KRI Pulau Rote

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

KRI Pulau Rote (721) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal penyapu periuk api yang sentiasa bersedia mempertahankan negara pulau Indonesia.

Kapal KRI Pulau Rote milik Indonesia merupakan kapal jenis kapal penyapu periuk api kelas Pulau Rote / 'Kondor II'. KRI Pulau Rote memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh.

KRI Pulau Rote merupakan bekas kapal penyapu periuk api Jerman Timur yang dibina pada 1971 dan dijual pada tahun 1992, kebanyakannya untuk tugasan meronda. Kesemua kapal tersebut mengekalkan peralatan menyapu periuk api mekanikal. Kesemua kapal kelas ini dihantar melalui kapal lain pada tahun 1993.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Pulau Rote, KRI Pulau Raas, KRI Pulau Romang, KRI Pulau Rimau, KRI Pulau Rondo, KRI Pulau Rusa, KRI Pulau Rangsang, KRI Pulau Raibu, dan KRI Pulau Rempang

KRI Pulau Rote mempunyai 30 orang anak kapal. KRI Pulau Rote dilengkapi untuk misi memasang dan membersihkan perik api dan juga bagi tugas rondaan.

Kapal KRI Pulau Rote sepanjang 56.62 x 7.78 x 2.46 meter/ (185.8 x 25.5 x 8.1 kaki) mempunyai kelajuan beroperasi 18 knot. KRI Pulau Rote mempunyai seseran 479 tan penuh.

Rekabentuk kapal membenarkan tatarajahnya ditukar bagi menerima pelbagai sistem persenjataan dan pengesan untuk memenuhi keperluan operasi yang berkembang bagi angkatan tentera Indonesia.

TORPEDO[sunting | sunting sumber]

Tiada maklumat

PELURU BERPANDU[sunting | sunting sumber]

Tiada maklumat

MERIAM[sunting | sunting sumber]

Kapal perang KRI Pulau Rote memiliki 3 laras mesingan 25 mm berkembar. Ia menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar.

PENGESAN[sunting | sunting sumber]

KRI Pulau Rote dilengkapi dengan sistem sonar MG-11/Tamir-II bagi mengesan kapal selam dan periuk api bawah air.

Penerbangan[sunting | sunting sumber]

Tiada

TUJAHAN[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Pulau Rote mempunyai dua enjin disel yang menghasilkan 8,260 bhp secara berterusan dengan dua gandar "shaft". Ia mampu beroperasi secara berterusan pada kelajuan 28.1 batu nautikal.

Pegawai pemerintah KRI Pulau Rote[sunting | sunting sumber]

  1. (19?? - 19??)

Tiada maklumat

Pautan luar[sunting | sunting sumber]