Kampus UiTM Bandaraya Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

PENGENALAN

KBM menempa sejarah ”City Campus” UiTM terbesar di Malaysia dengan jumlah pelajar hampir 3,500 orang. Pemantapan City Campus ini dibuat deng an mengambil langkah menambah lokasi pengajaran dan pembelajaran di mana kampus ini pernah menyewa bangunan dua tingkat Graha Maju, bersebelahan KBM untuk menampung kapasiti pelajar ramai ketika itu. Kerajaan Negeri Melaka pula turut menyediakan tambahan dua blok kediaman pelajar yang dikenali sebagai asrama Yayasan Melaka yang menempatkan seramai 2,000 orang pelajar.


UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya telah dirasmikan pada 26 Mac 2007 oleh Ketua Menteri Melaka ke-9, YBhg. Tan Sri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam. Kampus yang terletak di Jalan Hang Tuah, Melaka ini mula beroperasi dengan persediaan pengurusan pada 15 Disember 2006 dan diterajui oleh 11 orang staf pentadbiran. Aktiviti akademik pula bermula pada 3 Januari 2007. Sehingga Jun 2011, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya mempunyai bilangan staf bukan akademik seramai 103 orang dan staf akademik seramai 106 orang. Kumpulan pertama pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya merupakan ambilan bagi Semester Disember 2006 – April 2007 dengan jumlah pelajar sepenuh masa seramai 706 orang dan pelajar separuh masa seramai 264 orang. Jumlah mutakhir pengambilan pelajar pada Semester Mac 2020 - Julai 2020 adalah hampir 2,300 orang pelajar sepenuh masa dan seramai 465 orang pelajar separuh masa.


Kini, pengurusan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya berada di bawah pengurusan Rektor UiTM Melaka, iaitu Profesor Dr. Abd Halim bin Mohd Noor dan dibantu oleh Penolong Rektor Kampus Bandaraya, iaitu Dr. Fahmi bin Abdul Rahim. Kampus Bandaraya meliputi bangunan setinggi 16 tingkat dan dilengkapi dengan bilik-bilik kuliah, makmal-makmal komputer, Pejabat Pentadbiran, Pejabat Hal Ehwal Akademik, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Bendahari, Pejabat Polis Bantuan, Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti, pusat sumber, bilik mesyuarat, auditorium, surau, kafeteria dan pusat pelajar.


2 Fakulti yang dijalankan di Kampus Bandaraya menawarkan program-program seperti berikut :-

Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan

·      HM 241 – Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan

Fakulti Pengurusan Perniagaan

·      BA 232 – Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sistem Pejabat

·      BA 242 – Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)

·      BA 243 – Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Sumber Manusia)

·      BA 246 – Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa)

Pusat Pengajian Siswazah

·       AA701 - Master Pengurusan Perniagaan (MBA)


Bagi penginapan para pelajar, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya telah menyediakan kemudahan dua kolej kediaman, iaitu Kolej Tun Mamat dan Kolej Tun Mutahir. Kolej kediaman pelajar siswa bertempat di Kolej Tun Mamat dan boleh memuatkan seramai 200 orang pelajar manakala kolej kediaman siswi di Kolej Tun Mutahir yang boleh menampung seramai 500 orang pelajar. Kedua-dua kolej tersebut bertempat di Kg. Morten dan mengambil masa 10 minit berjalan kaki ke UiTM Kampus Bandaraya.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]