Katak Takang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Katak Takang
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
M. nasuta
Nama binomial
Megophrys nasuta

Katak Takang atau juga dikenali sebagai katak Bertanduk (Borneo) mempunyai nama saintifiknya Megophyrs nasuta

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Katak yang gempal dan bersais serdahana hingga besar, dengan kaki pendek halus. Lebar kepalanya adalah separuh kepala-tambah-panjang badan. "Tanduk" adalah lebar, runcing, bersegi tiga menonjol dari tepi kelopak mata. Kebanyakan individual spesies ini turut mempunyai bonjolan yang sama pada hujung hidung. Bahagian belakang mempunyai dua pasang kulit berlipat yang panjang, tirus. Warnanya seperti selut cerah hingga perang kemerahan, kadang kala dengan satu atau dua tompok pada bahagian belakang. Biasanya terdapat belang gelap lebar pada sebelah kepala di belakang mata.

Jantan: 70 - 105 mm
Betina: 90 - 125 mm

Habitat[sunting | sunting sumber]

Spesies ini tersebar meluas dan biasanya tergolong dalam satu genus. Ia tinggal dikawasan hutan hujan tanah rata hingga ke cerunan, dari aras laut sehingga ketinggian 1,600 meter. Katak dewasa membiak disungai yang mempunyai arus serdahana hingga deras. Berudunya hidup dikawasan beriak, dan biasanya dijumpai bersembunyi di kawasan di mana akar tumbuhan berjuntai kedalam air.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Katan ini boleh didapati dikeseluruhan Borneo. Juga terdapat di Sumatera dan Semenanjung Malaysia.

Bunyi[sunting | sunting sumber]

Berbunyi "Honk" tunggal yang kuat. Nada pelbagai-ton, yang nyaring dihasilkan secara berkala.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]