jerman1972 Pusingan 2 7 6 2 1 3 4 14
Kanada1976 Pusingan 1 9 3 0 2 1 4 7
Kesatuan Soviet1980 Tidak layak
Amerika Syarikat1984
Korea1988 diharamkan
Sepanyol 1992 Pusingan 1 10 3 0 3 0 3 3
Amerika Syarikat 1996 Suku Akhir 7 4 1 2 1 2 3
Australia 2000 Tidak layak
Greece 2004 Pusingan 1 10 3 1 1 1 3 3
Republik Rakyat China 2008 Tidak layak
United Kingdom 2012 Juara 1 6 5 1 0 12 4
Jumlah Terbaik: Juara 10/18 37 12 11 14 45 64
Rekod Sukan Benua Amerika
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S* K JG GB
Argentina 1951 Tidak memasuki
Mexico 1955 Naib Juara 2 6 1 3 2 10 13
Amerika Syarikat 1959 Pusingan 1 6 6 1 1 4 13 20
Brazil 1963 Tidak memasuki
Kanada 1967 Juara 1 5 3 2 0 12 4
Colombia 1971 Pusingan 1 7 3 1 1 1 3 3
Mexico 1975 Juara 1 6 4 2 0 27 5
Puerto Rico 1979 Tidak memasuki
Venezuela 1983 Pusingan 1 6 2 1 0 1 2 1
Amerika Syarikat 1987 Tempat Keempat 4 4 3 0 1 10 2
Cuba 1991 Naib Juara 2 5 3 1 1 19 4
Argentina 1995 2 6 5 1 0 13 5
Kanada 1999 Juara 1 6 4 2 0 14 5
Republik Dominika 2003 Tempat Ketiga 3 5 1 2 2 7 7
Brazil 2007 3 5 3 2 0 6 1
Mexico 2011 Juara 1 5 4 1 0 12 4
Kanada 2015 Naib Juara 2 5 3 1 1 8 5
Jumlah Terbaik: Juara 14/17 69 37 19 13 156 79
Rekod Sukan Amerika Tengah dan Caribbean
Tahun Pusingan BP M S* K JG GB
Cuba 1930 Tidak Menyertai
El Salvador 1935 Juara 5 5 0 0 29 6
Panama 1938 5 4 1 0 14 4
Colombia 1946 Tidak Menyertai
Guatemala 1950 5 6 1 3 2 8 10
Mexico 1954 Naib Juara 4 3 0 1 11 3
Venezuela 1959 Juara 4 4 0 0 10 3
Jamaica 1962 Naib Juara 5 4 0 1 17 4
Puerto Rico 1966 Juara 5 5 0 0 11 2
Panama 1970 Tidak Menyertai
Republik Dominika 1974 Tempat Keempat 6 3 1 2 7 6
Colombia 1978 6 2 2 2 11 7
Cuba 1982 Naib Juara 5 3 1 1 8 3
Republik Dominika 1986 Tempat Ketiga 5 4 0 1 6 3
Mexico 1990 Juara 5 5 0 0 20 1
Puerto Rico 1993 Naib Juara 5 3 0 2 11 4
Venezuela 1998 6 5 0 1 11 4
El Salvador 2002 5 2 3 0 8 4
Colombia 2006 7 3 1 0 2 2 4
Puerto Rico 2010 Tiada Kejohanan Bola Sepak
Jumlah Terbaik: Juara 80 54 8 18 184 68

Skuad terkini

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai pemain yang dipanggil untuk menyertai skuad di Piala Dunia FIFA 2022.

No. Pos. Pemain Tarikh Lahir (Umur) Kaps Gol Kelab
1 GK Alfredo Talavera (1982-09-18) 18 September 1982 (umur 42) 40 0 Mexico Juárez
12 GK Rodolfo Cota (1987-07-03) 3 Julai 1987 (umur 37) 8 0 Mexico León
13 GK Guillermo Ochoa (1985-07-13) 13 Julai 1985 (umur 39) 133 0 Mexico América
2 DF Néstor Araujo (1991-08-29) 29 Ogos 1991 (umur 33) 64 3 Mexico América
3 DF César Montes (1997-02-24) 24 Februari 1997 (umur 27) 32 1 Mexico Monterrey
5 DF Johan Vásquez (1998-10-22) 22 Oktober 1998 (umur 26) 7 0 Itali Cremonese
6 DF Gerardo Arteaga (1998-09-07) 7 September 1998 (umur 26) 17 1 Belgium Genk
15 DF Héctor Moreno (1988-01-17) 17 Januari 1988 (umur 36) 130 5 Mexico Monterrey
19 DF Jorge Sánchez (1997-12-10) 10 Disember 1997 (umur 26) 27 1 Belanda Ajax
23 DF Jesús Gallardo (1994-08-15) 15 Ogos 1994 (umur 30) 80 1 Mexico Monterrey
26 DF Kevin Álvarez (1999-01-15) 15 Januari 1999 (umur 25) 9 0 Mexico Pachuca
4 MF Edson Álvarez (1997-10-24) 24 Oktober 1997 (umur 27) 59 3 Belanda Ajax
7 MF Luis Romo (1995-06-05) 5 Jun 1995 (umur 29) 27 1 Mexico Monterrey
8 MF Carlos Rodríguez (1997-01-03) 3 Januari 1997 (umur 27) 37 0 Mexico Cruz Azul
14 MF Érick Gutiérrez (1995-06-15) 15 Jun 1995 (umur 29) 35 1 Belanda PSV
16 MF Héctor Herrera (1990-04-19) 19 April 1990 (umur 34) 104 10 Amerika Syarikat Houston Dynamo
17 MF Orbelín Pineda (1996-03-24) 24 Mac 1996 (umur 28) 50 6 Greece AEK Athens
18 MF Andrés Guardado (kapten) (1986-09-28) 28 September 1986 (umur 38) 179 28 Sepanyol Betis
21 MF Uriel Antuna (1997-08-21) 21 Ogos 1997 (umur 27) 38 9 Mexico Cruz Azul
24 MF Luis Chávez (1996-01-15) 15 Januari 1996 (umur 28) 11 0 Mexico Pachuca
25 MF Roberto Alvarado (1998-09-07) 7 September 1998 (umur 26) 32 4 Mexico Guadalajara
9 FW Raúl Jiménez (1991-05-05) 5 Mei 1991 (umur 33) 97 29 England Wolverhampton Wanderers
10 FW Alexis Vega (1997-11-25) 25 November 1997 (umur 27) 24 6 Mexico Guadalajara
11 FW Rogelio Funes Mori (1991-03-05) 5 Mac 1991 (umur 33) 16 6 Mexico Monterrey
20 FW Henry Martín (1992-11-18) 18 November 1992 (umur 32) 28 6 Mexico América
22 FW Hirving Lozano (1995-07-30) 30 Julai 1995 (umur 29) 62 16 Itali Napoli

Pemain terkenal

[sunting | sunting sumber]


Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "The FIFA/Coca-Cola World Ranking". FIFA. 20 Jun 2024. Dicapai pada 20 Jun 2024.
  2. ^ Elo rankings change compared to one year ago. "World Football Elo Ratings". eloratings.net. 21 Jun 2024. Dicapai pada 21 Jun 2024.
  3. ^ "FIFA World Rankings". FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-03. Dicapai pada 2015-03-15.
  4. ^ "World Football Elo Ratings". World Football Elo Ratings. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-20. Dicapai pada 2013-08-13.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]