Kampus Kejuruteraan, USM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Universiti Sains Malaysia
Logo Universiti Sains Malaysia
MotoKami Memimpin
"We Lead"
JenisAwam
Ditubuhkan pada1969
CanselorDYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail
Naib CanselorProfesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak
Lokasi,
PenggabunganASAIHL
Laman sesawang[1]
Logo Universiti Sains Malaysia

Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia terletak di Nibong Tebal, Seberang Perai, Pulau Pinang. Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai universiti Apex. Datuk Khaled Nordin berkata, USM dipilih selepas ia memenuhi ciri-ciri kualitatif dan kuantitatif yang ditetapkan.

Walaupun kampus ini terletak di Pulau Pinang, namun ianya tetap istimewa, kerana kedudukan lokasinya yang terletak bersempadan dengan 3 buah negeri di kawasan utara iaitu Pulau Pinang, Perak dan Kedah. 3 buah pekan yang berhampiran dengan kampus ini ialah Nibong Tebal di Pulau Pinang, Parit Buntar di Perak dan Bandar Baharu di Kedah.

Sekiranya anda menggunakan lebuh raya dari selatan, plaza tol yang paling hampir untuk menyusur keluar ialah di Plaza Tol Bandar Baharu dan sekiranya anda dari utara, plaza tol yang paling hampir ialah Plaza Tol Jawi.

Memandangkan Bandar Parit Buntar adalah bandar yang paling hampir dan pesat membangun, maka tidak hairanlah ianya menjadi tumpuan utama staf dan pelajar Kejuruteraan USM untuk membeli-belah dan sebagainya.

Sebagai memudahkan anda untuk sampai ke kampus ini, dipaparkan beberapa destinasi penting di kawasan ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bermula dengan pengambilan seramai 57 orang pelajar sains, Universiti Sains Malaysia (USM) membangun dengan pesatnya. Kini, USM menawarkan pelbagai kursus di peringkat ijazah pertama dan ijazah tinggi kepada lebih 20,000 orang pelajar. Hari ini USM juga telah muncul menjadi antara universiti ternama di dalam mahupun di luar negara.

Penubuhan USM bermula dengan persetujuan yang dicapai terhadap resolusi yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1962, yang mencadangkan agar sebuah kolej universiti ditubuhkan di negeri ini. Sebidang tanah telah diperolehi di Sungai Ara, disusuli dengan Perletakan Batu Asas oleh Perdana Menteri Malaysia Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 7 Ogos 1967.

Walau bagaimanapun, melihat kepada keperluan kampus yang lebih luas dan kondusif sesuai dengan keperluan guna tenaga negara pada masa depan, pada tahun 1969, sebuah universiti sepenuhnya ditubuhkan dengan nama Universiti Pulau Pinang.

Pada bulan April 1969, Profesor Hamzah Sendut telah dilantik sebagai Naib Canselor. Dua bulan berikutnya, kumpulan pertama seramai 57 orang pelajar diterima masuk untuk mengikuti pengajian di sini. Disebabkan kampus Sg. Ara tidak dapat dibangunkan secepat mungkin, kumpulan pertama pelajar ini telah ditempatkan di Maktab Perguruan Persekutuan Bukit Gelugor yang dipinjamkan oleh Kementeri Pelajaran. Pada tahun 1971, kampus yang sepatutnya terletak di Sungai Ara telah ditukarkan ke Minden, sebuah kawasan yang cantik seluas 500 ekar, dengan kehijauan dan lokasinya di tanah tinggi dan pemandangan lautan yang mempersonakan.

Sejak permulaannya lagi, USM memilih untuk menggunakan sistem pusat pengajian berbanding sistem tradisi iaitu fakulti. Uniknya sistem pusat pengajian ini ialah, setiap pusat pengajian dapat menyatukan subjek pengajiannya dan kursus-kursus yang dapat memenuhi keperluan pengijazahan yang mengkhusus di dalam sesuatu bidang yang dipilih dan pada masa yang sama turut menguasai bidang-bidang disiplin pengajian yang lain.

Kampus Kejuruteraan pula berpindah dari lokasi asalnya di Tronoh, Negeri Perak pada 1996. Tapak itu kini digunakan oleh Universiti Teknologi Petronas.

Pendekatan antara-disiplin ini dapat memastikan USM menghasilkan para graduan yang diasuh dan dididik untuk menjadi serba boleh. USM merupakan universiti pertama yang mengamalkan sistem pusat pengajian di negara ini.

Governasi[sunting | sunting sumber]

USM ditadbir oleh kuasa eksekutif melalui Lembaga Pengarah yang dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih dari kalangan Universiti, wakil jabatan kerajaan dan perlantikan-perlantikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Sebagai badan eksekutif, Lembaga Pengarah berhak melaksanakan kuasa-kuasa yang diberikan melalui Perlembagaan Universiti, Statut, Akta dan Peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Kampus Kejuruteraan USM ditadbir oleh Pengarah Kampus yang menjalankan kuasa-kuasa Naib Canselor. Ketika ini jawatan Pengarah Kampus dipegang oleh Profesor Dr. Nor Azazi Bin Zakaria yang mengambil alih jawatan tersebut dari Profesor Dr. Zainal Arifin Mohd Ishak yang telah kembali ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral. Jawatan Pengarah Kampus pernah dilenyapkan seketika iaitu dari 16 Februari 2002 sehingga 25 Mac 2009.

Di antara mereka yang pernah menjadi Pengarah Kampus ialah :
[1] Profesor Madya Dr. Mohd Muslim Mohd Yusof( 1 Mei 1986 - 31 Mei 1991, 5 Ogos 1993 - 14 November 1995)
[2] Profesor Madya Ir. Haji Mohd Hashim Daud ( 1 Jun 1991 - 4 Ogos 1993, 15 November 1995 - 11 Ogos 1997)
[3] Profesor Dr. Ahmad Yusof Hassan ( 15 Ogos 1997 - 31 Mei 2001)
[4] Profesor Dr. Kamarudin Husin ( 1 Jun 2001 - 15 Februari 2002)
[5] Profesor Dr. Khairun Azizi Mohd Azizli ( 26 Mac 2009 - 30 April 2010)
[6] Profesor Dr. Abd Aziz Tajudin ( 1 Mei 2010 - 31 Disember 2012)
[7] Profesor Dr. Zainal Arifin Mohd Ishak ( 1 Januari 2013 - )

Pusat pengajian[sunting | sunting sumber]

Pandangan dari Blok Lembaran

Pusat Pengajian di Kampus Kejuruteraan

  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, USM
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal