Ramlan Mohamed Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali ialah Panglima Tentera Laut yang ke-14. Beliau menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia pada waktu yang sama dengan Tan Sri Ilyas Haji Din. Beliau telah menerima latihan Brittania Royal Naval College, England dan turut mengikuti kursus Pegawai Navigasi di India dan kursus Pegawai Peperangan Utama di England. Sepanjang kerjaya, beliau pernah berkhidmat di KD Rahmat dan KD Hang Tuah. Beliau juga telah memegang beberapa jawatan penting dalam TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia. Ketika memegang jawatan Ketua Staf Markas ATM, Laksamana Madya (ketika itu) Ramlan telah dilantik mengetuai Pasukan Angkatan Bersama sebagai panglimanya yang pertama pada September 2004. Jawatan Panglima Angkatan Bersama kini dipegang oleh Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin. Pasukan Angkatan Bersama berfungsi sebagai pasukan operasi bersepadu yang menggabungkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM di peringkat markas operasinya iaitu menggabungkan Markas Armada (TLDM), Markas Operasi Udara (TUDM) dan Markas Medan Tentera Darat (TDM), dalam melaksanakan sesuatu operasi. Tan Sri Ramlan dilantik menjadi Timbalan Panglima Tentera Laut pada April 2005. Beliau seterusnya menjadi Panglima Tentera Laut pada 15 November 2006. Tan Sri Ramlan dianggap seorang yang tegas dan mempunyai penelitian dalam tugas-tugasnya dimana beliau telah berusaha meningkatkan budaya profesionalisma pasukan itu. Beliau akhirnya telah bersara dari TLDM pada 31 Mac 2008.


Penyandang Terdahulu Panglima Angkatan Bersama
2004 – 2005
Penyandang Kemudian
Tiada Laksamana Madya Dato' Mat Rabi bin Abu Samah
Penyandang Terdahulu Panglima Tentera Laut
15 November 2006 – 31 Mac 2008
Penyandang Kemudian
Laksamana Tan Sri Dato' Seri Ilyas bin Haji Din Laksamana Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Haji Jaafar