Kelas Perdana Menteri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Scorpene malaisien vue de trois quart arriere 2.jpg
KD Tunku Abdul Rahman ketika ujian laut
Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia
Jenis: Kapal Selam Penyerang Konvensional (SSK)
Kelas: Scorpene/Perdana Menteri
Pembuat: DCNS (Perancis)/ Navantia (Sepanyol)
Ditempah: Jun 2002
Mula dibina:
Dilancar: Oktober 2007 (KD Tunku Abdul Rahman)/ Oktober 2008 (KD Tun Abdul Razak)
Ditauliah:
Khidmat:
Spesifikasi
Sesaran: 1550 tan (permukaan), 1850 tan (menyelam)
Panjang: 67.5 meter
Lebar:
Draf kedalaman: 5.4 meter
Propulsi: 2x Diesel 1250 KW setiap satu
Kelajuan: +22 knots
Persenjataan:

Peluru Berpandu: 6x tiub torpedo 21 inci untuk 18 torpedo atau peluru berpandu SM39 Exocet anti kapal

Penderia:

Penjejak udara:

Penjejak permukaan:

Navigasi:

Kawalan tembakan:

Sonar: aktif serang/jejak dan pasif

Peperangan elektronik:

Anak kapal: 31

Kapal selam Kelas Perdana Menteri atau Kelas Scorpene adalah kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) yang diasaskan daripada rekabentuk kapal selam nuklear Perancis Le Triomphant. DCNS (dahulunya DCN, Direction Construction de Navals) dan Navantia (dahulunya Izar), dua firma pembuat kapal terkemuka bergabung untuk memajukan rekaan tersebut seterusnya menawarkannya kepada Tentera Laut Diraja Malaysia dan beberapa negara lain. Selain dari Malaysia, Chile telah memperolehi dua buah kapal selam dari kelas yang sama, manakala kerajaan India akan membina enam buah kapal selam Scorpene secara berlesen.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

TLDM telah lama berhasrat untuk mengoperasikan kapal selam, mengikuti jejak langkah beberapa negara jiran. Hanya pada tahun 2002, kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian perolehan dua buah kapal selam ini dengan dikenali sebagai kelas Perdana Menteri. Kapal selam pertama KD Tunku Abdul Rahman telah dilancar pada 23 Oktober 2007 di Cherbourg, Perancis. Kapal kedua pula, KD Tun Abdul Razak dilancar pada 8 Oktober 2008 di Cartagena, Sepanyol. Menurut Tan Sri Ramlan Mohamed Ali, Panglima Tentera Laut ketika itu, perolehan kapal selam akan melengkapkan keupayaan peperangan tiga dimensi (anti udara, permukaan, dan bawah permukaan) TLDM. Kedua-dua kapal dijadual ditauliahkan pada awal dan penghujung 2009.

Sistem senjata[sunting | sunting sumber]

Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak akan dilengkapi dengan enam tiub torpedo pada haluan kapal yang membolehkan tembakan tubi serentak (salvo fire) menggunakan torpedo Blackshark yang akan dibawa. Tiub-tiub ini juga boleh digunakan untuk melancarkan peluru berpandu SM39 Exocet MBDA. Peluru berpandu ini ialah versi kegunaan kapal selam peluru berpandu MM40 yang digunakan kapal-kapal frigat TLDM.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]