Jugemu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jugemu (Jepun: 寿) adalah cerita dongeng Jepun dan merupakan salah satu kisah paling terkenal dalam rakugo, sebuah bentuk hiburan berbahasa Jepun. Ia mempunyai jalan cerita yang mudah, dengan bahagian yang paling lucu adalah pengulangan nama yang panjang. Ia sering digunakan dalam sesi latihan untuk penghibur Rakugo.

Plot[sunting | sunting sumber]

Tersebut kisah sepasang suami isteri yang dikurniakan seorang anak lelaki baru lahir tidak dapat memikirkan nama yang sesuai untuknya. Oleh itu, si ayah pergi ke sebuah kuil meminta pertolongan ketua pendeta di situ memikirkan suatu nama yang bernas untuk anak mereka. Pendeta itu mencadangkan beberapa nama, bermula dengan Jugemu dan seterusnya dan seterusnya. Si bapa tidak dapat memutuskan mana satu nama yang lebih disukainya, dengan itu, memberikan bayi semua nama yang dicadangkan menjadi suatu nama yang panjang lalu menjadi:

Sebutan penuh nama panjang si anak bernama Jugemu.
Jugemu Jugemu (Jepun: 寿限無、寿限無)
Gokō-no surikire (Jepun: 五劫の擦り切れ)
Kaijarisuigyo-no (Jepun: 海砂利水魚の)
Suigyōmatsu Unraimatsu Fūraimatsu (Jepun: 水行末 雲来末 風来末)
Kuunerutokoro-ni Sumutokoro (Jepun: 食う寝る処に住む処)
Yaburakōji-no burakōji (Jepun: やぶら小路の藪柑子)
Paipopaipo Paipo-no-shūringan (Jepun: パイポパイポ パイポのシューリンガン)
Shūringan-no Gūrindai (Jepun: シューリンガンのグーリンダイ)
Gūrindai-no Ponpokopī-no Ponpokonā-no (Jepun: グーリンダイのポンポコピーのポンポコナーの)
Chōkyūmei-no Chōsuke (Jepun: 長久命の長助)

Pada suatu hari bertahun-tahun kemudian, Jugemu bergaduh dengan seorang kawan, dan rakannya mengalami benjolan besar di kepalanya, jadi dia pergi mengadu kepada ibu bapa Jugemu. Namun, nama Jugemu yang terlalu panjang menjadikan benjolan di kepalanya menghilang sakitnya.

Satu lagi legenda yang menyatakan bahawa suatu hari, Jugemu jatuh ke dalam sebuah tasik, dan ibu bapanya nyaris tidak tiba masanya untuk menyelamatkannya kerana semua orang yang terpaksa menyampaikan berita itu harus menghabiskan banyak masa membaca nama keseluruhannya.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama ini dibahagikan maksudnya seperti berikut:

Jugemu 寿限無
"hidup tanpa batas".
Go no surikire 五劫の擦り切れ
"lima (bersamaan 20 bilion tahun) gosokan (batu)". Seorang bidadari dipercayai akan tuurn dari kayangan melawat dunia manusia setiap tiga ribu tahun lalu meninggalkan tanda geseran pada batu dengan pakaiannya, batu akan terhakis mengambil lima atau lima kali 4 bilion tahun; kiasan ini yang diberikan pendeta itu sebagai mendoakan si anak panjang umur dan hidup abadi.
Kaijari suigyo 海砂利水魚
"kerikil di laut dan ikan dalam air", dikiaskan kepada banyak mana tuah dan kekayaan bakal diraih anak dinamakan.
Suigyōmatsu 水行末
"ke mana sahaja air terhenti", mengiaskan anak dimana diberkati kesejahteraan tanpa batas di mana sahaja dia pergi sepertimana air bebas mengalir ke mana saja.
Unraimatsu 雲来末
"di mana awan asalnya datang", kiasan sama seperti di atas.
Fūraimatsu 風来末
"di mana angin asalnya datang", kiasan sama seperti di atas.
Kuunerutokoro 食う寝る処
"[ada] tempat makan dan tidur", mengucapkan nasib baik kepada anak kerana ada makanan dan tempat tinggal.
Sumutokoro 住む処
"[ada] tempat tinggal". Sama seperti di atas.
Yaburakōji-no burakōji
"Semak burakōji di jejak Yabura" - burakōji atau nama modennya yabukōji adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai buah merah yang dipercayai penuh dengan tenaga sepanjang tahun. "Yabura" tidak mempunyai makna yang melekat tetapi disimpulkan sebagai yabukōji dengan pluralisasi akhiran ra.
Paipo, Shūringan, Gūrindai, Ponpokopī dan Ponpokonā
Nama-nama rekaan merujuk kepada kerajaan dan kerabat diraja Cina purba: Paipo (パイポ) kononnya suatu kerajaan kaya damai diperintah Raja Shūringan (シューリンガン) dan Permaisuri Gūrindai (グーリンダイ); pasangan ini kononnya mempunyai dua puteri bernama Ponpokopī (ポンポコピー) dan Ponpokonā (ポンポコナー) di mana dua-dua puteri ini panjang umur.
Chōkyūmei 長久命
"hidup panjang dan berkekalan".
Chōsuke 長助
"diberkati untuk masa yang lama".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

"寿限無". 古典落語109. Dicapai pada 17 January 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]