Karamjit Singh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Karamjit Singh ialah pemandu rali profesional Malaysia.

Karamjit Singh (lahir 29 Januari 1962), juga dikenali sebagai Flying Sikh, ialah pemandu rali profesional Malaysia, serta merupakan pemandu Asia pertama yang memenangi Kejuaraan Kereta Pengeluaran Dunia Fédération Internationale de l'Automobile (FIA) bagi Pemandu dengan hanya sekali cuba. Beliau mula berlumba rali profesional sejak tahun 1985. Beliau telah memenangi Kejuaraan Rali Asia Pasifik bagi Pemandu, Kejuaraan Kereta Pengeluaran Dunia FIA 2002 bagi Pemandu, di samping Kejuaraan Rali Asia Pasifik FIA 2002 dan 2004 bagi Pemandu. Beliau pernah berlumba untuk pasukan Petronas EON Racing Team dan Pasukan Proton Pert Malaysia menggunakan kereta rali Proton 4WD. Pemandu tambahannya ialah (mengikut susunan kronologi) Ron Teoh, Allen Oh dan John Bennie. Karamjit kini memandu kereta Proton Satria Neo CPS R3 untuk Pasukan CUSCO Jepun bagi Kejuaraan Rali Asia Pasifik[1] setelah berpindah dari Pasukan Rali Proton R3 Malaysia.[2]

Kesukaran penajaan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2005, Singh menghadapi masalah mencari penaja, serta tidak berupaya untuk mengambil bahagian dalam separuh daripada lapan perlumbaan dalam Kejuaraan Rali Asia Pasifik FIA. Pasukannya sendiri tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar mekaniknya serta penyelenggaraan bagi keretanya, maka akibat ketiadaannya dalam sebegitu banyak pusingan kejuaraan tersebut, FIA mendendanya sejumlah 10,000 Euro. Singh juga tiada wang yang mencukupi untuk mengangkut keretanya balik ke Malaysia dari New Zealand, yang memerlukan kos sejumlah RM57,000. Kesukaran yang dihadapi Singh telah mendapat liputan meluas dalam beberapa akhbar utama Malaysia, yang turut dimaklumkan bahawa Singh sedang dalam proses untuk menjual apartmennya untuk membayar denda serta membawa pulang keretanya.

Apabila dimaklumkan mengenai kemungkinan menerima bantuan dari kerajaan serta orang awam, Singh menolak tawaran tersebut, dengan menyatakan bahawa beliau percaya beliau masih berupaya mencari penaja korporat yang mencukupi untuk mengelak daripada membebankan orang awam. Singh berkata beliau lebih sanggup untuk mempertimbangkan untuk berlumba untuk negara lain daripada menerima bantuan daripada orang perseorangan. Semasa dimaklumkan, Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan bertanya: "Jika Karamjit merupakan rakyat Malaysia dan telah menghasilkan kejayaan serta mengharumkan nama negara, kenapa sokongan tidak diberikan kepadanya?"

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Azalina Othman Said, juga dilaporkan berkata beliau ditugaskan untuk meneliti perkara tersebut, serta menyatakan "kami mahu mengetahui mengapa sektor swasta tidak tampil ke hadapan dan kedua, jika Karamjit mempunyai seseorang untuk menguruskannya dan mengemukakan masalahnya dalam prospektif yang betul supaya para penaja boleh tampil ke hadapan."

Penajaan diselesaikan (Julai 2007)[sunting | sunting sumber]

Setelah beberapa tahun menghilang dari arena rali, kini Karamjit Singh berpeluang untuk tampil semula di bawah pengurusan dan penajaan baharu. Dipadukan bersama entiti korporat (Aldwich Berhad), Karamjit kini memulakan pasukan baharu yang dikenali sebagai Team Templer Motorsport.

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Possum Bourne
Kejuaraan Rali Asia Pasifik
2001 & 2002
Diikuti oleh:
Armin Kremer
Didahului oleh
Armin Kremer
Kejuaraan Rali Asia Pasifik
2004
Diikuti oleh:
Jussi Välimäki

Rujukan[sunting | sunting sumber]