Just for Laughs: Gags

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Just for Laughs: Gags
Just For Laughs Gags Title Card 2012.png
Kad tajuk Just For Laughs Gags
GenreKomedi
PenciptaPierre Girard dan Jacques Chevalier
Negara asalKanada
BahasaBisu
Bilangan musim13
Bilangan episod2500+
Penerbitan
PenerbitJust for Laughs
LokasiMontreal, Quebec, Kanada
Tempoh siaran30 minit (termasuk iklan).
Penyiaran
Saluran asalABC/Telemundo (A.S.)
TVA/CBC/The Comedy Network (Kanada)
BBC1 (UK)
TF1 (Perancis)
Siaran asal26 Disember 2000 (2000-12-26) – kini
Kronologi
Rancangan berkaitan
Just for Laughs
Pautan luar
Laman sesawang

Just For Laughs Gags ialah sebuah rancangan komedi realiti terbitan Kanada di bawah jenama Just for Laughs. Format siri ini ialah orang awam dikenakan atau disakat dengan pelbagai situasi aneh dan pelik yang mencuit hati sambil kamera tersembunyi menangkap reaksi serta kekalutan mereka. Rancangan ini tidak mempunyai sebarang dialog atau bunyi, kecuali muzik, kesan bunyi dan bunyi ketawa.

Di Kanada, Just For Laughs Gags ditayangkan oleh CBC Television dan The Comedy Network. Siri ini juga ditayangkan di banyak negara lain serta dalam kapal terbang kerana tiada terjemahan perlu dilakukan. Di Malaysia, rancangan ini ditayangkan di saluran Disney Channel Asia,NTV7 dan Astro Ceria Diva International

Just For Variety[sunting | sunting sumber]

Just For Variety pula lain dari pada yang lain kerana pelawak membuat lawak secara langsung dan di atas pentas dan di hadapan orang ramai di dalam studio. Rancangan Just For Variety pula pernah di tayangkan di TV3 Malaysia.

Adaptasi[sunting | sunting sumber]

  • Bang Bang Boom pula merupakan rancangan yang agak serupa dengan Just For Laughs Gags, cuma lebih kepada permainan menyakat serta berdialog dan di siarkan oleh TV3. Musim pertama telah ditayangkan setiap hari Ahad jam 11:30 malam manakala musim kedua ditayangkan setiap hari Jumaat jam 09:30 malam. Rancangan ini berbahasa Melayu.
  • Ehh Haa Jangan Marah pula merupakan rancangan yang sememangnya serupa dengan Just For Laughs Gags dan lebih dengan gaya spontan untuk menyakat orang awam dengan kamera tersembunyi. Rancangan ini di siarkan di Astro Ria.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]