TV1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
TV1
RTM TV1.png
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
 Singapura
 Brunei
 Thailand (Thailand Selatan)
 Indonesia (Kalimantan dan Kepulaun Riau)
Ahli gabunganBerita RTM
SloganSaluran Komunikasi Anda
(28 Disember 1978-26 Disember 1987)
Saluran Perdana
(27 Disember 1987-31 Julai 2004)
Saluran Infotainmen Anda
(1 Ogos 2004-31 Mac 2006)
Saluran Inforia
(1 April 2006-31 Disember 2008)
Saluran Informasi
(1 Januari 2009-31 Disember 2011)
Mewarnaimu
(sejak 1 Januari 2012)
Ibu pejabat
Pengaturcaraan
BahasaMelayu (rasmi/utama/nasional)
Inggeris (rasmi/utama/nasional)
Format gambar1080i (16:9/HDTV)
Pemilikan
Pemilik
Saluran kembarTV2
TV Okey
Berita RTM
Sukan RTM
TV6
Sejarah
DilancarkanMalaysia 28 Disember 1963; 59 tahun yang lalu (1963-12-28) sebagai Televisyen Malaysia
Malaysia 1 April 2019; 3 tahun yang lalu (2019-04-01) (myFreeview) (HD)
Malaysia 1 April 2021; 23 bulan yang lalu (2021-04-01) (Astro dan NJOI) (HD)
DitutupMalaysia 31 Mac 2019; 3 tahun yang lalu (2019-03-31) (myFreeview) (SD)
Malaysia 31 Mac 2021; 23 bulan yang lalu (2021-03-31) (Astro dan NJOI) (SD)
Brunei 31 Mac 2022; 11 bulan yang lalu (2022-03-31) (Kristal-Astro) (HD)
Nama dahuluTelevisyen Malaysia (31 Disember 1963-16 November 1969)
Rangkaian Pertama (17 November 1969-28 Disember 1978)
RTM1 (28 Disember 1978-2 Februari 1990 dan 1 April 2006-31 Disember 2008)
Pautan
Laman webtv1.rtm.gov.my
Ketersediaan
Terestrial
Malaysia myFreeviewSaluran 101 (HD)
Satelit
Malaysia AstroSaluran 101 (HD)
Malaysia NJOISaluran 101 (HD)
IPTV
Malaysia Unifi TVSaluran 101 (SD)
Media penstriman
Malaysia AstroAstro GO / Sooka
Malaysia Unifi TVplayTV@unifi
Malaysia myFreeviewMYTV Mana Mana
Malaysia RTMKlikTonton secara langsung

TV1 (televisyen ini dikenali sebagai Televisyen Malaysia dan Rangkaian Pertama) (secara rasmi ditanda panggil sebagai Televisyen Malaysia) ialah saluran televisyen terrestrial tertua di Malaysia. Saluran itu secara rasminya mula disiarkan pada 28 Disember 1963 jam 6:00 petang dengan bersiaran 3 jam dan 45 minit sehari bermula dari jam 5:00 petang sehingga 9:45 malam sebagai Televisyen Malaysia. TV1 utamanya ialah di Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Kecuali set studio untuk siaran berita TV1 kini bersiaran dari Wisma Berita RTM, Angkasapuri, Kuala Lumpur. TV1 ialah stesen televisyen pertama dan tertua di Malaysia. Moto utamanya ialah Mewarnaimu.

Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk televisyen seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC One.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

TV1 memulakan siarannya perkhidmatan televisyen di bawah nama Televisyen Malaysia diperkenalkan melancarkan secara rasmi pada 28 Disember 1963 tepat pada masanya untuk sempena perayaan Tahun Baharu jam 6:00 petang dengan bersiaran 3 jam dan 45 minit sehari bermula dari jam 5:00 petang sehingga 9:45 malam kebangsaan di Kuala Lumpur dan siaran serantau di Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang, Alor Setar, Seremban, Tampin, Melaka dan Johor Bahru dengan studio pertamanya terletak di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Televisyen Singapura yang berusia 10 bulan ketika itu (dilancarkan pada 15 Februari 1963) menjadi sebahagian daripada Televisyen Malaysia pada Januari 1964 sebagai stesen negerinya untuk penonton Singapura, peranan yang disampaikan sehingga 1965, apabila Singapura merdeka. Semasa menjadi sebahagian daripada Malaysia, Singapura, seperti tiga rakan kongsinya yang lain–Sabah, Sarawak dan Malaya mempunyai rangkaian radio sendiri, tetapi Singapura adalah satu-satunya negeri yang mempunyai rangkaian televisyen sendiri. Hak siaran radio dan televisyen negeri telah dimasukkan sebagai lampiran dalam Perjanjian Malaysia yang memperoleh autonomi dalam bidang ini antara lain.

Dari 19 Jun 1972 hingga 31 Mac 1994, TV1 berkongsi masa siaran dengan TV Pendidikan namun ia dibatalkan selepas 22 tahun bersiaran kerana siaran awal pagi di TV1 diperkenalkan pada 1 April 1994 ia kemudiannya dipindahkan ke TV2.

TV1 mula menyiarkan dalam warna sejak 28 Disember 1978 di Semenanjung Malaysia dan sejak 31 Ogos 1980 di Sabah dan Sarawak tepat pada masanya Hari Merdeka.

TV1 mula menyiarkan dalam sepenuh warna sejak 1 Januari 1982 di Semenanjung MalaysiaSabah dan Sarawak tepat pada masanya Tahun Baharu.

Siaran harian bermula 10 minit sebelum Azan Subuh dan berakhir pada 7:30 pagi manakala siaran 24 jam hanya boleh didapati ketika bulan Ramadan sahaja.

Pada pukul 6:00 pagi, TV1 memulakan siaran dengan Bacaan Yassin pada setiap hari sebagai pembukaan.

Sepenjang Berita Mandarin bersiaran dari TV2 dan Berita RTM Berita Semasa 12 akan bersiaran di TV1 sahaja pada setiap Sabtu hingga Khamis pada jam 12:00 hingga 12:05 tengah hari.

Pada 1 April 2019, TV1 telah rasmi memulakan penyiaran HDTV sempena RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-73 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-58 telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan myFreeview DTT di Saluran 101 (HD).

TV1 kini bersiaran 24 jam setiap hari sepenuhnya sejak 20 Julai 2012.

TV1, TV2 dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

TV1 (saluran 101) semua program ada dengan serikata bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

TV1 kini bersiaran di myFreeview saluran 101 dalam format HD (definisi tinggi).

Dari 28 Disember 1963 sehingga 31 Disember 1970, TV1 bersiaran selama 3 jam dari 6:00 petang sehingga 9:45 malam.

Dari 1 Januari 1971 sehingga 30 Ogos 1976, TV1 bersiaran selama 4 jam dari 6:00 petang sehingga 10:45 malam.

Dari 31 Ogos 1976 sehingga 31 Mac 1978, TV1 bersiaran selama 6 jam dari 6:00 petang sehingga 12:12 malam.

Pada 1 April 1978, Rangkaian Pertama RTM rasmi diberi nama baru, RTM1.

Dari 1 April 1978 sehingga 31 Disember 1987, TV1 bersiaran selama 9 jam dari 3:00 petang sehingga 12:00 malam.

Bermula 15 Mac 2023, TV1 menyesuaikan rancangan programnya dengan memfokuskan kandungan berbentuk majalah, dokumentari, drama, bual bicara, sukan, rancangan keagamaan, kanak-kanak dan program urusan semasa untuk memenuhi keperluan masyarakat, manakala Slot Selamat Pagi Malaysia akan dikekalkan dan semua program berbahasa Melayu akan tertumpu di TV Okey.

Rancangan[sunting | sunting sumber]

Berita[sunting | sunting sumber]

  • Berita Pagi (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Pagi Sabah (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Pagi Sarawak (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Conty News (segmen rancangan Selamat Pagi Malaysia) (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Semasa 12 (Tayangan serentak di RTMKlik).
  • Berita Tengah Hari (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Semasa 3 (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Semasa 4 (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Wilayah (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Kanta 744 (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Perdana (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Parlimen (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Dunia (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Tengah Malam (Tayangan serentak di Berita RTM).

Bual bicara[sunting | sunting sumber]

  • Kami Bah Ini
  • Kuppa Kupi
  • Inklusif (Tayangan serentak di Berita RTM)
  • Bicara DR (Tayangan serentak di Berita RTM)
  • Bicara Inspirasi
  • Bicara Naratif
  • Bicara Pengguna
  • Bicara Politikonomi
  • Pesona XY (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Selamat Pagi Malaysia (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Lensa IPT (Tayangan serentak di Berita RTM).

Bual bicara niaga[sunting | sunting sumber]

Rancangan agama terbitan JAKIM dengan kerjasama RTM[sunting | sunting sumber]

Rancangan khas[sunting | sunting sumber]

  • Bicara Khas (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Hari Kebangsaan Malaysia (Secara langsung dan tayangan serentak bersama Berita RTM).
  • Hari Malaysia (Secara langsung dan tayangan serentak bersama Berita RTM).
  • Perutusan Khas bersama YAB Perdana Menteri.

Sidang Media[sunting | sunting sumber]

  • Sidang Media bersama YBhg Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah & YB Menteri Kesihatan.
  • Sidang Media bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
  • Sidang Media bersama YB Menteri Pendidikan.
  • Sidang Media bersama YB Menteri Pertahanan.
  • Sidang media bersama YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Parlimen[sunting | sunting sumber]

  • Langsung Dari Parlimen (Tayangan serentak di Berita RTM).

Kanak-Kanak[sunting | sunting sumber]

  • Exagon
  • The Adventure of Puss in the Boots
  • Tee Tot
  • Abby Hatcher

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]