Kegabenoran Qena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kegabenoran Qena
Kompleks Kuil Dendera Hathor di Dendera, 2007
Kompleks Kuil Dendera Hathor di Dendera, 2007
Bendera Kegabenoran Qena
Logo rasmi Kegabenoran Qena
Qena Governorate on the map of Egypt
Qena Governorate on the map of Egypt
Koordinat: 26°12′32″N 32°46′05″E / 26.209°N 32.768°E / 26.209; 32.768Koordinat: 26°12′32″N 32°46′05″E / 26.209°N 32.768°E / 26.209; 32.768
Negara Mesir
PusatQena (ibu kota)
Pentadbiran
 • GabenorAshraf Gharib El Daoudi
Keluasan
 • Jumlah9,565 km2 (3,693 batu persegi)
Penduduk
 (Januari 2023)[1]
 • Jumlah3,605,518
 • Kepadatan380/km2 (980/batu persegi)
KDNK
 • KeseluruhanEGP 80 bilion
(MYR 24.3 bilion)
Zon waktuUTC+2 (WET)
 • Musim panas (DST)UTC+3
IPM (2021)0.708[3]
tinggi · ke-17
Laman sesawangwww.qena.gov.eg

Kegabenoran Qena Governorate (Arab: محافظة قنا) merupakan salah satu kegabenoran Mesir. Ia terletak di Mesir Hulu, bahagian selatan negara itu, dan meliputi sebahagian kawasan lembah Nil.[4] Ibu kotanya ialah bandar Qena.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Masjid Sidi Abd Er-Rahim di Qena [5]

Kadar kemiskinan melebihi 60% di wilayah ini tetapi baru-baru ini beberapa rangkaian keselamatan sosial telah disediakan dalam bentuk bantuan kewangan dan peluang pekerjaan. Pembiayaan ini telah diselaraskan oleh Kementerian Kewangan dan dengan bantuan daripada perbadanan-perbadanan antarabangsa.[6]

Haya Karima, inisiatif Mesir yang disokong oleh Abdel Fatah El-Sisi telah melaksanakan 690 projek di Kegabenoran Qena. Projek-projek tersebut termasuk: projek-projek dalam sektor sanitasi, sektor air minuman, sektor elektrik, dalam bidang kesihatan, dalam bidang belia dan sukan, projek pertanian, projek untuk kompleks perkhidmatan dan projek dalam sektor jalan raya.[7]

Pembahagian perbandaran[sunting | sunting sumber]

Peta pembahagian perbandaran kegabenoran Qena

Qena dibahagikan kepada perbandaran-perbandaran dengan jumlah anggaran penduduk setakat Januari 2023 sebanyak 3,605,518. Dalam kes kegabenoran Qena, terdapat satu qisim, sejumlah markaz dan 1 bandar baharu. Kadang-kadang markaz dan qisim mempunyai nama yang sama.[1]

Pembahagian Perbandaran
Nama Inggeris Nama Arab Transliterasi Arab Penduduk (Anggaran Januari 2023) Jenis
Abu Tesht مركز أبوتشت Abū Tisht 530,798 Markaz
Dishna مركز دشنا Dishnā 443,079 Markaz
El Wakaf مركز الوقف Al-Waqf 92,142 Markaz
Farshut مركز فرشوط Farshūṭ 214,387 Markaz
Nag Hammadi مركز نجع حمادى Naj' Ḥammādī 660,690 Markaz
Naqada مركز نقادة Naqādah 171,910 Markaz
Qena Baru مدينة قنا الجديدة Madīnat Qinā al-Jadīdah 1,699 Bandar Baru
Qena قسم قنا Qinā 261,945 Qisim (diperbandar sepenuhnya)
Qena مركز قنا Qinā 513,968 Markaz
Qift (Gebtu/Coptos) مركز قفط Qifṭ 162,438 Markaz
Qus مركز قوص Qūṣ 466,855 Markaz

Populasi[sunting | sunting sumber]

Petani-petani di Sungai Nil berhampiran Qus
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
19371,017,569—    
19471,106,302+8.7%
19571,219,000+10.2%
19661,471,000+20.7%
19761,705,594+15.9%
19862,252,315+32.1%
19962,027,603−10.0%
20062,499,964+23.3%
20153,045,504+21.8%
2017E3,181,688+4.5%
2018E3,224,000+1.3%
2023E3,605,518+11.8%

Mengikut anggaran populasi 2015, majoriti penduduk di kegabenoran ini tinggal di kawasan luar bandar, dengan kadar pembandaran hanya 19.7%. Daripada 3,045,504 orang yang dianggarkan menetap di muhafazah ini, 2,445,051 orang tinggal di kawasan luar bandar berbanding hanya 600,453 di kawasan bandar.[8]

Mengikut anggaran populasi dari 2018, majoriti penduduk di kegabenoran Qena tinggal di kawasan luar bandar, dengan kadar pembandaran hanya 18.7%. Daripada 3,224,000 orang, 2,621,000 orang tinggal di kawasan luar bandar berbanding hanya 603,000 di kawasan bandar.[9]

Bandar-bandar dan pekan[sunting | sunting sumber]

Pemandangan Qena dari jambatan Dendera

Setakat tahun 2018, sembilan bandar (atau pekan) di Qena mempunyai populasi lebih 15,000 penduduk.[10]

Bandar atau Pekan Nama Arab Transliterasi Banci November 1996 Banci November 2006 Anggaran Pop. Julai 2017
Abu Tesht أبو تشت Abu Tisht 10,469 13,015 17,022
Dishna دشنا Dishnā 44,125 52,534 60,585
El Wakaf الوقف Al-Waqf 24,033 27,525 32,495
Farshut فرشوط Farshūṭ 43,796 51,052 66,447
Nag Hammadi نجع حمادى Naj' Ḥammādī 33,252 45,038 55,767
Naqada نقادة Naqādah 18,905 21,530 25,050
Qena قنا Qinā 155,382 201,191 236,624
Qift قفط Qifṭ 17,918 22,063 22,465
Qus قوص Qūṣ 49,054 60,068 78,959

Zon perindustrian[sunting | sunting sumber]

Menurut Pihak Berkuasa Pemerintahan Mesir untuk Pelaburan dan Zon Bebas (GAFI), dalam gabungan Kementerian Pelaburan (MOI), terdapat dua zon perindustrian di muhafazah ini:

  • Zon Perindustrian Al-Kalaheen - Qift
  • Zon Perindustrian Hou - Nag Hammadi.[11]

Egyptalum, sebuah syarikat aluminium yang terletak di Nag Hammadi, ialah pengeluar aluminium terbesar di Mesir dan antara yang terbesar di Afrika dan Timur Tengah.

Projek dan program[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1981, Program Kemudahan Asas Kampung telah menjalankan beberapa projek air, jalan raya dan lain-lain di beberapa markaz di Wilayah Qena.[12]

Pada tahun 2016, Switzerland komited untuk membiayai program pengurusan sisa pepejal di Qena, sebuah projek dengan Kementerian Alam Sekitar Mesir yang akan berakhir tahun 2021. Program Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan melibatkan pembinaan infrastruktur baru serta pengembangan dan penambahbaikan kemudahan rawatan sisa, tapak pelupusan dan kitar semula sedia ada.[13]

Pada 2018, projek Daerah Kita (Hayenna) telah dilancarkan dengan bantuan dan pelaburan Switzerland. Projek ini bertujuan untuk menambah baik penggunaan tanah dan keadaan hidup untuk penduduk Kegabenoran Qena.[14]

Pada 2023, Kementerian Perancangan dan Pembangunan Ekonomi mengumumkan Pelan Pelaburan Rakyat untuk Wilayah Qena. Gabenor Kegabenoran ini dijangka akan mempunyai 277 projek pembangunan, dan nilai pelaburan yang ditujukan kepada Kegabenoran Qena ialah EGP 4.7 bilion.[15] Matlamat pelan tersebut adalah untuk menyelesaikan masalah dalam pembangunan semasa supaya semua orang di wilayah ini mempunyai taraf hidup dan pendapatan yang sama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "ﻋـــﺩﺩ ﺍﻟﺳﻛــﺎﻥ ﺍﻟﺗﻘﺩﻳﺭﻯ ﻟﻸﻗﺳــﺎﻡ ﻓﻰ" [The estimated population of the districts in] (PDF) (dalam bahasa Arab). Central Agency for Public Mobilization and Statistics. Dicapai pada 3 April 2023.
  2. ^ "GDP BY GOVERNORATE", mped.gov.eg
  3. ^ "Sub-national HDI - Subnational HDI - Table - Global Data Lab". globaldatalab.org. Dicapai pada 2023-02-20.
  4. ^ "Qena Governorate · Egypt". Qena Governorate · Egypt (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-15.
  5. ^ "Sidi Abd Er-Rahim Mosque · 5P8G+3H3، طريق مصر أسوان ، قنا ،, Qena, Qena Governorate, Egypt". Sidi Abd Er-Rahim Mosque · 5P8G+3H3، طريق مصر أسوان ، قنا ،, Qena, Qena Governorate, Egypt (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-15.
  6. ^ "Social Solidarity Ministry to provide citizens with disabilities financial support". Egypt Independent. 25 July 2017. Dicapai pada 11 December 2018.
  7. ^ "Haya Karima implements 690 projects in Qena governorate". EgyptToday. 2022-09-13. Dicapai pada 2023-09-15.
  8. ^ "Population Estimates By Sex & Governorate 1/1/2015" (PDF). CAPMAS. Central Agency for Public Mobilization and Statistics. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2015-10-19. Dicapai pada 23 October 2016.
  9. ^ "Central Agency for Public Mobilization and Statistics".
  10. ^ "Cities". CityPopulation.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-05. Dicapai pada 2018-11-24.
  11. ^ "Industrial Zones of Governorate". Ministry of Investment Egypt. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-23. Dicapai pada 23 November 2018.
  12. ^ "Egypt: The Basic Village Services Program" (PDF). USAID. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2016-10-19. Dicapai pada 19 October 2016.
  13. ^ "Switzerland funds programme to improve solid waste management in 4 Egyptian governorates". Daily News Egypt. 5 October 2016.
  14. ^ Omran, Hagar (23 April 2018). "Swiss embassy, Egypt's Ministry of Housing launch urban development project in Qena". Daily News Egypt. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-16. Dicapai pada 2018-11-24.
  15. ^ "Gov't allocates EGP 4.7 bn in public investments for Qena governorate in FY 22/23 plan: Minister of Planning". www.mped.gov.eg. Dicapai pada 2023-07-19.