Catriona Bahrin Ross

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Catriona Ross)
Jump to navigation Jump to search
"Catriona Ross" dilencongkan di sini.
Catriona Ross
KelahiranCatriona Norhayati Ross binti Bahrin Ross
(1980-09-02) 2 September 1980 (umur 38)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
KediamanCyberjaya
Nama lainCatriona Norhayati
PendidikanSarjana Muda Komunikasi Massa
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA
Pekerjaan
Tahun aktif1998–kini
PasanganShaharuddin Mokhtaruddin (k. 2009)
Anak3
Ibu bapaBahrin Ross Abdullah (bapa)
Siti Zawiyah Ab. Rahman (ibu)
SaudaraFiona Aishah (adik)
Shakirin Alistair (adik)
Razzi Rahman (bapa saudara)

Catriona Norhayati Ross binti Bahrin Ross (dilahirkan pada 2 September 1980) atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross merupakan seorang pelakon, model, pengacara, penulis skrip, dan penulis buku wanita Malaysia.

Beliau juga merupakan penulis skrip drama tv dan buku bersama bapa saudaranya, penyanyi Razzi Rahman yang masyhur pada 1990-an. Beliau turut mempunyai laman web mengenai cinta, hubungan dan cerita yang turut menjual barangan seperti tshirt, mug dan pelekat kereta. [1]

Kerjaya seni Catriona bermula apabila berjaya dalam ujibakat untuk menjadi pengacara Wayang Kita terbitan Astro Ria.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Catriona dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 2 September 1980 dan berdarah kacukan Melayu (ibu) dan Scotland (bapa). Merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik. Catriona mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu. Kemudian berpindah ke Sekolah Sri Inai Junior, sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur, kerana mengikuti tuntutan kerja ayahnya sebagai jurutera. Selepas itu Catriona kembali ke Kota Bharu dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Naim Lil Banat, sebelum mengakhiri pengajian menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra.

Selepas tamat persekolahan, Catriona melanjutkan pelajarannya ke Universiti Teknologi MARA dalam Jurusan Komunikasi Massa dari tahun 1998 hingga 2002.

Pada 26 Jun 2009, Catriona telah selamat dinikahkan dengan penerbit dan pengarah rancangan hiburan televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin di Kota Bharu, Kelantan.[2] Mereka berdua telah dikurniakan dengan tiga orang anak, Sephia Rania, Edruce Riyadh dan Jammal Raess.

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Pada April 2007, kereta yang dinaiki Catriona berlanggar dengan lori di lebuhraya Utara Selatan.[3] Akibat dari itu, beliau patah kedua belah kaki, tangan dan cedera di kepala dan badan, terpaksa tinggal di hospital sehingga Jun 2007.[4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2003 Mistik Tasya A. Razak Mohaideen Filem pertama
2007 Chermin Yasmin Zarina Abdullah
Qabil Khushry Qabil Igam Zaili Sulan
2010 Hooperz Wan Zurina Rosihan Zain
2019 Dimensi Cinta Filem/drama yang belum dikeluarkan Eddie Pak Tarikh tayangan sebenar tidak dapat dipastikan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2004 Bagasi Biru
Sephia Sephia TV3 [5]
2005 Salina TV3
Rafflesia TV2
2007 Datin Diaries TV3
2009 Bonda TV9
Ceplos Kak Dah TV9
2010 Fitrah Wanita TV2
2011 Selimut Cinta Intan Balqish TV AlHijrah
Antara Maghrib Dan Isyak Suraya TV3
Kasih Alia Maya TV3
2013 Jodoh Minda Astro Ria
Hujan Halima TV3
Cinta Dan Wahyu Siti Aisyah TV AlHijrah
2014 Ramadan Jangan Pergi TV3
Anugerah Terindah TV3
2015 Cinta Si Egois Hypp Sensasi
2016 Mr. Tanda Soal Puan Nora TV3
2017 Cucu Tauke Beras Davini TV3
Dekatkan Jarak Kita Umi Khadijah TV3 [6]
2018 Jangan Padam Rindu Puan Raihan TV Okey
Jangan Benci Cintaku Puan Azlin TV3
Rahasia Kasih Nailis ntv7
Pujaan Hati Kanda Mama Nadine TV3
Aku Cinta Dia Puan Zaity TV3
2019 Dia Pengantinku Filem/drama yang belum dikeluarkan TV1 Pos-produksi[7]

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2007 Kalis Cinta Wan Katrina TV3
Mek Salmah Dari Scotland Mek Salmah/Sally TV2
2008 Kelahiran Teristimewa TV3
Kak Kiah Serunding TV9
2012 Bila Mak Mengandung Lagi Astro Prima
2013 Titis Kasih Ibu Mira TV AlHijrah
2017 Detik Berputar Datin Suriawati TV1
Sakit Aishah TV3
Ke Pintu Kaabah Mek Som TV1
2018 Manipulasi Puan Rose ntv7
Uniknya Cinta Mak Erman TV3
2019 Lelaki Kacak Dari Dhaka Filem/drama yang belum dikeluarkan Pos-produksi

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Nota
2004 Wayang Kita Pengacara Astro Ria [8]
2013 Seleksi Hijab Tetamu undangan TV2

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
2008 Muzikal Ibu Zain[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Legs broken, she makes write turn
  2. ^ "Kahwin cerai dunia artis". Utusan Melayu. 31 Disember 2009. 
  3. ^ Catriona Ross Is Badly Injured In A Car Crash Accident
  4. ^ 14 April 2007. Catriona Ross cedera parah dalam kemalangan. Utusan Online.
  5. ^ Abd. Aziz Itar (19 Julai 2004). HANS ISAAC, CATRIONA ROSS - Mantapkan Sephia. Utusan Malaysia.
  6. ^ Muhamad Fairoz Azizan (2 Februari 2018).Bukan lagi masa kejar wang - Catriona Ross. Berita Harian.
  7. ^ "Bukan lagi masa kejar wang - Catriona Ross". Berita Harian. 2 Februari 2018. 
  8. ^ "Catriona Ross tolak watak perempuan mat salih". Utusan Melayu. 20 Disember 2005. 
  9. ^ "Aidilfitri bermakna Catriona Ross". mStar. 6 Oktober 2008. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]