Pergi ke kandungan

Kemelut politik Sabah 2023

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sebuah kemelut politik tercetus dalam kerajaan negeri Sabah pada Januari 2023 ketika para ahli dewan undangan negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah menarik kepercayaan kepada ketua menteri negeri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kemelut politik tercetus ketika para ahli dewan undangan negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah, diketuai ketua BN Sabah, Bung Moktar Radin, menarik kepercayaan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berikutan rancangannya untuk merombak kabinet Sabah tanpa perbincangan terlebih dahulu serta memecat Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai pengerusi Qhazanah Sabah, juga pengarah pilihan raya BN Sabah, menyebabkan Hajiji berisiko untuk hilang statusnya sebagai Ketua Menteri akibat kehilangan majoriti.[1][2] Walau bagaimanapun, bukan semua ADUN BN menarik kepercayaan, lima ADUN tetap menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri.[3]

Kehilangan majoriti Hajiji Noor juga disetujui ketua Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony, berdasarkan tafsiran daripada perlembagaan Sabah.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Umno, BN Sabah tarik sokongan kepada Hajiji sebagai Ketua Menteri". The Sun. 7 Januari 2023. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  2. ^ Abdullah, Izwan (6 Januari 2023). "BN Sabah tarik diri dari kerajaan Sabah". Berita Harian. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  3. ^ Asmin, Asyikin (7 Januari 2023). "Shahelmey antara 5 ADUN tak setuju tindakan BN Sabah". Sinar Harian. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  4. ^ "KDM believes Hajiji no longer commands majority support as Sabah Chief Minister". Astro Awani. 7 Januari 2023. Dicapai pada 7 Januari 2023.