Joy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Noor Zulsairi Azhar bin Shaari atau lebih dikenali sebagai Kartunis JOY. Dilahirkan di Bagan Datoh, Perak pada tahun 1982. Menceburi bidang kartun dari tahun 1994 iaitu semasa di bangku sekolah dengan memulakan karya di komik KAWAN, GELIHATI, GELAGAT, MINDA PELAJAR, DIDIK dan lain lain.

Joy
KelahiranNoor Zulsairi Azhar bin Shaari
1982 (umur 41–42)
Bagan Datoh, Perak
KewarganegaraanMalaysia Malaysia
Nama samaranJoy

Mula berkarier pada tahun 2000 sebagai animator untuk Animasi dan komik ANAK-ANAK SIDEK. Memulakan Karier sebagai Pelukis karikatur sepenuh masa dari tahun 2009 hingga kini. Banyak berkarikatur sekitar kawasan Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak dan Brunei. Malah dijemput berkarikatur ke Australia, Hong Kong, Indonesia, dan Thailand.