Ke Pintu Kaabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ke Pintu Kaabah
GenreDrama
Ditulis olehMF Kencana
PengarahAsri Alias
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Penerbitan
Penerbit eksekutifAsri Alias
PenerbitFaridah Hilyana
Nur Amina Imani
PenyuntingHj. Fauzi Yahya
Tempoh siaran120 minit (termasuk iklan)
Syarikat penerbitan
Rimbun Hikmah Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV1 (Slot Panggung Khas)
Siaran asal1 September 2017

Ke Pintu Kaabah adalah telefilem Malaysia 2017 arahan Asri Alias terbitan Rimbun Hikmah Sdn. Bhd. Ditulis oleh MF Kencana telefilem ini disiarkan pada 1 September 2017 di TV1.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah Mek Som yang merupakan seorang ibu tunggal memendam hasrat untuk menunaikan ibadat haji ke Mekah.

Kehilangan suaminya di laut menyebabkan kehidupan beliau bersama anaknya Fadilah semakin sukar. Justeru Fadilah mengambil keputusan untuk bekerja di butik Puan Aisah di bandar bagi menambah duit simpanan ibunya ke Mekah.

Sementara itu muncul pemuda bernama Farid yang baru pulang belajar dari luar negara tertarik dengan Fadilah dan mula berkawan dengannya. Sebenarnya Farid merupakan anak Puan Aisah dan beliau merahsiakan kepulangan ke Malaysia daripada pengetahuan ibu bapanya. Beliau berhasrat untuk hidup berdikari terlebih dahulu.

Fadilah sering becerita dengan Farid tentang hasrat ibunya hendak ke Mekah. Perkara itu didengari Farid dengan niat mahu membantu kawan istimewanya itu. Namun hasrat itu hanya disimpan dalam hati.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ke Pintu Kaabah (TV1)". MyInfotaip. 1 September 2017.