Tengku Permaisuri Norashikin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tengku Permaisuri Norashikin
Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor
DYMM Tengku Permaisuri Norashikin official portrait.jpg
Potret rasmi DYMM Tengku Permaisuri Norashikin
Tengku Permaisuri Selangor ke-3
Tempoh31 Ogos 2016-kini
Pelantikan8 September 2016
Didahului olehTuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman
Keputeraan (1971-06-04) 4 Jun 1971 (umur 48)
Malaysia
Pasangan
AnakandaNur Amanda binti Mustapha Kamal
Adam Salleh bin Mustapha Kamal
Nama penuh
Norashikin binti Abdul Rahman
AyahandaAbdul Rahman
AgamaIslam

Tengku Permaisuri Norashikin binti Abdul Rahman (lahir 4 Jun 1971) merupakan Tengku Permaisuri kepada negeri Selangor dan permaisuri kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj iaitu Sultan Selangor yang ke-9. Baginda merupakan seorang bekas pembaca berita Radio Televisyen Malaysia.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin atau lebih dikenali sebagai Tengku Permaisuri Norashikin, berasal daripada Shah Alam, merupakan isteri kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj setelah diijabkabulkan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid pada 31 Ogos 2016 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Majlis pernikahan baginda berdua telah dibuat secara sederhana dan ringkas atas titah baginda sendiri. Pernikahan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Mufti Dr Anhar Opir, Imam Paduka Tuan, Mohd Rasid Mahful; mantan Timbalan Mufti Selangor Mufti Datuk Abdul Majid Omar; ahli Majlis Agama Islam Selangor Datuk Salehuddin Saidin, dan keluarga baginda. Datin Paduka Seri Norashikin telah dilantik oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Tengku Permaisuri Selangor pada 8hb September 2016, iaitu kira-kira seminggu selepas baginda berdua bernikah. Sebelum ini, baginda yang juga bekas pembaca berita Radio Televisyen Malaysia dan pramugari Malaysia Airlines itu pernah berkahwin dengan Kapten Mustapha Kamal Halim dan mempunyai dua cahaya mata, Nur Amanda dan Adam Salleh hasil perkahwinan tersebut.

Anugerah dan Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Nama Anugerah Kategori
2005 Anugerah Seri Angkasa Penyampai Berita TV Terbaik
2016 Negeri Selangor Darul Ehsan MY-SEL Royal Family Order of Selangor - DK I.svg Darjah Kerabat (D.K)
2016 Negeri Selangor Darul Ehsan MY-SEL Order of the Crown of Selangor - Knight Grand Commander - SPMS.svg Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S)
2018 Negeri Kelantan Darul Naim MY-KEL Order of the Crown of Kelantan - Star of Muhammad.svg Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (S.P.M.K)
2019 Negeri Selangor Darul Ehsan MY-SEL Order of Sultan Sharafuddin Idris Shah - Knight Grand Companion - SSIS.svg Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S)

Sumber Rujukan[sunting | sunting sumber]

[1] [2] [3] [4] [5]

Gelaran Diraja
Didahului oleh
Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman
Tengku Permaisuri Selangor
2016–kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Raja Perempuan Perlis
Susunan Kekananan Raja Permaisuri Diikuti oleh:
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan