Pergi ke kandungan

Jouji Nakata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jouji Nakata
中田 譲治
Kelahiran
Hitoshi Nakata

(1954-04-22) 22 April 1954 (umur 71)[1]
Tokyo, Jepun
Pekerjaan
Tahun aktif1978–kini
EjenPejabat Osawa
Ketinggian175 cm (5 ka 9 in)[1]

Jouji Nakata (中田 譲治, Nakata Jōji, lahir 22 April 1954[2][3]), kadangkala diinggeriskan kepada George Nakata,[4] ialah seorang pelakon, pelakon suara dan narator lelaki kelahiran Jepun yang bergabung kepada ejen Pejabat Osawa.[1] Beliau terkenal dengan menyuarakan watak Alucard dalam Hellsing, Hijikata Toshizo dalam Golden Kamuy, Roy Revant dalam Solty Rei, Giroro dalam Sgt. Frog, Kirei Kotomine dalam Fate/stay night, dan watak tajuk yang sama dalam Gankutsuou: The Count of Monte Cristo. Dalam siri permainan video, beliau menyuarakan Ieyasu Tokugawa dan Kenshin Uesugi dalam siri Samurai Warriors dan Warriors Orochi, Albert Wesker dalam siri Resident Evil, Sol Badguy dalam siri Guilty Gear sejak Guilty Gear 2: Overture, Naobito Zen'in dalam Jujutsu Kaisen dan Kazuya Mishima dalam siri permainan Tekken yang muncul pada permainan vdeo yang pertama, kedua dan Tag Tournament yang pertama.

Nakata belajar di Kolej Drama dan Muzik Toho Gakuen. Watak-watak utamanya yang dilakonkan termasuklah Sir Cowler dalam Choushinsei Flashman dan Great Professor Bias dalam Choujuu Sentai Liveman di siri Super Sentai. Beliau membuat kerja teater serta drama aksi langsung dan alih suara apabila Michiko Nomura, yang pernah bekerja pada Sazae-san, mencadangkan kepada beliau akan menjadi pelakon suara. Nakata berkata dalam satu temu bual dengan Sutoraiku bahawa beliau membandingkan bayaran untuk watak-watak tersebut dan sangat terkejut dengan perbezaannya, jadi beliau kemudian beralih kepada lakonan suara sepenuh masa.[5]

Beliau menyuarakan suara latar Mobile Suit Victory Gundam yang ditayangkan pada tahun 1993. Pada tahun 1994, beliau menyuarakan watak Murakumo Yagami, iaitu watak penjahat utama dalam Blue Seed. Dalam filem anime Street Fighter II: The Animated Movie keluaran pada tahun 1994, beliau menyuarakan watak Balrog apabila watak terbabit bernama M. Bison.[6] Nakata berkata bahawa peranan suaranya dalam anime Escaflowne keluaran pada tahun 1996, berkata bahawa peranan suaranya dalam anime Folken.[5][6] Beliau meneruskan menyuarakan watak-watak penjahat iaitu Gaav dalam Slayers Next, Stargazer dalam Lost Universe, dam Brian J. Mason dalam Bubblegum Crisis Tokyo 2040.[6]

Pada tahun 2001, beliau menyuarakan watak antiwira bernama Alucard dalam siri TV Hellsing. Mengimbas kembali kerjayanya, Nakata mengatakan bahawa watak Alucard adalah satu-satunya watak terbabit beliau paling berjaya ketika menyuarakan suara dan yang paling mudah dilakukan ialah menyuarakan watak. Beliau berkata watak penjahat dan mereka yang mempunyai personaliti yang berbeza adalah lebih mudah berbanding mereka yang tidak mempunyai banyak personaliti kerana mereka boleh dibentuk dan diubah.[5] Beliau kemudiannya mengulangi peranan suaranya sebagai Alucard di dalam OVA Hellsing Ultimate.

Tahun 2004 menyaksikan Nakata dalam beberapa peranan suara yang hebat. Beliau menyuarakan watak dalam tajuk yang sama dalam Gankutsuou: The Count of Monte Cristo yang popular di kalangan penonton dewasa lewat malam, tetapi beliau juga menceburi kepada Sgt. Frog dalam menyuarakan Corporal Giroro, yang popular dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa kerana ia disiarkan pada waktu perdana.[5] Pada tahun 2005, beliau mengambil peranan suara sebagai penjahat termasuk watak Megatron dalam Transformers Cybertron dan Amshel Goldsmith dalam Blood+.[5][6] Beliau menyuarakan Roy Revant, iaitu watak protagonis dalam SoltyRei.;[6] iaitu seorang pengarah kepada SoltyRei kemudiannya akan menyuarakannya sebagai pencerita dalam adaptasi anime novel visual Amagami SS.[5]

Dalam siri novel visual Fate/stay night, beliau menyuarakan Kirei Kotomine dikeluarkan pada tahun 2004, termasuk adaptasi anime turut dikeluarkan pada tahun 2006, filem Fate/stay night: Unlimited Blade Works pada tahun 2010,dan siri prekuel Fate/zero. Dalam bertemu ramah beliay, Nakata berkata bahawa pencipta bersama Kinoko Nasu telah mengenalinya sejak zaman Tokusatsu, dan bahawa beliau telah terlibat dalam banyak tajuk Type-Moon,[5] beliau menyuarakan Nrvnqsr Chaos dalam Melty Blood dan menyuarakan Souren Araya di dalam adaptasi siri anime Kara no Kyoukai. Pada tahun 2014, beliau mengulangi peranan suara sebagai Kirei untuk siri televisyen Fate/stay night: Unlimited Blade Works.

Pada tahun 2013, beliau merupakan pencerita untuk Noucome, menyuarakan watak Utama Sigmund dalam Unbreakable Machine-Doll,[6] dan menyuarakan Nyanta dalam Log Horizon.

Dalam permainan video, beliau menyuarakan Uesugi dan Tokugawa Ieyasu dalam siri Samurai Warriors (Sengoku Musou). Dalam alih suara untuk media luar negara, beliau telah menyuarakan pelbagai watak dalam rancangan siri televisyen dan filem seperti 300, Sex and the City, dan The Little Mermaid. Nakata berkata bahawa disebabkan latar belakang aksi langsungnya, beliau berasa selesa menyuarakan peranan suara alih suara luar negara, walaupun beliau masih menikmati kreativiti yang datang daripada watak-watak anime dua dimensi.[5]

Watak-watak alihan suara

[sunting | sunting sumber]

Animasi televisyen

[sunting | sunting sumber]

Animasi pentas

[sunting | sunting sumber]

Permainan video

[sunting | sunting sumber]

Watak-watak alihan suara (dubbing)

[sunting | sunting sumber]

Watak-watak lakonan secara langsung

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c 中田 譲治|日本タレント名鑑. Nihon Tarento Meikan (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 14 April 2018.
  2. ^ 井上裕務, penyunting (27 Mei 1999). 完全保存版「声優名鑑」PART1. アニメ声優大百科. 宝島社文庫 (dalam bahasa Jepun). 宝島社. m/s. 85. ISBN 4-7966-9442-0.
  3. ^ 男性篇. 声優名鑑 (dalam bahasa Jepun). 成美堂出版. 1999-08-10. m/s. 562. ISBN 4-415-00878-X.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama vadb
  5. ^ a b c d e f g h "SUTORAIKUanime Exclusive: Interview with Nakata Jouji". Sutoraiku Anime. 28 Ogos 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2017.
  6. ^ a b c d e f Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama doi2

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]