Kampung Subok, Temburong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi petempatan di Daerah Brunei-Muara, lihat Kampung Subok.
Kampung Subok
NegaraBrunei
DaerahTemburong
MukimBangar
Poskod
PA4951

Kampung Subok ialah sebuah kampung dalam Mukim Bangar di Daerah Temburong, Brunei. Ia terletak kira-kira 1.6 kilometer (0.99 batu) dari Pekan Bangar.[petikan diperlukan] Poskod bagi Kampung Subok ialah PA4951.[1]

Ia didiami oleh seramai 5 buah keluarga dan terdapat 3 buah rumah, iaitu 2 buah terletak di seberang sungai Temburong kepunyaan dua keluarga puak Iban. Di atas bukit kawasan Kampung Subok ada terdapat satu kawasan yang dinamakan Batu Ajung.

Asal nama[sunting | sunting sumber]

Kampung tersebut dinamakan Kampung Subok kerana diseberang sungai ada terdapat sebatang anak sungai yang dinamakan sungai Subok oleh orang-orang tua pada masa dahulu. Keunikan anak sungai Subok ialah airnya tidak pernah kering (dikenali sebagai air batu) meskipun pada musim kemarau yang berterusan dan air sungai Temburong menjadi bahal / masin. Dalam awal tahun 60an dan 70an, penduduk-penduduk kawasan Pekan Bangar dan penduduk Kampung Menengah akan mengambil air tawar di Sungai Subok itu. Mengikut cerita orang-orang tua, di kawasan ulu sungai tersebut, seorang penduduk tempatan pernah menjumpai satu kawasan berupa sebuah taman yang indah seluas padan bola sepak ketika dia sedang berburu. Maka ianya menjadi satu legenda hingga kini akan kewujudan dan kebenaran cerita tersebut. Kedudukan Sungai Subok adalah diseberang sungai, berdekatan dengan rumah puak kepunyaan Awang Ambon anak Parang. [2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]