Pergi ke kandungan

Kebakaran gereja Giza

Kebakaran gereja Giza
Ralat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
Ralat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
Ralat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
Ralat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
Ralat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
Ralat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
Map
Maklumat nama
Nama asliRalat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
Juga dikenali sebagaiRalat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
Maklumat am
Tarikh14 Ogos 2022
TempohRalat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
TempatGereja Abu Sefein, Giza, Mesir
LokasiGiza, Mesir
Koordinat30°04′30″U 31°11′13″T / 30.07500°U 31.18694°T / 30.07500; 31.18694Sunting ini di Wikidata
JenisKebakaran
PenyebabLitar pintas
PelakuRalat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
BelanjawanRalat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
PenaungRalat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
PenajaRalat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
PesertaRalat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
HasilRalat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
Tapak sesawangRalat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
Mangsa/korban
Meninggal dunia41
Kecederaan45
HilangRalat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
TerselamatRalat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
DipindahkanRalat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
Kerosakan harta bendaRalat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
PengebumianRalat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
Penyiasatan/penghakiman
TertuduhRalat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
DisabitkanRalat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
TuduhanRalat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
KeputusanRalat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
HukumanRalat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
Anugerah
Ralat Lua pada baris 656 di mw.lua: invalid value (nil) at index 1 in table for 'concat'.
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada 14 Ogos 2022, sebuah kebakaran terjadi di Gereja Abu Sefein, sebuah gereja Koptik di lingkungan Imbaba Giza di pinggiran Kaherah, Mesir, dalam upacara Ahad dengan jemaah hampir 5,000 orang pada masa kejadian.[1][2][3] 41 orang maut dalam kebakaran tersebut, termasuk sekurang-kurangnya 18 kanak-kanak.[4][5][2][6] Salah satu pendeta gereja, Abdul Masih Bakhit, juga maut dalam kebakaran tersebut.[7]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Kebakaran akibat litar pintas sering terjadi di Mesir, dengan bangunan lazimnya tidak memenuhi piawai keselamatan, dan kurangnya penyeliaan berkaitan hal tersebut.[8][2] Sebagai contoh, kebakaran litar pintas berlaku di sebuah hospital pada 2020 yang menewaskan tujuh orang pesakit COVID-19.[2][6] Pada 2002, sebuah kebakaran kereta api yang menyebar ke seluruh gerabak mengorbankan 370 orang. Baru-baru ini, sebuah kebakaran di kilang pakaian di luar Kaherah menyebabkan 20 orang maut pada 2021.[6]

Gereja ini dinamai Saint Mercurius yang dikenali dalam bahasa Arab sebagai Abu Sefein,[9] dan merupakan salah satu gereja-gereja terbesar di Giza, kota terbesar di Mesir setelah Kaherah. Perundangan Mesir mengatur pembangunan gereja secara ketat, dan dalam sejarah, pembinaan gereja memerlukan keizinan Presiden. Oleh kerana ini, pembangunan gereja tanpa izin tersebar luas, dan seringkali tidak mengikuti peraturan keselamatan kebakaran. Bagi gereja ini, walaupun pada awalnya ia dibina tanpa izin, tetapi akhirnya menjadi sah.[6]

Kebakaran

[sunting | sunting sumber]

Kementerian Dalam Negeri mengatakan bahawa kebakaran itu disebabkan oleh pendingin hawa yang rosak di tingkat dua gereja. Menurut Kementerian Kesihatan, sebahagian besar kematian berlaku kerana sama ada terhidu asap atau terinjak-injak untuk melarikan diri dari bangunan.[6]

Gereja ini memiliki bilik bayi di tingkat empat,[10] dan pihak berkuasa melaporkan bahawa sebahagian besar mangsa terkorban merupakan kanak-kanak.[1][11]

Rekod hospital tempatan menunjukkan bahawa 20 mayat diterima mereka, di antaranya 10 kanak-kanak, sementara satu lagi hospital menerima 21 mayat.[7] Seorang pendeta gereja tetangga mengatakan bahawa kanak-kanak dibawa ke tingat atasan untuk menghindari api berbanding dipindah keluar.[6] Saksi melaporkan bahawa orang-orang berusaha melompat ke tempat selamat dari tingat atasan untuk mengelak api.[7][1] Para saksi dilaporkan bergegas ke gereja untuk membantu mengeluarkan mereka yang terperangkap sehingga api dan asap menjadi terlalu besar.[1]

Mangsa terkorban kebakaran adalah yang terburuk dalam sejarah Mesir baru-baru ini, dan pihak negara itu memerintahkan siasatan.[7][6] Waris mangsa mengatakan bahawa pasukan paramedik dan bomba lambat tiba. Seorang saksi yang diwawancarai Al Jazeera mengatakan bahawa kenderaan bomba hanya tiba selepas dua jam,[6] sementara Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa lori bomba tiba dua minit setelah laporan kebakaran diterima.[7] Saksi mata melaporkan bahwa kebakaran terjadi pada pukul 8 pagi dan berlangsung selama dua jam.[12]

Walaupun gereja Koptik Mesir telah menghadapi diskriminasi, dan serangan agama, pihak gereja dan lembaga negara Mesir percaya bahawa kebakaran itu adalah tidak disengajakan.[4][13]

Presiden Abdel Fattah el-Sisi mengeluarkan pernyataan yang mengungkapkan penyesalannya dengan mengatakan "Saya menyampaikan belasungkawa yang tulus kepada keluarga mangsa terkorban, mereka yang tak berdosa telah meninggal bersama Tuhan mereka di salah satu rumah-rumah ibadah-Nya,"[2][4] Perdana Menteri Mostafa Madbouly mengumumkan bahawa setiap keluarga mangsa terkorban akan diberikan kompensasi 100,000 paun Mesir, sementara mereka yang tercedera akan diberikan hingga 20,000 paun Mesir. Menteri Solidariti Sosial mengumumkan bahawa Masjid al-Azhar dan kelompok masyarakat sivil lainnya akan menawarkan tambahan 50,000 paun Mesir kepada para korban dan keluarga mereka.[14] Masjid al-Azhar menyampaikan belasungkawa dan Imam Besar Al-Azhar Ahmed El-Tayeb menyampaikan simpatinya kepada Paus Koptik Tawadros II.[14]

  1. 1 2 3 4 McKernan, Bethan (14 August 2022). "At least 41 people killed in Egypt church fire, say officials". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2022. Dicapai pada 14 August 2022.
  2. 1 2 3 4 5 "At least 41 killed in Egyptian church fire, security sources say". Reuters. 14 August 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2022. Dicapai pada 14 August 2022.
  3. ↑ "At least 41 killed in Egyptian church fire: Officials". Al Jazeera English. 14 August 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2022. Dicapai pada 14 August 2022.
  4. 1 2 3 Salem, Mostafa; Kourdi, Eyad; Engels, Jorge; Humayun, Hira (14 August 2022). "Children among dozens killed in Egypt church fire". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2022. Dicapai pada 14 August 2022.
  5. ↑ "41 dead, 12 injured in Church of Abu Sefein blaze in Imbaba". Daily News Egypt. 14 August 2022. Dicapai pada 14 August 2022.
  6. 1 2 3 4 5 6 7 8 Rashwan, Nada; Ward, Euan; Stack, Liam; Joseph, Yonette (14 August 2022). "Fire at Egypt Coptic Church Kills Dozens During Sunday Prayers". The New York Times. Dicapai pada 14 August 2022.
  7. 1 2 3 4 5 Magdy, Samy (14 August 2022). "Officials: Fire at Coptic church in Cairo kills 41, hurts 14". The Washington Post. Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2022. Dicapai pada 14 August 2022.
  8. ↑ "A fire at a church in Cairo kills 41 people and hurts 14 others". NPR.org. 14 August 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2022. Dicapai pada 14 August 2022.
  9. ↑ Wimmer, AC (14 August 2022). "Reports of at least 40 people killed in church fire in Egypt". Catholic News Agency. Dicapai pada 15 August 2022.
  10. ↑ El-Fekki, Amira; Deng, Chao (2022-08-14). "Fire Kills at Least 41 at Egyptian Coptic Church, Nursery". WSJ. Dicapai pada 2022-08-18.
  11. ↑ Violetta Baran (14 August 2022), "Tragedia w Gizie. W pożarze kościoła zginęło 41 osób", wp.pl (dalam bahasa Poland), Wirtualna Polska, diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2022, dicapai pada 14 August 2022
  12. ↑ السيد, مصطفى (14 August 2022). "شهود عيان كنيسة أبو سيفين بإمبابة: "الحريق بدأ 8 صباحًا واستمر ساعتين" (بث مباشر)". Al-Masry al-Youm. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2022. Dicapai pada 14 August 2022.
  13. ↑ El-Fekki, Amira; Deng, Chao (14 August 2022). "Fire Kills at Least 41 at Egyptian Coptic Church, Nursery". WSJ. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2022. Dicapai pada 14 August 2022.
  14. 1 2 "Al-Azhar, state bodies extend condolences over Giza church fire; psychological support teams for injured dispatched – Society". Ahram Online. 14 August 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2022. Dicapai pada 14 August 2022.