KRI Pulau Romang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

KRI Pulau Romang (723) merupakan kapal penyelidik persisiran pantai kepunyaan tentera laut Indonesia. Dengan mempunyai 30 orang anak kapal, ia bertujuan bagi memeta wilayah Indonesia yang dikelilingi oleh laut.

Kapal KRI Pulau Romang milik Indonesia asalnya merupakan kapal jenis kapal penyapu periuk api kelas Pulau Rote/'Kondor II'. Kapal ini memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh.

KRI Pulau Romang merupakan bekas kapal penyapu periuk api Jerman Timur yang dibina pada 1971 dan dijual pada tahun 1992, kebanyakannya untuk tugasan meronda. Kesemua kapal tersebut mengekalkan peralatan menyapu periuk api mekanikal. Kesemua kapal kelas ini dihantar melalui kapal lain pada tahun 1993.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah:

Kapal ini sepanjang 56.62 x 7.78 x 2.46 meter (185.8 x 25.5 x 8.1 kaki) mempunyai kelajuan beroperasi 18 knot dan seseran 479 tan panjang.

Kelengkapan[sunting | sunting sumber]

KRI Pulau Romang pada asalnya dilengkapi dengan sistem sonar MG-11/Tamir-II bagi mengesan kapal selam dan periuk api bawah air. Kemungkinan ini dikekalkan bagi penyelidikan di dasar laut.

Kapal KRI Pulau Romang mempunyai dua enjin disel yang menghasilkan 8,260 bhp secara berterusan dengan dua gandar aci. Ia mampu beroperasi secara berterusan pada kelajuan 28.1 batu nautikal.