Kerajaan Bayangan BN Pulau Pinang 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kerajaan Bayangan Barisan Nasional Pulau Pinang dibentuk setelah Barisan Nasional kalah kepada kerajaan Pakatan Rakyat (DAP-PKR-PAS) di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Barisan Nasional hanya memenangi 11 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang mana semuanya adalah dari UMNO.

Setiap ADUN berkenaan akan mengetuai satu jawatankuasa dianggotai wakil parti komponen BN yang memberikan input dan pandangan untuk mereka bangkitkan pada persidangan DUN. Jawatankuasa tersebut adalah sama seperti portfolio Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Mereka akan menjadi pemantau dan menyuarakan suara rakyat pada persidangan DUN. Meskipun, kesebelasan wakil itu adalah ADUN UMNO tetapi suara mereka adalah suara BN.

Senarai exco bayangan BN[sunting | sunting sumber]

  • Datuk Azhar Ibrahim (Penaga) - Ketua Pembangkang, Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir
  • Datuk Seri Dr Hilmi Haji Yahya (Teluk Bahang) - portfolio Pembangunan Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah
  • Shabudin Yahaya (Permatang Berangan) - Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat
  • Datuk Jahara Hamid (Teluk Air Tawar) - Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains Teknologi dan Inovasi
  • Datuk Ariff Shah Omar Shah (Seberang Jaya) - Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Alam Sekitar
  • Datuk Roslan Saidin (Pinang Tunggal) - Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • Datuk Jasmin Mohamed (Sungai Dua) - Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan
  • Muhammad Farid Saad (Pulau Betong) - Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
  • Datuk Mahmud Zakaria (Sungai Acheh) - Kesihatan dan Kebajikan, Masyarakat Penyayang
  • Syed Ameruddin Syed Ahmad (Bayan Lepas) - Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan
  • Zabariah Wahab (Bertam) - Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti