Keju Munster

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Munster
Munster.jpg
Negara asal Perancis
Wilayah, Bandar Vosges
Sumber susu Lembu
Dipasteurkan Ya
Tekstur Lembut
Kandungan lemak 45%
Tempoh penuaan Sekurang-kurangnya 21 hari
Pensijilan AOC[1]

Munster adalah keju dari daerah Vosges di bahagian timur Perancis yang dibuat dengan menggunakan susu lembu yang telah dipasteur.[1] Keju Munster boleh didapati dalam dua saiz.[1] Yang pertama memiliki bentuk yang bulat dengan diameter 12 hingga 20 sentimeter, setinggi 2.5 hingga 8 sentimeter dan berat yang tidak melebihi 1 kilogram.[1] Yang kedua dinamakan Petit Munster.[1] Berat Petit Munster paling tidak 4 auns dengan diameter 8 hingga 12 sentimeter dan tinggi 2.5 hingga 5 sentimeter.[1] Munster merupakan keju dengan bau yang menyengat dan rasa yang manis masin.[2] Dalam proses pembuatannya keju Munster, digosok dengan garam terus menerus selama dua hingga tiga bulan.[2] Hal ini menyebabkan kulit keju Munster berwarna terang dan mempunyai aroma yang tajam.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f (Inggeris) Iburg, Anne (2004). Dumont's Lexicon of Cheese. Rebo International b.v., Lisse, The Netherlands. ISBN 978-90-366-1689-8.  Page 198-201.
  2. ^ a b c (Inggeris) Harbutt, Juliet (2006). The World Encyclopedia of Cheese. Anness Publishing Ltd. ISBN 978-1-84309-960-4.  Page 35.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]