Keju Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pelbagai jenis keju dijual di sebuah kedai di Lille, Perancis.

Keju Perancis adalah segala jenis keju yang dihasilkan baik secara moden ataupun tradisional di negara Perancis.

Hingga kini Perancis menghasilkan kira-kira 400 jenis keju (fromage dalam bahasa Perancis) yang berbeza.[1] Jumlah ini jauh lebih banyak berbanding ketika Charles de Gaulle memerintah di Perancis.[2] Ketika itu variasi keju di Perancis ada sebanyak 246 jenis.[2] Keju-keju tersebut ada yang dibuat daripada susu lembu, susu biri-biri, susu kambing atau gabungan daripada beberapa jenis susu.[1] Setiap daerah di Perancis memiliki keju khususnya masing-masing.[1] Daerah Normandy terkenal dengan Camembert and Pont l’Evêque.[1] Daerah lembah Loire dan Provence terkenal dengan keju susu kambing yang rasanya tajam seperti Alsace dan Munster.[1] Daerah Alpine memiliki keju seperti Reblochon dan Beaumont yang teksturnya keras dan rasanya lebih halus.[1] Sedangkan daerah Paris menghasilkan keju yang sangat berprestij di dunia iaitu Brie.[1]

Perlindungan Penamaan Asal[sunting | sunting sumber]

Perlindungan Penamaan Asal atau Appellation d'Origine Contrôlée (AOC) merupakan bentuk perakuan kepada produk pertanian tertentu (minuman anggur, keju, mentega, dan lain-lain) daripada wilayah tertentu di Perancis.[3] Pensijilan ini diberikan oleh agensi kerajaan, iaitu Institut National des Appellations d'Origine (INAO).[3] Berdasarkan undang-undang Perancis, tidak dibenarkan untuk membeli ataupun menjual sesebuah produk dibawah petunjuk geografi yang ditetapkan AOC apabila tidak memenuhi kriteria daripada AOC.[3] Kesemua produk AOC boleh dikenali melalui meterai yang selalu ada pada label produk.[3] Pada keju, meterai AOC ini dilekatkan pada bahagian kulit keju. Nama daripada AOC tidak boleh digunakan pada label sesuatu produk yang tidak termasuk dalam kelayakan AOC.[3]

Kriteria[sunting | sunting sumber]

AOC memberikan jaminan bahawa produk-produk di bawah perlindungannya mempunyai kriteria sebagai berikut:[3]

  • Produk tersebut selalu dihasilkan secara konsisten dengan cara tradisional.
  • Produk tersebut dihasilkan dengan bahan-bahan daripada wilayah geografi yang ditentukan dan paling tidak sebahagiannya dimasak di kawasan tersebut.
  • Ciri-ciri produk tersebut memenuhi standard yang ditetapkan.
  • Proses pengeluaran diatur secara ketat oleh suruhanjaya penyelia yang mengikuti standard AOC.

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah empat kategori utama pengeluaran keju yang dibenarkan di Perancis berdasarkan AOC:[4]

Kategori Keterangan
Fermier keju "petani" yang dibuat menggunakan kaedah tradisional dan susu yang tidak dipasteur. Semua susu harus berasal daripada binatang yang diternak di peternakannya sendiri.
Artisanal keju yang dibuat oleh kilang kecil di mana susu yang digunakan diperoleh daripada ladang sendiri dan boleh juga ditambah daripada petani-petani lain di kawasan setempat.
Coopérative keju yang dihasilkan daripada susu yang dikumpulkan oleh para petani yang tergabung dalam usaha tani kolektif.
Industriel keju yang dibuat di kilang dalam jumlah yang besar dengan susu yang didapatkan di daerah setempat atau liputan kawasan yang lebih luas, atau bahkan dari segenap penjuru Perancis.

Sejarah AOC[sunting | sunting sumber]

Asal AOC bermula pada abad ke-15 ketika keju Roquefort diatur oleh surat keputusan badan berparlimen.[3] Undang-undang moden pertama ditetapkan pada 6 Mei 1919 yang menetapkan daerah dan komuniti di mana sesuatu produk harus dihasilkan.[3] Undang-undang tersebut di kemudian hari telah mengalami banyak perubahan.[3] Pada 30 Julai 1935, Institut National des Appellations d'Origine (INAO), yang merupakan sebahagian daripada Jabatan Pertanian Perancis, ditubuhkan untuk menguruskan pentadbiran proses pengeluaran wain.[3] Pada 2 Julai 1990, liputan kerja INAO mula ditambah daripada hanya mengawal wain saja menjadi mengatur produk-produk pertanian lain termasuk keju.[3] Keju Roquefort merupakan keju pertama yang mendapatkan label AOC pada tahun 1925. Setelah itu, lebih daripada 40 keju telah mendapat pensijilan daripada AOC.[3]

Senarai keju dengan pensijilan AOC[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai keju Perancis yang telah mendapat perakuan daripada AOC beserta tahun diperolehnya dan jenis susu yang digunakan:[5]

Abondance - 1990
Beaufort - 1968
Bleu d'Auvergne - 1975
Bleu de Gex / Bleu du haut Jura - 1977
Bleu des Causses - 1979
Bleu du Vercors-Sassenage - 1998
Brie de Meaux - 1980
Brie de Melun - 1990
Camembert - 1984
Cantal - 1956
Chaource - 1970
Coeur de Neufchatel - 1977
Comté - 1952
Époisses de Bourgogne - 1991
Fourme d'Ambert - 1972
Fourme de Montbrison - 1972
Laguiole - 1961
Langres - 1991
Livarot - 1972
Maroilles - 1976
Morbier - 2000
Munster / Munster-Géromé - 1969
Neufchâtel - 1969
Pont-l'Évêque - 1976
Reblochon - 1958
Roue de Brie - 1980
Saint-Nectaire - 1955
Salers - 1979
Tome des Bauges - 2002
Vacherin Mont d'Or - 1981
Banon - 2003
Cabecou - 1988
Chabichou du Poitou - 1990
Chevrotin des Aravis - 2002
Crottin de Chavignol - 1976
Pélardon des Cevennes - 2000
Picodon - 1983
Pouligny Saint Pierre - 1972
Rocamadour - 1996
Sainte Maure de Touraine - 1990
Selles sur Cher - 1975
Valençay - 1998
Broccio Passu - 1983
Ossau-Iraty - 1980
Roquefort / Roquefort Carles - 1925

Senarai keju Perancis[sunting | sunting sumber]

Beberapa keju Perancis yang dijual di pasaran.

Berikut ini adalah daftar keju Perancis lainnya yang tidak termasuk dalam klasifikasi AOC:[4]

  • Raclette
  • Rigotte de Condrieu
  • Roue de Brie
  • Saint-André
  • Saint-Félicien
  • Saint-Marcellin
  • Tome des Bauges
  • Tomme Boudane
  • Tomme au Fenouil
  • Tomme du Revard
  • Vacherin Mont d'Or
  • Vieux-Boulogne
  • Tomme Butone

Petikan[sunting | sunting sumber]

Kecintaan bangsa Perancis terhadap keju terbukti daripada petikan-petikan berikut:

"Comment voulez-vous gouverner un pays qui a deux cent quarante-six variétés de fromage?"
Bagaimana anda dapat memerintah sebuah negara yang memiliki dua ratus empat puluh enam jenis keju?

Charles de Gaulle (dari Les Mots du Général, Ernest Mignon (1962))

"Un repas sans fromage est une belle à qui il manque un œil."
Suatu hidangan tanpa keju adalah seorang wanita cantik yang kehilangan satu matanya.

Brillat-Savarin (dari La Physiologie du Goût)

"S'il qui mange du fromage, s'il ne fait, il enrage."
"Seseorang yang tidak memakan keju, selalu berada dalam kekacauan."

Pepatah Perancis

"Fromage et pain est medicin au sain."
"Keju dan roti adalah ubat untuk kesihatan."

Pepatah Perancis

"Un repas sans fromage comme un journée sans soleil."
Makanan apapun tanpa keju laksana hari tanpa matahari

Pepatah Perancis

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g (Inggeris) French Cheese, Good Cooking. Diakses pada 15 April 2010.
  2. ^ a b (Inggeris) Welcome to France, Discover France. Diakses pada 15 April 2010.
  3. ^ a b c d e f g h i j k l (Inggeris) Phillips, Rod (2000). A Short History of Wine. NY: HarperCollins. ISBN 0-06-621282-0. 
  4. ^ a b (Inggeris) List of French Cheeses, All Experts. Diakses pada 15 April 2010.
  5. ^ (Inggeris) List of Appellation D'origine Contrôlée Cheeses, All Experts. Diakses pada 15 April 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Templat:Keju Perancis