Kedai cenderamata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tanda-tanda arah ke kedai hadiah dan keluar (Harus melalui kedai hadiah untuk sampai ke pintu keluar) Akuarium Ripley, Myrtle Beach SC

Kedai hadiah, kedai cenderamata atau kedai cenderahati adalah kedai yang menjual cenderamata berkaitan topik atau tema tertentu. Barang-barang yang dijual biasanya termasuk koleh, patung haiwan, kemeja-T, poskad, koleksi buatan tangan dan cenderahati lain.

Kedai-kedai hadiah biasanya ditemui di kawasan yang dikunjungi oleh ramai pelancong. Hotel dan motel di Kanada dan Amerika Syarikat sering memaparkan kedai hadiah berhampiran pintu masuk mereka. Tempat-tempat seperti zoo, akuarium, taman negara, taman tema, dan muzium mempunyai kedai hadiah sendiri; dalam sesetengah kes, kedai-kedai ini menjual barangan yang lebih bernilai daripada kedai-kedai hadiah yang tidak dikaitkan dengan tempat. Kedai-kedai ini kadang-kadang merupakan sumber sokongan kewangan untuk institusi pendidikan.

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Kedai hadiah boleh ditakrifkan sebagai kedai yang tujuan utamanya adalah menjual barang-barang yang akan diberikan kepada orang lain tanpa keuntungan material.[1]

Kedai hadiah dalam talian[sunting | sunting sumber]

Kedai hadiah dalam talian adalah laman sesawang yang bertujuan utama untuk menjual produk dalam talian yang akan diberikan kepada orang lain. Peruncit dalam talian ini mungkin atau tidak dikaitkan dengan kedai zahir.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Definition of Gift shop". www.merriam-webster.com. Dicapai pada 1 May 2015.