Katherine Johnson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Katherine Johnson
Katherine Johnson
Katherine Johnson pada tahun 2008
KelahiranKatherine Coleman
(1918-08-26) 26 Ogos 1918 (umur 101)
White Sulphur Springs, Virginia Barat, Amerika Syarikat
KediamanHampton, Virginia
WarganegaraAmerika Syarikat
PendidikanWest Virginia State College
B.S. (summa cum laude), 1937
Matematik & Perancis[1]
PekerjaanAhli fizik, ahli matematik
MajikanNACA, NASA
Terkenal keranaMembuat perkiraan trajektori dalam perancangan banyak misi angkasa NASA
PasanganJames Goble (k. 1939–1956)
Jim Johnson (k. 1959)
Anak3

Katherine Coleman Goble Johnson (lahir 26 Ogos 1918) ialah seorang ahli matematik dari Amerika Syarikat yang dikenali atas kemahiran dan kebijaksanaan beliau membuat perkiraan yang banyak membantu penyelidikan NASA dalam menjalankan projek penerbangan angkasa berpandu mereka, terutamanya dalam Program Space Shuttle.[2]

Pengaruh dan sumbangan utama beliau dalam bidang sains angkasa dan perkomputeran menjadikan nama beliau disanjung tinggi serta mendapat banyak anugerah penting.[3][4][5][6]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Katherine Coleman lahir pada tahun 1918 di White Sulphur Springs, Virginia Barat. Beliau merupakan anak bongsu (dalam empat adik-beradik)[7] kepada Joylette Coleman, seorang guru, dan Joshua Coleman, seorang pembalak, petani dan tukang di sebuah hotel.[8][9][10][8]

Beliau menunjukkan minat dan kemahiran yang sangat tinggi dalam ilmu matematik pada usia muda. Kauntinya tiada kemudahan persekolahan awam melepasi gred lapan untuk kaum berkulit hitam pada ketika itu, maka keluarga Coleman membawa anak-anak mereka melanjutkan pelajaran sekunder di bandar Institute, Virginia Barat. Setelah Katherine menghabiskan persekolahannya pada usia 14 tahun, beliau meneruskan pengajiannua di kolej West Virginia State - ia merupakan salah satu kolej yang khusus untuk orang berkulit hitam di Amerika Syarikat pada masa itu.[11] Beliau banyak mengambil peluang mendalami ilmu matematik di sana.

Katherine memilih kerjaya sebagai seorang pakar matematik meskipun ia begitu sukar untuk golongan berkulit hitam mendapat kerja sedemikian pada masa itu. Beliau diberitahu mengenai suatu tawaran daripada Jawatankuasa Penasihat Aeronautik Negara yang memerlukan ahli matematik bekerja untuk mereka oleh salah satu ahli keluarganya.[11] Beliau mendapat kerja tersebut pada tahun 1953, malah dimasukkan dalam pasukan awal dalam peralihan NACA menjadi badan NASA yang baharu.

Kerjaya di NASA[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat tempat sebagai seorang pakar teknologi aeroangkasa dalam divisyen Cawangan Kawalan Kapal Angkasa (Spacecraft Controls Branch) dari tahun 1958 sehinggs persaraannya pada tahun 1986. Beliau banyak terlibat dalam perancangan projek-projek angkasa utama dalam NASA: beliau bertanggungjawab membuat pengiraan trajektori penerbangan angkasa Alan Shepard - angkawasan pertama Amerika Syarikat - pada 5 Mei 1961.[2] Beliau merangka peta pengemudian bantuan untuk para angkasawan sekiranya berlakunya kerosakan elektronik dalam penerbangan yang dijalankan.[8] Malah, John Glenn meminta pihak NASA agar Katherine sendiri mengesahkan perkiraan komputer yang bakal memprogramkan penerbangan Glenn mengelilingi Bumi.[2][12][13]

Beliau terlibat dalam merancang terjektori yang membawa modul misi Apollo 11 ke Bulan pada tahun 1969.[2][14] Pelan sokongan yang dirangkanya turut membantu para penerbang dalam misi Apollo 13 kembali ke Bumi dengan selamatnya berikutan berlaku kerosakan suatu tangki oksigen pentung dalam modul mereka.[14]

Katherine telah menulis bersama sebanyak 26 laporan kajian saintifik.[15][4]

Persaraan[sunting | sunting sumber]

Pada 2015, beliau dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu.[16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shetterly, Margot Lee (3 Ogos 2017). "Katherine Johnson Biography". NASA. Dicapai 7 April 2018. 
  2. ^ a b c d Smith, Yvette (24 November 2015). "Katherine Johnson: The Girl Who Loved to Count". NASA. Dicapai 12 Februari 2016. Her calculations proved as critical to the success of the Apollo Moon landing program and the start of the Space Shuttle program, as they did to those first steps on the country's journey into space. 
  3. ^ "'Mop Top' the 'Hip Hop' Scientist Celebrates African-Americans in the Sciences: Katherine G. Johnson", 2003
  4. ^ a b "Human computers: Katherine G. Johnson". NASA History. Dicapai 2 Ogos 2015. 
  5. ^ "Black history... Katherine G Johnson (1918 – retired)" Diarkibkan October 21, 2006, di Wayback Machine., UK-based Planet Science
  6. ^ "Katherine G. Johnson: Physicist, Space Scientist, Mathematician" Diarkibkan 4 March 2009[Tarikh tidak sama] di Wayback Machine., Oracle Think Quest Education Foundation Library
  7. ^ Shetterly, Margot Lee (1 Disember 2016). "The Woman the Mercury Astronauts Couldn't Do Without". Nautilus. Dicapai 8 Disember 2016. 
  8. ^ a b c "Katherine Johnson – Oral History". National Visionary Leadership Project. Dicapai 12 Februari 2016. 
  9. ^ Gale, Thomas (2005). "Johnson, Katherine Coleman Goble". Encyclopedia.com. Cengage Learning. Dicapai 15 Februari 2016. 
  10. ^ Gutman, David (26 Disember 2015). "West Virginian of the Year: Katherine G. Johnson". Charleston Gazette-Mail. Dicapai 12 Februari 2016. 
  11. ^ a b Loff, Sarah (22 November 2016). "Katherine Johnson Biography". NASA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 1 Februari 2017. 
  12. ^ "Makers Profile: Katherine G. Johnson". Makers. Dicapai 24 Mei 2015. 
  13. ^ Sloat, Sarah (15 Ogos 2016). "'Hidden Figures' Gives NASA Mathematicians Long Overdue Movie". Inverse.com. Dicapai 15 Januari 2017. 
  14. ^ a b "Katherine G. Johnson Biography". Biography.com. 10 Oktober 2016. Dicapai 15 Januari 2017. 
  15. ^ "Oral History Archive: Katherine Johnson". National Visionary Leadership Project. 2005. Dicapai 29 Disember 2016. 
  16. ^ Gutman, David (16 November 2015). "WV native, NASA mathematician to receive Presidential Medal of Freedom". WV Gazette Mail: Charleston Gazette-Mail. Dicapai 12 Februari 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]