KD Laksamana Mohamad Amin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
KD Laksamana Muhammad Amin pada tahun 2004

KD Laksamana Muhammad Amin merupakan kapal perang jenis korvet F136 Kelas Laksamana milik Tentera Laut Diraja Malaysia. KD bermaksud 'Kapal Diraja'. Namanya sempena nama pahlawan negeri Perak Laksamana Mohamad Amin yang menentang penjajah British di Sungai Perak sekitar tahun 1875.

F136 KD Laksamana Muhammad Amin dibina untuk Tentera Laut Iraq sebagai "Abdullah Al Abi Sarah (F218)" oleh limbungan Ficantieri di Breda, Mestre, Itali pada 22 Mac 1982 dan dilancarkan pada 5 Julai 1983. Sekatan bagaimanapun dikenakan terhadap Iraq akibat Perang Teluk dan kapal ini tidak dapat dihantar. Kerajaan Malaysia menyatakan hasrat untuk memperolehi kapal ini pada Oktober 1995. Selepas diubahsuai, kapal ini ditauliahkan pada 31 Julai 1999.[1]

Kapal ini digunakan untuk memindahkan jenazah Laksamana Mohamad Amin dari Pusara Aman di Choa Chu Kang , Singapura ke Makam Diraja Perak di Bukit Chandan , Perak, bersebelahan makam Sultan Abdullah. Penggalian kubur dilakukan oleh oleh ahli-ahli arkeologi dari Jabatan Warisan Kebangsaan Malaysia bersama-sama kakitangan Warees Investment Pte Ltd, sebuah anak syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Singapura (Muis) pada 6 September 2006. Kubur Ngah Ibrahim di Pusara Aljunied di Jalan Kubor, Singapura turut dipindahkan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN". Pusat Sumber Maritim dan Sejarah TLDM. 8 Oktober 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-29. Dicapai pada 27 Ogos 2013.
  2. ^ Kapal Perang Bawa Pulang Jenazah Panglima Melayu[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]