Zamarul Hisham
Penampilan
Zamarul Hisham | |
|---|---|
زمرولهشام | |
| Kelahiran | Zamarul Hisham bin Mohamed 9 Mac 1971 |
| Warganegara | Malaysia |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1994–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Diana Rafar (k. 2009) |
| Anak-anak | 3 |
| Ibu | Zaleha Abd Rahman |
| Bapa | Allahyarham Mohamed Mohamed Zain |
| Keluarga |
|
Zamarul Hisham Mohamed (lahir 9 Mac 1971) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang pernah memenangi anugerah pelakon terbaik di layar kaca TV dan di layar perak.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Zamarul dilahirkan pada 9 Mac 1971 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik yang merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Zamarul adalah anak kepada pasangan Allahyarham Mohamed bin Mohamed Zain (6 Jun 1940–30 Mei 2023) dan Zaleha binti Abd Rahman. Beliau mempunyai tiga orang kakak iaitu, Zamarina, Zamariza dan Zamaria.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Sebelum bergiat aktif dalam bidang lakonan, beliau terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai pereka grafik. Drama pertama lakonan beliau ialah Melawati Batas Waktu.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Videografi
[sunting | sunting sumber]Muzik video
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
|---|---|---|
| 2020 | "Gundah" | Ernie Zakri |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2002 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-15 | Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon |
| 2003 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-17 | Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon |
| 2004 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-18 | Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon |
| 2005 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-19 | Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon |
| Festival Filem Malaysia ke-18 | Pelakon Lelaki Terbaik | Menang | |
| 2008 | Anugerah Skrin 2008 | Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) | Menang |
| 2018 | Anugerah Skrin 2018 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem (Blok 404) | Tercalon |
| 2025 | Anugerah Melodi Terhangat 2025 | Anugerah Selebriti Maskulin Terhangat | Tercalon |
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 | Aktor Pembantu TV Popular | Tercalon | |