Kempas (pokok)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kempas
Sebatang pokok kempas di Taman Botani,
Kuala Lumpur
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Fabales
Keluarga: Fabaceae
Genus: Koompassia
Spesies:
K. malaccensis
Nama binomial
Koompassia malaccensis
Sinonim[2]
  • Koompassia beccariana Taub.

Kempas ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia, Borneo, dan Sumatera. Nama botaninya Koompassia malaccensis. Kempas merupakan pokok hutan hujan tropika yang mampu tumbuh sehingga ketinggian 60 meter.[3]

Kayu kempas amat keras dan berat, tetapi tidak tahan lama. Bagaimanapun, selepas dirawat dengan bahan-bahan kimia, kayu ini amat sesuai untuk dijadikan bahan lantai dan ranjang landas.

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Kempas merupakan pokok yang tertinggi di Singapura.[perlu rujukan] Ciri-ciri fizikalnya adalah seperti berikut:

  • Kulit kayu: mempunyai alur-alur halus dan berwarna perang-kelabu ketika mentah, tetapi menjadi licin ketika pokok ini mencapai ketinggian sebanyak 20-30 meter.
  • Daun: dibahagikan menjadi 5-9 daun kecil yang berbentuk tombak. Warna permukaan atas daun kecil ialah hijau berkilat-kilat, manakala permukaan bawah sedikit berbulu. Daun luruh mengikut musim, biasanya antara bulan Mac dan Jun.
  • Bunga: berumpun-rumpun dan tumbuh pada penghujung dahan-dahan.
  • Buah: berbentuk lenggai dengan sayap rata. Panjangnya sehingga 15 sentimeter. Lenggai tidak terbelah ketika masak. Setiap lenggai mempunyai satu biji.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Koompassia malaccensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 1998: e.T33209A9765872. 1998. doi:10.2305/IUCN.UK.1998.RLTS.T33209A9765872.en.
  2. ^ a b "Koompassia malaccensis". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 15 Mac 2019.
  3. ^ Hou, D. Leguminosae (Subfamily Caesalpinioideae). In Tree Flora of Sabah and Sarawak, Volume 3, 2006. Soepadmo, E., Saw, L.G. eds. Government of Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia. ISBN 983-2181-06-2