Pergi ke kandungan

Salleh Said Keruak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Salleh Said Keruak
SPDK, PGDK (Sab); PhD
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
bagi Usukan
Menyandang jawatan
26 September 2020
Didahului oleh Japlin Akim
Majoriti4,298 (2020)
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Japlin Akim
Digantikan oleh Japlin Akim
Majoriti6,812 (2013)
Dalam jawatan
19 Februari 1994 – 21 Mac 2004
Didahului oleh Mustapha Harun
Digantikan oleh Japlin Akim
Majoriti2,683 (1994)
3,624 (1999)
Bendahari UMNO[1]
Dalam jawatan
29 Julai 2016 – 13 Julai 2018
Didahului olehAhmad Husni Hanadzlah
Digantikan olehTengku Adnan Tengku Mansor
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
Perdana Menteri Najib Razak
Timbalan Jailani Johari
Didahului oleh Ahmad Shabery Cheek
Digantikan oleh Gobind Singh Deo
Ahli Dewan Negara
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 28 April 2018
PenggalPertama
Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Sabah
Dalam jawatan
31 Disember 2010 – 28 Julai 2015
Dilantik olehJuhar Mahiruddin (Yang di-Pertua Negeri Sabah)
Musa Aman (Ketua Menteri Sabah)
Didahului oleh Juhar Mahiruddin
Digantikan oleh Syed Abas Syed Ali
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kota Belud
Dalam jawatan
25 April 1995 – 8 Mac 2008
Didahului oleh Maidom Pansai
Digantikan oleh Abdul Rahman Dahlan
Majoriti7,131 (1995)
9,216 (1999)
10,421 (2004)
Ketua Menteri Sabah ke-9
Dalam jawatan
28 Disember 1994 – 26 Mei 1996
Dicalonkan olehMahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia)
Dilantik olehMohamed Said Bin Keruak (Yang di-Pertua Negeri Sabah)
Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia)
Didahului olehSakaran Dandai
Digantikan olehYong Teck Lee
Maklumat peribadi
Lahir
Mohamed Salleh bin Mohamed Said

(1957-07-10) 10 Julai 1957 (umur 68)[N 1]
Kota Belud, Borneo Utara, Empayar British (kini Malaysia)
KewarganegaraanMalaysia
Parti politik Barisan Nasional
UMNO[N 2][N 3]
PasanganDatin Seri Panglima Datuk Raya Erom
PertalianDatuk Saddi Abdul Rahman (besan)
AnakMohd. Syarulnizam
Syazeera
Mohd. Hafeez
Syeera
Ibu bapa
KediamanLikas, Kota Kinabalu, Sabah
Tempat belajarSimon Fraser University
Universiti Putra Malaysia
Bidang pengkhususanAhli politik
Laman webPersonal website
  1. ^ "Mensyukuri Rahmat Hidup dan Kesihatan Sempena Hari Jadi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-17. Dicapai pada 15 January 2012.
  2. ^ "Sejarah Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Mohd Said Keruak" (dalam bahasa Malay). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-15. Dicapai pada 15 January 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Beliau merupakan bekas ahli PBS sehingga tahun 1991.

Datuk Seri Panglima Dr. Mohamed Salleh bin Tun Haji Mohamed Said (lahir 10 Julai 1957) ialah ahli politik Malaysia. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Usukan, Sabah. Beliau pernah menyandang beberapa jawatan seperti Menteri Komunikasi Malaysia (2015-2018), Senator (2015-2018), Ahli Parlimen Kota Belud (1995-2008), Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah (2010-2015) dan Ketua Menteri Sabah (1994-1996). Di peringkat parti beliau ialah bekas Bendahari UMNO (2016-2018).

Beliau berkahwin dengan Raya Erom dan dikurniakan dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Anaknya Mohd. Syarulnizam, Mohd. Hafeez, Syazeera dan Syeera.

Bapanya Mohamed Said Bin Keruak pernah dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah ke-4 dan Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-7.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya Menggatal dan SM Maktab Sabah Sembulan, kedua-duanya di Kota Kinabalu untuk peringkat menengah, kemudian menyambung pengajiannya di Vanto Academy, Petaling Jaya, Selangor.

Salleh Said memperoleh:

  1. Ijazah Sarjana Muda B. A. (Sains Politik), Universiti Simon Fraser, Kanada.
  2. Ijazah Sarjana (Master) Sains dalam bidang Politik dan Kerajaan, Universiti Putra Malaysia.
  3. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Politik dan Kerajaan di Universiti Putra Malaysia.

Kerjaya dan Politik

[sunting | sunting sumber]

Selepas pulang dari luar negeri, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Kota Belud (1984 – 1985). Beliau menjadi Setiausaha Politik dari 1 Januari 1985 hingga 15 Mac 1985.

Mohd Salleh kemudian diberi peluang bertanding atas tiket Parti Bersatu Sabah (PBS) di DUN Usukan pada tahun 1987, tetapi beliau ditewaskan oleh Tun Datu Mustapha bin Harun. Bagaimanapun, pada tahun 1990, beliau dilantik sebagai Pengerusi PBS Bahagian Usukan, tetapi setahun kemudiannya, beliau keluar daripada parti itu untuk menyertai UMNO dan menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Belud.

Mohd Salleh berjaya memenangi kerusi DUN Usukan pada Pilihan raya Negeri Sabah 1994. Tahun itu juga Mohd Salleh dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah dari 1 Januari 1995 hingga 28 November 1996. Selepas itu beliau diganti oleh Presiden SAPP, Yong Teck Lee kerana jawatan itu telah digilir-gilirkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu , Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelesaikan pergolakan politik Sabah.

Pada Perhimpunan Agung UMNO 1996, beliau terpilih sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi penggal 1996/1999 setelah mendapat tempat ke-23 dengan jumlah 954 undi.Pada Pilihan raya umum Malaysia 1994 juga, beliau turut memenangi kerusi Parlimen Kota Belud. Beliau menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud bagi penggal 1998/2001 pada pemilihan parti 1998.

Mohd Salleh berjaya mempertahankan kerusi DUN Usukan dan Parlimen Kota Belud pada Pilihan raya umum Malaysia 1999. Beliau juga sekali lagi terpilih sebagai ahli MT bagi penggal 2000/2003 setelah mendapat tempat ke-19 dengan jumlah 993 undi pada pemilihan tahun 2000.

Beliau seterusnya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri bagi penggal 2000/2003. Mohd. Salleh sekali lagi menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud bagi penggal 2001/2003 dalam pemilihan parti / Pada Perhimpunan Agung UMNO 2001

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004, Mohd. Salleh mengambil keputusan menarik diri daripada mempertahankan kerusi DUN Usukan dan melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud . Bagaimanapun, beliau dipilih untuk bertanding kerusi Parlimen Kota Belud.

Pada 4 Januari 2010, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman melantik beliau sebagai Penasihat Sains dan Teknologi bertaraf menteri. Beliau menggantikan Tham Nyip Shen, bekas Timbalan Ketua Menteri.[2]

Pada 12 Januari 2011, beliau telah dilantik sebagai Speaker DUN Sabah.[3] Pada 1 Januari 2011, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim.[4]

Dalam parti UMNO, beliau adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah. Beliau juga mempengerusikan Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO)/ United Sabah Bajau Organisation.[5]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri (DUN)

[sunting | sunting sumber]
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
1994 Usukan Salleh Said Keruak BN (UMNO) 6,274 Datu Badaruddin Datu Mustapha PBS 3,591 2,683
Semat Abdul Karim SETIA 159
Salisi Ukoh BEBAS 150
1999 Salleh Said Keruak BN (UMNO) 7,127 Saidil Simoy PBS 3,503 3,624
Mudry Nasir BERSEKUTU 894
2013 Salleh Said Keruak BN (UMNO) 10,879 Mustapha Sakmud PKR 4,067 6,812
Bakhruddin Ismail STAR 285
2020 Salleh Said Keruak BN (UMNO) 8,280 Abdul Bakhrin Mohd Yusof WARISAN 3,982 4,298'
Datu Mohd Nazaruddin Datu Tiga Belas PCS 421
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
1995 Kota Belud Salleh Said Keruak BN (UMNO) 17,368 Herbert Timbon Lagadan PBS 10,237 7,131
1999 Salleh Said Keruak BN (UMNO) 17,817 Saidil Simoi PBS 8,601 9,216
Bandira Aling PAS 1,515
Paul Maidom Pansai BEBAS 553
Mul Marif BEBAS 179
2004 Salleh Said Keruak BN (UMNO) 19,290 James Baga BEBAS 8,869 10,421
James Giau SETIA 1,551
2018 Salleh Said Keruak BN (UMNO) 19,167 Isnaraissah Munirah Majilis WARISAN 23,429 4,262
Miasin Mion PHRS 2,092
Laiman Ikin PAS 1,410
  1. ^ https://www.bharian.com.my/amp/berita/politik/2016/07/178213/salleh-said-keruak-dilantik-bendahari-umno
  2. ^ "Salleh Ganti Tham Sebagai Penasihat Sains Ketua Menteri". The Star. 12 January 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-06. Dicapai pada 15 January 2012.
  3. ^ "Salleh Said Keruak dilantik Speaker baru DUN Sabah". Berita Harian. 12 January 2011. Dicapai pada 15 January 2012.[pautan mati kekal]
  4. ^ Abdul Rahman, Rafiuddin (12 January 2011). "Datuk Seri Panglima Haji Salleh Tun Hj. Mohd. Said Keruak dilantik Pengerusi FINAS" (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 15 January 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Profil Datuk Mohd Salleh Said Keruak