Kapal pengangkut pesawat kelas Queen Elizabeth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
HMS QueenElizabeth RO8-2.jpg
HMS Queen Elizabeth (R08) memasuki Pangkalan Laut Portsmouth semasa dalam pelayaran sulungnya pada 16 Ogos 2017
Ringkasan kelas
Nama: Kapal pengangkut pesawat kelas Queen Elizabeth
Pembina:
Pengguna: Bendera tentera laut United Kingdom Tentera Laut Diraja
Didahului oleh: Kelas Invincible
Kos: Kos sebanyak £6.2bn untuk dua buah kapal.[1]
Ditauliahkan:
Dibina: 1
Dirancang: 2
Disiapkan: 1
Ciri-ciri
Sesaran: 70,600 tonne (69,500 long ton; 77,800 short ton)[5][6][7]
Panjang: 280 m (920 ft)[8]
Lebar: *39 m (128 ft) (garis air)
  • 70 m (230 ft) keseluruhan
Draf: 11 m (36 ft)
Geladak: 16,000 m2 (170,000 sq ft) 9 dek di bawah dek penerbangan
Kuasa: * 2 × turbin gas Rolls-Royce Marine Trent MT30 36 MW (48,000 hp) * 4 × enjin diesel marin Wärtsilä 38 (2 × 12V38 8.7 MW or 11,700 hp & 2 × 16V38 11.6 MW or 15,600 hp)
Pendorongan:
dorongan elektrik bersepadu penuh

4 × Converteam 20 MW motor aruhan termaju Dua buah aci; pendorong pitch tetap

Halaju: Lebih daripada 25 knot (46 km/h; 29 mph)
Jarak: 10,000 batu nautika (19,000 km; 12,000 mi)
Kelengkapan: 679 krew, tidak termasuk krew udara; jumlah keseluruhan sehingga 1,600
Askar: 250[9] hingga 900[10]
Sistem penderia
dan pemprosesan:
*Radar jarak jauh S1850M
Persenjataan: *At least 3 × Phalanx CIWS[11]
Pesawat dibawa: *Sehingga 40 buah pesawat
Kemudahan penerbangan: *Dek penerbangan jenis lompatan ski
  • Dek hangar
  • Dua buah lift pesawat

Kelas Queen Elizabeth adalah satu kelas kapal pengangkut pesawat yang terdiri daripada dua buah kapal untuk kegunaan Tentera laut Diraja Britain. Kapal pertama, HMS Queen Elizabeth dinamakan pada 4 Julai 2014, dengan pelancarannya dirancang pada 2017[2], dan dijangka akan mencapai tahap keupayaan operasi awal pada tahun 2018[13]. Manakala kapal kedua, HMS Prince of Wales dijadualkan untuk dilancarkan pada sekitar musim panas tahun 2017, diikuti dengan pentauliahan pada tahun 2020. Pada 5 September 2014, semasa di Persidangan NATO di Wales, Perdana Menteri David Cameron telah mengumumkan bahawa kapal pengangkut pesawat kedua akan dibina, menamatkan tahun-tahun ketidaktentuan berkenaan masa depannya. Ia kemudian disahkan dengan Penilaian Pertahanan Strategik Kerajaan pada bulan November 2015, yang mengesahkan kedua-dua kapal akan memasuki perkhidmatan, di mana salah satu kapal akan tersedia pada sebilang masa.[14][15]

Kontrak bagi pesawat diumumkan pada 25 Julai 2007 oleh Setiausaha Pertahanan Negara ketika itu, Des Browne, mengakhiri kelewatan selama beberapa tahun berkaitan dengan isu kos dan penstrukturan semula pembinaan kapal tentera laut Britain. Kontrak ditandatangani setahun kemudian pada 3 Julai 2008 selepas pembentukan BVT Surface Fleet melalui penggabungan BAE Systems Surface Fleet Solutions dan anak syarikat VT Group iaitu VT Shipbuilding, yang merupakan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan UK.

Kapal dianggarkan menyasar sekitar 65,000 tonne (64,000 long ton) ketika dihantar, tetapi reka bentuk dijangka meningkat kepada 70,600 tan sepanjuang jangka hayat kapal. Kapal ini dicadang sepanjang 280 metre (920 ft) dan memiliki kekuatan udara sehingga 40 buah pesawat (sungguhpun berkeupayaan untuk membawa sehingga lima puluh pada muatan penuh). Ia akan menjadi kapal perang terbesar yang pernah dibina bagi Tentera Laut Diraja. Kos unjuran bagi program adalah £6.2 bilion."House of Commons Hansard Debates". UK Parliament. 6 November 2013. pt 1. Dicapai 2014-01-03. 

Kedua-dua kapal pengangkut pesawat akan disiapkan mengikut rancangan asal, dalam sebuah tatarajah Perlepasan Pendek dan Pendaratan Menegak (STOVL), serta menggunakan pesawat Lockheed Martin F-35B. Berikutan dengan Penilaian Keselamatan dan Pertahanan Strategik pada 2010, kerajaan Britain berniat untuk membeli pesawat F-35C untuk digunakan di atas kapal pengangkut ini, manakalan untuk Prince of Wales, kapal akan dibina dalam tatarajah Perlepasan Terbantu Manjanik dan Pendaratan Cangkuk (CATOBAR). Setelah jangkaan kos untuk sistem CATOBAR meningkat sehingga dua kali ganda berbanding anggaran asal, kerajaan pada 10 Mei 2012 telah mengumumkan bahawa ia berbalik pada rekabentuk asal.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri umum[sunting | sunting sumber]

Kapal induk Queen Elizabeth akan menyamai saiz dengan kapal induk kelas Nimitz (kiri) berbanding kapal kelas Invincible yang diganti mereka (kanan)

Anggota kapal adalah 679 meningkat sehingga 1,600 dengan tambahan unsur udara."The Queen Elizabeth Class". Aircraft Carrier Alliance. Dicapai 29 December 2011.  Ia akan memiliki sasaran 65,000 tan ketika dihantar, tetapi reka bentuk membenarkan ia meningkat sehingga lebih 70,000 tah apabila kapal dipertingkatkan sepanjang jangka hayatnya. Ia memiliki panjang keseluruhan 280 metre (920 ft), lebar dek penerbangan 70 metre (230 ft), ketinggian 56 metre (184 ft), kedalaman 11 metre (36 ft) dan julat sehingga 10,000 batu nautika (12,000 mi; 19,000 km)."Facts and figures". Royal Navy. Dicapai 31 December 2011.  Kementerian Pertahanan memutuskan untuk tidak menggunakan tujahan nuklear akibat kosnya yang tinggi,"Queen Elizabeth Class (CVF), United Kingdom". Naval-Technology.com. Dicapai 1 December 2013.  dengan itu kuasa dibekalkan oleh dua unit generator turbin gas Marine Trent MT30 Rolls-Royce 36 MW (48,000 hp) dan empat set generator disel Wärtsilä (two 9 MW (12,000 hp) dan dua set 11 MW (15,000 hp) ). Turbin Trents dan disel merupakan yang terbesar pernah dibekalkan pada Tentera laut DiRaja, dan bersama ia menyuap sistem eletrik voltage rendah termasuk juga empat Motor Induksi Maju GE Power Conversion's 20MW (diatau berdua) motor tujahan eletrik yang memancu bebaling sudut kekal berkembar. Disebalik superstruktur pulau tunggal yang mengandungi kedua-dua pusat kawalan penerbangan dan ruang navigasi kapal, operasi ini akan dibahagi antara dua struktur, dengan pulau hadapan bagi navigasi kapal dan pulau belakang bagi mengawal operasi penerbangan."Queen Elizabeth Class (CVF), United Kingdom". Naval Technology. Dicapai 30 December 2011.  Under the flight deck are a further nine decks."First steel cut for new aircraft carrier". Defence News. Dicapai 30 December 2011.  Ukuran hanger dek 155 by 33.5 metre (509 by 110 ft) dengan ketinggian 6.7 to 10 metre (22 to 33 ft), cukup besar bagi memuatkan sehingga dua puluh pesawat udara sayap kekal dan berkipas. Bagi memindahkan pesawat udara dari hanger ke dek penerbangan, kapal itu memiliki dua lif besar, setiap satu berkeupayaan untuk mengangkat dua pesawat bersaiz F-35 dari hanger ke dek penerbangan dalam enampuluh saat. Senjata pertahanan udara kapal yang diumumkan masa kini hanyalah Phalanx CIWS bagi menangani ancaman udara, dengan miniguns dan meriam 30 mm bagi menangani ancaman laut."Key facts" (PDF). Aircraft Carrier Alliance. Dicapai 30 December 2011. 

sistem[sunting | sunting sumber]

Kapal ini akan dipasang dengan radar S1850M buatan BAE Systems dan Thales[16], radar serupa yang dipasang pada pemusnah Type 45, untuk pencarian untuk pencarian luas jarak jauh, radar jujukan imbasan elektronik aktif BAE Systems Artisan 3D Type 997 jarak sederhana, dan sebuah radar navigasi.[17][18] BAE mendakwa S1850M memiliki keupayaan cetusan penjejakan dan pengesanan automatik sepenuhnya yang mana boleh menjejak sehingga 1,000 sasaran udara pada julat sekitar 400 kilometre (250 mi).[19] Artisan boleh "menjejak sebuah sasarn pada saiz sebiji bola snuker pada jarak 20 kilometre (12 mi)", dengan jarak maksima 200 km. (Artisan juga akan dipasang pada frigat Type 23, kapal serangan amfibia HMS Albion, HMS Bulwark dan HMS Ocean.)[20][21] Kapal-kapal ini juga akan dipasang dengan Sistem Optikal Elektro Ultra Electronics Series 2500 dan Glide Path Camera (GPC).[22]

Pengendalian munisi dan amunisi menggunakan sebuah sistem Babcock yang direka bagi sistem pengendalian persenjataan mekanis tinggi (HMWHS). Ia merupakan penggunaan pertama bagi tentera laut bagi sistem penyimpanan berasaskan di darat. HMWHS menggerakan munisi berpalet daripada kelopak dan kawasan persediaan persenjataan, bersama-sama trek dan lift, di haluan, buritan dan kiri/ kanan kapal. Trek ini akan membawa sebuah palet ke kelopak, hangar, kawasan persediaan persenjataan d an dek penerbangan.

Kemudahan anak kapal[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan untuk anak kapal termasuk sebuah pawagam, kawasan kecergasan fizikal dan empat buah dapur yang dijaga oleh 67 kakitangan katering. Terdapat empat buah kawasan makan yang luas dengan kapasiti untuk menghidangkan 960 hidangan dalam masa sejam. Terdapat sebelas orang kakitangan perubatan dengan kemudahan lapan buah katil, yang mana termasuk dewan pembedahan dan dewan pergigian.[23] Kapal ini juga dilengkapi dengan 1,600 katil dalam 470 buah kabin, termasuk penginapan untuk sebuah kompeni seramai 250 orang anggota Royal Marines dengan laluan serangan yang lebar sehingga ke dek penerbangan.[9]

See also[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Hansard20131106 tidak disediakan
  2. ^ a b "HMS Queen Elizabeth crew switch on its radar for first time". Naval Technology. Dicapai 29 August 2015. 
  3. ^ "Queen Elizabeth Class". Aircraft Carrier Alliance. Dicapai 14 November 2014. 
  4. ^ "Queen Elizabeth Class". Naval Technology. Dicapai 14 November 2014. 
  5. ^ Harris, Stephen (27 May 2014). "Your questions answered: HMS Queen Elizabeth aircraft carrier". The Engineer. 
  6. ^ "Progress being made but uncertainties remain", WarShip Technology: July/Aug 2013, The Royal Institution of Naval Architects
  7. ^ "Queen Elizabeth class aircraft carrier: A Guide". UK Defence Journal. 3 April 2014. Dicapai 14 November 2014. 
  8. ^ "Queen Elizabeth Class". Royal Navy. Dicapai 21 August 2013. 
  9. ^ a b Hargreaves, Richard (December 2013). "Asset management". Navy News. m/s. 8. 
  10. ^ "HMS Ocean:Written question – 19049". http://www.parliament.uk/. HMG. Dicapai 16 December 2015.  pautan luar dalam |website= (bantuan)
  11. ^ "Babcock to Deliver, Convert Phalanx 1B CIWS for Royal Navy Queen Elizabeth Aircraft Carrier". 16 December 2014. 
  12. ^ Royal Navy – Global Force 2013 (PDF) (graphic), Press Association, m/s. 86  – source: Royal Navy.
  13. ^ "F-35 jets, Apache Choppers To Fly From UK's HMS Queen Elizabeth Carrier in 2018". Defenseworld.net. Dicapai 6 July 2017. 
  14. ^ "Queen Elizabeth class aircraft carrier: A Guide". UK Defence Journal. 3 April 2014. Dicapai 14 November 2014. 
  15. ^ "UK aircraft carrier Prince of Wales to go into service". BBC. 5 September 2014. Dicapai 18 September 2014. 
  16. ^ "Thales signs further orders". Thales. 
  17. ^ "Weapons and sensors" (PDF). BAE Systems. Dicapai 30 December 2011. 
  18. ^ "HMS Queen Elizabeth Aircraft Carrier Fitted with Thales SMART-L (S1850M) Long Range Radar". 2 December 2013. 
  19. ^ "S1850M Long Range Radar". BAE Systems. Dicapai 31 December 2011. 
  20. ^ "Navy to get new radar". Ministry of Defence. 4 August 2008. Diarkibkan daripada original pada 17 August 2012. Dicapai 29 December 2011. 
  21. ^ "The new military radar capable of detecting a tennis ball moving at three times the speed of sound". Pocket Lint. 
  22. ^ "Ultra Electronics Wins Contract for EO Systems for Queen Elizabeth Class Carriers". Ultra Electronics. 9 August 2010. 
  23. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan alliance tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]