Jutawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
A large home valued at roughly $1,000,000 (2006) in Salinas, California, shown for scale of purchasing power

Seorang jutawan ialah seorang individu yang nilai bersih atau kekayaannya sama dengan atau melebihi satu juta unit mata wang. Ia boleh juga seseorang yang memiliki satu juta unit mata wang di dalam satu akaun bank atau akaun simpanan. Bergantung pada mata wang, tahap darjat tertentu dikaitkan dengan menjadi seorang jutawan, yang membuatkan jumlah kekayaan itu satu matlamat untuk beberapa orang dan hampir tidak tercapai bagi yang lain.[1] Di negara-negara yang menggunakan sistem penamaan nombor skala pendek, seorang bilionair ialah seseorang yang mempunyai sekurang-kurangnya seribu kali sejuta dolar, euro atau mata wang negara tertentu.

Kebanyakan mata wang negara mempunyai, atau dahulu mempunyai pada pelbagai masa, satu nilai unit rendah, dalam banyak keadaan disebabkan oleh inflasi pada masa lampau. Ia jelas lebih mudah dan kurang penting menjadi seorang jutawan dalam mata wang tersebut, maka seorang jutawan (dalam mata wang tempatan) di Hong Kong atau Taiwan, sebagai contoh, mungkin jadi hanya kaya sederhana, atau boleh jadi kurang kaya daripada yang sederhana. Seorang jutawan di Zimbabwe pada 2007 boleh jadi fakir miskin.[2]

Pada akhir tahun 2018, dianggarkan hanya lebih 14 juta jutawan AS$ atau individu bernilai bersih tinggi (HNWI) di dunia. Amerika Syarikat mempunyai bilangan tertinggi HNWI (4,900,000) dari mana-mana negara, sementara Bandar Raya New York mempunyai HNWI teramai (377,000) antara bandar yang lain.[3][4][5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Marlys Harris. How to marry a billionaire. Money Magazine. 21 June 2007. Diarkibkan 1 Julai 2007 di Wayback Machine
  2. ^ Hungwe, Brian (6 February 2014). "Zimbabwe's multi-currency confusion". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 March 2019.
  3. ^ "Global Wealth Migration Review 2019". AfrAsia Bank Limited. 2019. Dicapai pada April 22, 2019.
  4. ^ "Bloomberg - Rich Folks Are Fleeing London and Lagos, Wealth Report Shows?". www.bloomberg.com.
  5. ^ "Map: Visualizing the Global Shift in Wealth Over 10 Years". www.visualcapitalist.com.