Kapal selam Kelas Gotland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
HMS Gotland
Gambaran keseluruhan kelas
Pembina:Kockums
Pengguna:Bendera tentera laut Sweden Tentera Laut Sweden
Sebelumnya:Kelas Västergötland
Selepasnya:Kelas Södermanland
Jumlah dirancang:3
Jumlah disiapkan:3
Jumlah aktif:HSwMS Gotland

HSwMS Uppland

HSwMS Halland
Ciri-ciri umum
Sesaran:
  • 1494 tan (timbul)
  • 1599 tan (menyelam)
Panjang: 60.4m
Lunas: 6.2m
Draft: 5.6m
Jana kuasa:
  • 2 × Diesel-electric MTU engines
  • 2 × Kockums v4-275R Stirling AIP units
Halaju:
  • 11 knot di permukaan
  • 20 knot semasa menyelam
Anak kapal:
  • 18 pegawai
  • 6 kerahan
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Sut integrasi penderia sonar CSU 90-2
Persenjataan:
  • 4 × 533mm
  • 2 × 400mm

Kapal selam Kelas Gotland merupakan sebuah kapal selam penyerang berkuasa diesel-elektrik moden milik Tentera Laut Sweden. Gotland merupakan kelas kapal selam pertama di dunia yang menggunakan enjin Stirling iaitu sebuah sistem Pendorongan Bebas Udara (Air Independent Propulsion atau AIP), yang mana dapat melanjutkan tempoh sesebuah kapal selam untuk berada di bawah permukaan laut daripada beberapa hari kepada beberapa minggu.[1] Keupayaan sebegini dahulunya hanya terdapat pada sebuah kapal selam nuklear.

Ciri Khas[sunting | sunting sumber]

Sehingga tahun 2008, kapal selam penyerang kelas Gotland merupakan salah satu kapal selam paling moden yang berkhidmat untuk Tentera Laut Sweden. Ia digunakan untuk pelbagai misi seperti perperangan anti-kapal/ anti kapal selam, pengumpulan maklumat risikan, risikan isyarat elektronik, pengawasan serta pemasangan periuk api.

Kapal selam ini dikuasakan dengan menggunakan dua set enjin MTU ketika terapung di permukaan laut. Manakala ketika dalam keadaan menyelam ia menggunakan sistem enjin Stirling AIP untuk memacu penjana kuasa 75-kilowattnya sama ada untuk tujuan pengecasan bateri mahupun perenjangan untuk bergerak. Enjin Stirling ini amat sesuai untuk kapal selam kerana cirinya yang hampir senyap dan boleh menggunakan persekitaran laut sebagai penyerap haba bagi meningkatkan kecekapannya. Kapal selam kelas ini dicirikan oleh keistimewaan akustiknya yang rendah, daya tahan yang tinggi terhadap hentakan dan sistem tempur yang cekap. Kebolehan selaman bagi kapal selam kelas ini pula bergantung kepada jumlah oksigen yang dimuat semasa berlayar yang mana boleh mencapai berminggu-minggu.

Rekabentuk badan dan kedudukan kemudi berbentuk 'X' pada bahagian belakangnya membolehkan pergerakan kapal ini dikendalikan dengan mantap. Kemudi X menyediakan empat kawalan permukaan, ditambah lagi dengan dua papan kemudi pada bahagian layar memberikan ia keupayaan untuk beroperasi sangat dekat dengan dasar laut dan mampu mengambil selekoh tajam. Sistem automatik kapal dan pengemudian berkomputer membolehkan ia dikemudikan oleh satu pengemudi sahaja, ini menjimatkan kos dan tenaga kerja.

Kelas ini mempunyai beberapa ciri yang mempertingkatkan lagi keupayaannya untuk menyelinap tanpa dikesan. Kesemua jentera dalam kapal terasing dan dipasang pada getah perendam bagi mengurangkan bunyi dan getaran. Rekabentuk hidrodinamik badan kapal juga mengurangkan bunyi, jejak infra merah dan gerak balas sonar. Ia dilengkapi 27 elektromagnet bebas yang dapat meneutralkan jejak magnetik dan memintas medan elektrik berfrekuensi rendah. Kapal selam ini amat sukar dikesan terutamanya dalam kawasan operasinya iaitu lautan Baltik.

Unit[sunting | sunting sumber]

Nama Kapal Mula Dibina Dilancarkan Pada Tahun Ditauliahkan Perkhidmatan Status Jata
HSwMS Gotland (Gtd) 10 Oktober 1992 2 Februari 1995 1996 Flotila Kapal Selam Pertama Sweden Aktif
HSwMS Uppland (Upd) 14 Januari 1994 8 Februari 1995 1996 Flotila Kapal Selam Pertama Sweden Aktif
HSwMS Halland (Hnd) 21 Oktober 1994 27 September 1996 1996 Flotila Kapal Selam Pertama Sweden Aktif

Penempatan[sunting | sunting sumber]

Pada 16 September 2000, HSwMS telah mengambil bahagian dalam latihan dengan pelbagai negara setelah diperbaiki dan dinaik taraf supaya tahan dengan suhu panas perairan kawasan tropikal. Kejayaannya menewaskan rakan musuh tanpa dikesan dalam latihan tersebut telah menarik minat banyak negara terhadap kapal ini. Pada bulan November tahun yang sama, ia telah menyertai latihan "blue-water" bersama NATO di lautan Atlantik dan telah memenangi pertarungan olok-olok mengalahkan SSN Perancis dan pasukan tentera laut Sepanyol. Ia juga dilaporkan telah menewaskan sebuah kapal selam nuklear milik Amerika Syarikat, iaitu USS Houston

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Gotland class submarine - submerged several weeks". Kockums. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-18. Dicapai pada 2008-04-06.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]