Azhar Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Dato'

Azhar Ibrahim

DMPN, DSPN (PP)
Ketua Pembangkang
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Dalam jawatan
11 Mac 2008 – 2013
Didahului olehLim Guan Eng
Digantikan olehJahara Hamid
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
untuk Penaga
Dalam jawatan
1997–2013
Digantikan oleh Mohd Zain Ahmad
Majoriti1,231 (PRU-12)
Exco kerajaan Negeri Pulau Pinang
Dalam jawatan
2004–2008
Butiran peribadi
Lahir1946
Meninggal dunia23 Oktober 2019
UMMC, Kuala Lumpur
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor
KerakyatanMalaysia
Parti politik BN- UMNO
PekerjaanAhli politik

Yang Berbahagia Dato' Azhar Ibrahim merupakan mantan ketua pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang serta Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Penaga. Beliau pernah menjawat setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Pada malam 23 Oktober 2019, beliau telah meninggal dunia di UMMC Kuala Lumpur.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Azhar merupakan bekas Exco Kerajaan Barisan Nasional Pulau Pinang pimpinan Tan Sri Koh Tsu Koon.

Beliau menjadi wakil rakyat selama 5 penggal (1997 hingga 2008) dan menjadi Exco selama 3 penggal. Selepas menjadi pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang(Perda), beliau seterusnya dilantik menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (1995 hingga 1997).

Pada 23 Mei 2010, Azhar Ibrahim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga pada pilihan raya akan datang. Beliau sudah lima penggal berkhidmat sebagai wakil rakyat (1997-2008) dan pernah menjadi Exco selama tiga penggal. Beliau letih untuk aktif waktu malam, berilah peluang pada orang muda.[1]

Isu-isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Cadangan pembatalan projek kerajaan pusat[sunting | sunting sumber]

  • Azhar Ibrahim mahu Kerajaan Persekutuan membatalkan semua projek mega yang dirancang untuk Pulau Pinang. Ini termasuk jambatan kedua, monorel, jalan lingkaran luar Pulau Pinang (PORR) serta perkhidmatan pengangkutan 'Rapid Penang'. Beliau tidak dapat menerima keputusan rakyat yang menolak BN / UMNO di Pulau Pinang.[2]

Cadangan letak jawatan Pak Lah[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2008, Azhar Ibrahim mendesak Ketua Pemuda UMNO , Datuk Hishamuddin Tun Hussein memecat Mukhriz Mahathir sebagai ahli UMNO. Mukhriz merupakan Exco Pemuda UMNO merangkap Ahli Parlimen Jerlun. Secara lantang, Mukhriz menulis surat kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya letak jawatan kerana menjadi punca kekalahan Barisan Nasional di 5 negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.[3]

Tolak Elaun[sunting | sunting sumber]

Azhar Ibrahim menolak elaun RM1000 sebulan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang. Peruntukan elaun itu yang terkandung dalam Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (Saraan) (Pindaan) 2008 telah diluluskan sebulat suara dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari tersebut. penolakan elaun itu dibuat atas beberapa sebab iaitu berdasarkan keadaan kegawatan ekonomi ketika ini, peruntukan itu lebih sesuai diguna untuk rakyat dan pembangunan negeri.

Selain itu Azhar tidak mahu dirinya terkongkong dan tidak bebas menyuarakan pendapat serta merasa terhutang budi dengan kerajaan negeri kerana pemberian elaun itu dan tidak mahu menjadikan dirinya dijadikan sebagai rujukan kepada negeri-negeri lain supaya ketua pembangkang diberi elaun.[4]

Digantung hadiri sidang dewan[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Disember 2009, beliau digantung daripada menghadiri sidang dewan itu kerana insiden "tunjuk punggung" yang mendorong semua wakil rakyat BN bertindak keluar dewan. Beliau digantung sepanjang sidang dewan sekarang, yang berakhir pada 4 Disember 2009, selepas beliau enggan memohon maaf berhubung tuduhan menunjukkan punggung kepada Sim Tze Tzin (PKR-Pantai Jerjak) pada 2 Disember 2009.[5]

Azhar dirujuk ke JK Hak dan Kebebasan[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Mei 2010, Dewan undangan negeri Pulau Pinang kecoh hari ini apabila Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (bawah) memberi amaran bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika rakyat hilang keyakinan dengan pihak berkuasa dan sistem sedia ada semasa mengulas isu kematian remaja 14 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis, Azhar menyoal beberapa kali sama ada rakyat mahu tentera mengambil alih negara memandangkan polis didakwa oleh PR tidak lagi berkesan.Ini menyebabkan beberapa penyokong kerajaan meminta Azhar menarik balik pandangannya kerana ia bersifat menghasut.Ketua pembangkang itu kemudian menarik balik kenyataannya itu selepas akur dengan arahan Speaker supaya berbuat demikian. Beberapa ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat tidak berpuas hati yang diketuai oleh YB Jagdeep Singh mencadangkan Azhar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan disokong oleh lebih 10 anggota penyokong kerajaan.[6]

Pada 20 Julai 2010, Speaker Abdul Halim Hussain (kanan) yang mempengerusikan jawatankuasa itu berkata, Azhar tidak diperlukan hadir memberikan pandangannya jika anggota jawantakuasa mempunyai maklumat yang mencukupi bagi mengusulkan cadangan tindakan kepada DUN. Jawatankuasa yang ditugaskan memutuskan sama ada Azhar menggunakan perkataan menghasut dalam sidang pada Mei lalu, akan bermesyuarat sekali lagi pada awal Ogos bagi memutuskan keperluan memanggil Azhar.[7]


Pengosongan Pusat Komuniti DUN Penaga[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Oktober 2011, Datuk Azhar Ibrahim hari ini berjaya dalam permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi supaya beliau mengosongkan premis Pusat Komuniti ADUN Penaga, kawasan yang diwakilinya.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]