Kamarul Effandi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kamarul Effandi Abdul Rahim)
Kamarul Effandi
Maklumat peribadi
Nama penuh Kamarul Effandi bin Abdul Rahim
Tarikh lahir (1987-04-12) 12 April 1987 (umur 37)
Tempat lahir Taiping, Perak, Malaysia
Ketinggian 1.78 m (5 ka ​10 18 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Kuala Lumpur
Nombor 1
Kerjaya remaja
2005–2007 Piala Presiden Perak
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2008–2012 Perak 30 (0)
2012–2016 Sime Darby 28 (0)
2017– Kuala Lumpur 13 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 9 Jun 2018

Kamarul Effandi bin Abdul Rahim (lahir 12 April 1987) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai penjaga gol untuk Kuala Lumpur dalam Liga Super Malaysia.

Karier[sunting | sunting sumber]

Kamarul dilahirkan di Taiping, Perak, Malaysia.[1] Dia memulakan kariernya bersama pasukan belia Perak sebelum dinaikkan ke pasukan senior untuk musim 2008 selepas membantu pasukan belia Perak memenangi Piala Presiden Malaysia 2007.[2] Dia juga mewakili pasukan negerinya dalam Sukma 2010.[3] Dia merupakan penjaga gol pilihan kedua Perak, sebagai pemain pengganti untuk Megat Amir Faisal selepas dia meninggalkan Perak selepas musim 2010. Dia dilepaskan oleh Perak, bersama-sama Nasril, pada akhir musim 2012. Kamarul menyertai Sime Darby FC bersama-sama empat bekas pemain Perak yang lain untuk musim 2013.[4]

Dia dipanggil ke latihan pusat pasukan kebangsaan bawah-23 Malaysia di bawah bimbingan K. Rajagopal pada tahun 2009.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-10. Dicapai pada 2015-01-29.
  2. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1009&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm
  3. ^ http://www.seladang.net/2010/06/sukma-xiii-melaka-2010-bolasepak/
  4. ^ http://sports.mylaunchpad.com.my/senarai-artikel/artikel/newsid/273253/sime-darby-fc-sasar-beraksi-dalam-liga-super-2014[pautan mati kekal]
  5. ^ http://www.seladang.net/2009/04/rangkuman-berita-21-april-2009/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]