Kerat 14

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kerat 14
PengarahArjin Uppal
PenerbitS. Baldev Singh & Harvinder Uppal
PenulisAfiq Zulkifli
Dibintangi olehAaron Aziz
Siti Saleha
Zamarul Hisham
Ali Arami
Fauziah Ghous
Arash Mohamad
Muzik olehAmy Ukays
SinematografiVierendrra Lalit
Disunting olehArjin Uppal
Syarikat
penerbitan
White Merpati Entertainment
Mula ditayangkan
14 Februari 2013
Tempoh tayangan
81 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 2,000,000.00

Kerat 14 merupakan sebuah filem aksi jenayah Malaysia 2013 arahan Arjin Uppal, ia dibintangi oleh Aaron Aziz, Siti Saleha, Zamarul Hisham, Ali Arami, Fauziah Ghous dan Arash Mohamad. Filem ini ditayangkan pada 14 Februari 2013.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kerat 14 mengisahkan percintaan di antara Haziq dan Nuzara. Haziq dan Nuzara merupakan pasangan kekasih dan Haziq amat menyayangi Nurzara namun Haziq terlibat dengan aktiviti sosial dan tidak disenangi oleh Nuzara kekasihnya. Dalam masa yang sama Aril muncul dan mula tertarik dengan kecantikan Nuzara ketika Nuzara dan Haziq berada di salah sebuah kelab di Kuala Lumpur. Aril telah menyapu sedikit minyak dagu kepada Nuzara. Berlaku pergaduhan antara Aril dan Haziq kerana Haziq cemburu melihat Aril memeluk Nuzara. Aril telah mengekori sehingga ke apartment Nurzara tanpa mereka sedari. Haziq keluar dari perkarangan rumah untuk ke kedai yang berhampiran. Aril telah masuk ke dalam rumah Nuzara untuk mempekosa Nuzara. Haziq tiba diperkarangan rumah Nuzara ternampak Aril sedang memeluk Nuzara yang separuh sedar. Satu tragedi ngeri yang tidak disengajakan telah berlaku selepas itu menyebabkan Haziq dan Nuzara terlibat dalam penyiasatan dilakukan oleh ASP Razman. Siapakah yang menjadi mangsa dalam kisah percintaan Nuzara dan Haziq dan dapatkah Aril memiliki cinta Nuzara dan mampukah Haziq mempertahankan cinta dan kasih sayangnya pada Nuzara dengan satu pengorbanan yang besar

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem ini diarahkan oleh pengarah muda Arjin Uppal dibawah terbitan White Merpati Entertainment. Filem ini merupakan filem pertama arahan beliau.

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Kerat 14 ditayangkan pada 14 Ferbuari 2013.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]