Tisha Shamsir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tisha Shamsir
Kelahiran Shanorbiah binti Shamsir Alam
(1986-01-20) 20 Januari 1986 (umur 32)
Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia
Warganegara Malaysia
Nama lain Latisha Shamsir Alam
Pekerjaan Pelakon, penyanyi
Tahun aktif 2004–kini
Pasangan Mohd. Ady Hafize Hanaffiah (berkahwin 2016)

Tisha Shamsir (lahir Shanorbiah binti Shamsir Alam; 20 Januari 1986) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia dan salah seorang peserta Audition dan Mentor musim keenam. Beliau terkenal menerusi watak sebagai Huda dalam filem Villa Nabila (2015) dan sebagai Inspektor Tisha dalam Gerak Khas (2014-17).

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan sebagai Shanorbiah binti Shamsir Alam pada 20 Januari 1986 di Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh, Kelantan, Tisha merupakan anak kelima daripada tujuh beradik. Beliau memulakan kerjaya awalnya sebagai penyanyi semasa menghadiri ujibakat pertandingan bakat baru nyanyian, Audition terbitan ntv7, ketika itu beliau menggunakan nama Shanor. Bapanya, Shamsir Alam Mohd Zainal merupakan seorang bekas penyanyi Kombo Angkatan Tentera Malaysia di mana beliau mewarisi darah seni dari bapanya.[1]

Beliau kemudiannya diujibakat untuk menyertai rancangan realiti TV, Mentor musim keenam di TV3 yang mana beliau merupakan anak didik Ferhad,[2] di mana dalam pertandingan peringkat Separuh Akhir, beliau mendapat undian paling terendah iaitu sebanyak 86 markah.[2]

Bakatnya dalam bidang lakonan hadir pada 2011 apabila beliau menjayakan peranan kecil dalam filem Aku Bukan Tomboy arahan Syamsul Yusof, seterusnya membintangi bersama Pekin Ibrahim dalam filem sulungnya, iaitu sebuah filem dokumentari seram bertajuk Villa Nabila arahan Syafiq Yusof, yang mana beliau memegang watak sebagai Huda, isteri kepada Asyraf lakonan Pekin.[3] Selepas Villa Nabila, Tisha membintangi drama kepolisan paling lama bertahan, Gerak Khas di mana beliau memegang watak utama sebagai Inspektor Tisha.[4][5]

Beliau mendirikan rumah tangganya dengan Mohd. Ady Hafize Hanaffiah yang merupakan pengurus produksi di Skop Productions.[6] Mereka mula berkenalan sebagai rakan sekerja pada 2012 dan dua tahun kemudian mula rapat. Pasangan ini melangsungkan pernikahan mereka di Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh, iaitu tempat lahir Tisha.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen dan filem
Tahun Tajuk Peranan Catatan Saluran TV
2004 Audition Peserta (sebagai Shanor) Rancangan realiti TV ntv7
2011 Aku Bukan Tomboy Pengkid #2 Pelakon tambahan, tidak dikreditkan
2012 Mentor musim ke-6 Peserta, anak didik Ferhad Rancangan realiti TV TV3
2013 Metro Skuad (Musim 2) Pelakon undangan TV2
2014–17 Gerak Khas Inspektor Tisha Pelakon utama TV2
2015 Villa Nabila Huda Filem pertama, pelakon utama
Polis EVO Sarjan Rosalinda Pelakon pembantu
2016 Bodyguard Pelakon pembantu TV3
Mek Kelate Mek Nor Pelakon utama TV3
2017 Dia Bidadariku Qaseh Pelakon pembantu Astro Ria & Astro Ria HD
Titian Cinta Sofia Pelakon pembantu TV3
2018 Bilo Nogori Jupo Kelate Pelakon pembantu TV3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bersedia dengan segala kemungkinan". Kosmo!. 25 April 2012. Dicapai 1 Februari 2015. 
  2. ^ a b Feride Hikmet Atak (5 Jun 2012). Tisha (Mentor 6) Tinggalkan Kelantan Untuk Jadi Penyanyi mSTAR Online. Dicapai pada 10 Jun 2017.
  3. ^ Nina Farzuin Mohd Sharom (11 Januari 2015). Demi Villa Nabila, Pekin, Tisha gagahkan diri Sinar Harian. Dicapai pada 10 Jun 2017.
  4. ^ Tengku Suzana Raja Hamat (20 Julai 2014). Inspektor Tisha jadi sandaran Kosmo!. Dicapai pada 10 Jun 2017.
  5. ^ Aqmar Mustaza (23 Februari 2016). Gerak Khas lonjak nama Tisha Shamsir Sinar Harian. Dicapai pada 10 Jun 2017.
  6. ^ a b Cinta lokasi ke jenjang pelamin Utusan Malaysia (16 Disember 2016). Dicapai pada 10 Jun 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]