Ahmadshah Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tuan Yang Terutama Tun Ahmadshah Abdullah
Yang Di-Pertua Negeri Sabah IX
Gambar TYT Baju No.1.jpg
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah SMN, SPDK, DP (Sarawak), PGDK, ASDK, KMN, JP.
Pemerintahan Yang DiPertua Negeri Sabah ke-9 (1 Januari 2003 - 31 Disember 2010)
Pertabalan 1 Januari 2003
Pendahulu Tun Sakaran Dandai
Pengganti Tun Juhar Mahiruddin
Pasangan Toh Puan Datuk Seri Panglima Dayang Masuyah Awang Japar
Anakanda Noorshatandi, Noorazlan, Noormaizura, Noorazlin

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah (lahir 9 Disember 1946 di Inanam, Kota Kinabalu, Sabah) adalah Yang Di-Pertua Negeri Sabah ke-9 bermula 1 Januari 2003. Beliau anak bongsu dalam enam adik-beradiknya.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah memulakan persekolahan di Government Primary School Darau, Menggatal pada 1952 dan menamatkan sekolah menengah pada tahun 1967 di La Salle Secondary School, Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Beliau memperolehi Diploma in Development Administration dari South Devon College, U.K. dan Sarjana Muda Sains (Sains Politik) dari Indiana State University U.S.A.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan karier sebagai Pegawai Kastam di Kastam DiRaja Malaysia, Kota Kinabalu pada 1 Mac 1968. Kemudiannya, beliau dilantik sebagai Pegawai Kerja (Luar Bandar) dan ditukar ke Pejabat Daerah Beaufort sebagai Penolong Pegawai Daerah (Luar Bandar) pada 10 November 1969.

Beliau pernah dipinjamkan Ke Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sebagai Ketua Pegawai Tadbir LPN dari 14 April 1979 hingga Julai 1983. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (1983).

Beliau kemudiannya diterima dalam perkhidmatan agama dengan dilantik sebagai Pegawai Dakwah Majlis Ugama Islam Sabah (Oktober 1986 hingga Januari 1988) dan Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah (Januari 1988 hingga Jun 1994).

Kemudiannya, beliau dilantik sebagai Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan di Jabatan Ketua Menteri (1994 hingga 1995) dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (16 Disember 1995 hingga Mac 1998). Beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran) Negeri Sabah mulai 21 Mac 1998 hingga beliau bersara pada 8 Disember 2002.

Pada 1 Januari 2003 beliau telah mengangkat sumpah sebagai Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah ke-9. Beliau ditabalkan oleh Yang DiPertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Anugerah yang diterima[sunting | sunting sumber]

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Bin Abdullah telah dianugerahkan bintang kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara, Seri Panglima Darjah Kinabalu, Datuk Patinggi Bintang Kenyalang, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu, Ahli Setia Darjah Kinabalu, Kesatria Mangku Negara dan Jaksa Pendamai.

Pada 16 Julai 2008 lalu, beliau menerima Darjah Mahkota Kedah (DMK) membawa gelaran Datuk Seri Utama dari Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena ulangtahun Jubli Emas pemerintahan baginda di negeri Darul Aman itu.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau telah mendirikan rumahtanggan dengan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Dayang Masuyah binti Awang Japar dan telah dikuniakan tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.