Siti Saleha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Siti Saleha
SitiSaleha.jpg
Siti Saleha pada 2011.
Kelahiran Siti Saleha binti Mohd Baharum
(1990-03-14) 14 Mac 1990 (umur 28)
Basildon, England
Warganegara Malaysia
Pendidikan Diploma Komunikasi Massa
Pekerjaan Pelakon, pengacara, model
Tahun aktif 2002–kini
Terkenal kerana Nora Elena
Ketinggian 168cm
Pasangan Ahmad Lutfi Azhar (berkahwin 2017)
Ibu bapa Tracey Johnson/Aishah Rahman (ibu)
Mohd Baharom Abd Rahman (bapa)
Saudara Sam Baharom (abang)

Siti Saleha Mohd Baharum (lahir 14 Mac 1990) atau lebih dikenali sebagai Siti Saleha merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia berketurunan Inggeris. Beliau menunaskan bakatnya ke dalam dunia peragaan dan komersial sejak berusia 12 tahun. Mula menempa nama apabila watak Nora Elena yang dilakonkan olehnya disamping aktor kacak Aaron Aziz didalam drama bersiri Nora Elena yang disiarkan di TV3 mendapat sambutan hangat sehingga mencecah 1.3 juta penonton di laman Tonton.com. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang bijak dalam pengendalian kewangannya selain daripada wajahnya yang menawan.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau memiliki darah kacukan Inggeris daripada ibunya, Tracey Johnson atau nama Melayunya Aishah Rahman yang mengahwini bapanya, keturunan Melayu, Mohd Baharom Abdul Rahman. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik dibesarkan di Klang, Selangor. Abangnya ialah Shamsul Annuar Mohd Baharom atau Sam yang merupakan vokalis kumpulan Bunkface.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Pada 2002, pada usia 12 tahun, Siti Saleha memulakan kerjaya awalnya sebagai model komersial dan pernah muncul dalam beberapa iklan TV sepanjang tempoh itu. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008, menjayakan watak utama sebagai Zaleha dalam siri drama 8TV, 5 Jingga. Ia merupakan peranan lakonan utama pertamanya. kemudian diikuti oleh peranan kecil sebagai Farah dalam Kasut Tumit Tinggi. Pada 2009, beliau memegang watak Jaslina Effendi dalam drama Kecuali Cintamu di Astro Prima. Beliau kemudiannya terus melakonkan watak pembantu dalam beberapa drama TV termasuk Awan Dania musim kedua dan Di Bawah Ketiak Isteri musim kedua.

Juga pada 2009, beliau membintangi telefilem sulungnya, Puaka Topeng Putih, diikuti oleh beberapa telefilem lain termasuk Hati Batu dan Senandung Semalam.

Pada 2010, Siti Saleha menerima peranan dramatik, menerusi peranan utama sebagai Maria dalam Habil & Qabil yang menyaksikan gandingan beliau bersama Aaron Aziz buat julung kalinya. Seterusnya, beliau digandingkan bersama pengacara, Qi Razali dalam telefilem Bersalji Di Kuala Lumpur, yang mana beliau menjayakan watak utama sebagai Diana.[2]

Bintang bersinar[sunting | sunting sumber]

Nama Siti Saleha mula menjadi perhatian umum menerusi watak tajuk dalam drama waktu perdana TV3, Nora Elena yang sekali lagi menggandingkan beliau bersama Aaron Aziz yang memegang watak Seth Tan. Drama ini turut menggandingkan beliau bersama Zul Ariffin, dan diadaptasi daripada novel popular terbitan Karangkraf Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham.

Bersama pelakon berkaliber, Beto Kusyairy, Saleha berlakon dalam telefilem Aku, Dia & Tong Sampah arahan Ismail Jamaluddin dan Megat Shariza (yang turut menulis lakonlayar) terbitan Playground Production yang disiarkan pada 3 Oktober 2012 di Skrin Di 9 TV9. Beliau memegang watak sebagai Sharnaz. Penerbit telefilem itu, Tuan Faisal Azmy berkata: "Ternyata gandingan beliau (Siti Saleha) bersama Beto (Kusyairy) dalam telefilem ini cukup serasi, sekali gus kedua pelakon ini berjaya menghidupkan watak yang diberikan,"[3]

Kerjaya filem Siti Saleha bermula pada 2013, menerusi filem Kerat 14 arahan Arjin Uppal. Filem ini menyaksikan gandingan peranan filem pertama beliau bersama Aaron Aziz dan turut dibintangi oleh Zamarul Hisham dan Fouziah Gous, dan ia merupakan kejayaan komersial. Ia mengisahkan percintaan di antara Haziq dan Nuzara yang terbabit dalam satu kes jenayah berprofil tinggi.[4][5] Saleha menjayakan watak utama sebagai Syuhara dalam drama 15 episod Ruby di Slot Samarinda TV3 di samping Sharnaaz Ahmad. Drama ini mengisahkan tentang percintaan Syuhara dan Benjamin yang mulanya benci tetapi bertukar menjadi sayang. Walaupun Syuhara dan Benjamin berbeza kedudukan pangkat dan kekayaan, namun demi cinta sejati, mereka menempuhi pelbagai dugaan bersama.[6]

Juga pada 2013, Saleha muncul dalam beberapa drama termasuk Asmara Luna dan Memberku Hawa. Selepas berjaya dengan filem pertama, beliau berlakon di samping Zizan Razak, Izara Aishah dan Usop Wilcha di dalam filem komedi apokaliptik adaptasi dari novel Zombijaya karya Adib Zaini terbitan Buku Fixi, KL Zombi arahan Woo Ming Jin yang ditayangkan pada 29 Ogos 2013[7] mengisahkan lima sekawan yang mempunyai impian dan cita-cita hidup yang tersendiri. Namun, segalanya menjadi porak peranda apabila sejenis wabak merbahaya yang menukarkan manusia menjadi zombi telah merebak di sekitar Kuala Lumpur. Gandingan beliau bersama Zizan telah melayakkan beliau menerima pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 bagi Gandingan Serasi di Layar Lebar, Siti Saleha sendiri juga memenangi kategori Pelakon TV dan Filem Paling Popular di anugerah sama.[8] Beliau juga menerima pencalonan di Anugerah MeleTOP Era 2014 bagi kategori Bintang Filem meleTOP menerusi filem sama.

Di bawah arahan pelakon, Khir Rahman, beliau berlakon bersama Johan As'ari dalam filem Balada Pencinta yang ditayangkan pada 24 Oktober 2013. Namun, ia menjadi kegagalan komersial, hanya meraih kutipan RM27 juta sahaja semasa tempoh tayangannya.[9]

Beliau berlakon di samping Shaheizy Sam dalam telefilem Mamak Cupcake arahan Woo Ming Jin yang ditayangkan pada 28 Ogos 2014.[10][11] [12] Seterusnya, beliau berlakon bersama Bront Palarae dalam filem cereka sains fantasi 2014, Terbaik dari Langit arahan Nik Amir Mustapha. Di dalam filem ini, beliau menjayakan watak Zelda, anak kepada seorang usahawan kaya.[13]

Saleha dan Beto Kusyairy menghidupkan semula peranan mereka dalam kesinambungan telefilem Aku, Dia & Tong Sampah, yang berjudul Aku, Dia & Tong Gas yang memulakan tayangan perdana di TV9 pada 3 April 2015.[14] Ia berkisarkan kehidupan Sharnaz dan Amir (Beto Kusyairy) selepas berkahwin. Mereka mengambil keputusan untuk berbulan madu di kampung bersama Tok Wan. Semuanya berjalan dengan lancar hinggalah Sharnaz bertemu Melati, rakan lama Amir. Telefilem ini turut dibintangi oleh Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Zaidi Omar, Fauziah Nawi dan Projek Disko Baldi. Selain itu, beliau turut berlakon dalam filem ketenteraan Bravo 5, memegang watak sebagai Aida, isteri kepada Leftenan Azri (lakonan Remy Ishak).

Juga pada 2015, Siti Saleha menjayakan peranan tajuk dalam drama Ayuni Safira di TV9,[15] yang diadaptasi daripada cerpen Hello My Slave karya Shuhadatul Ain Zakaria.[16]

2016 menjadi penanda aras untuk Siti Saleha yang mana beliau kembali berpasangan bersama Zul Ariffin menerusi watak lakonannya sebagai Siti Maryam dalam drama Uda & Dara yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Sasterawan Negara, Allahyarham Dato’ Usman Awang dan disiarkan di Astro Ria dari 24 Februari hingga 6 Mac 2016. Ini merupakan kolaborasi kedua beliau dengan Zul selepas Nora Elena.[17]

Juga pada tahun yang sama, Saleha berlakon di samping Farid Kamil, Keith Foo dan Fazura dalam filem drama romantik Langit Cinta arahan Osman Ali, memegang watak sebagai Suzana. Beliau digandingkan bersama Shukri Yahaya dalam drama 7 Hari Mencintaiku di Slot Akasia TV3,[18] yang melayakkan beliau bersama Shukri memenangi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 dan menerima pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.[19][20][21]

Beliau memegang watak utama sebagai Puspa yang hilang ingatan akibat dipanah kilat dalam telefilem Kekasih Elektrik bersama Redza Minhat. Telefilem arahan Razaisyam Rashid dengan skrip ditulis oleh Nazri M. Annuar terbitan Playground Productions ini ditayangkan pada 11 Mac 2017 di Astro Citra dan menampilkan kameo daripada pelakon termasuk Bront Palarae, Beto Kusyairy dan Tony Eusoff, ini merupakan telefilem ketiga Siti Saleha bersama Playground selepas Aku, Dia & Tong Sampah dan Aku, Dia & Tong Gas.[22][23]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Saleha telah melangsungkan majlis pertunangannya dengan seorang pegawai kerajaan bernama Lutfi Azhar yang berusia 30 tahun ketika itu pada majlis tertutup di kediaman keluarganya di Klang pada 26 November 2016.[24] Beliau dikatakan sudah bercinta dengan Lutfi sejak tahun lalu. Bermula sebagai kenalan biasa, lama - kelamaan perasaan itu bertukar ke arah perasaan cinta antara mereka berdua kerana selalu bertemu. Saleha dilamar oleh Lutfi ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan teman baiknya di Cancun, Mexico, Julai lalu. Sejurus selepas dilamar, rombongan lelaki menyusul datang merisik.[25]

Siti Saleha juga merancang untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangannya Lutfi Azhar selepas Hari Raya Aidilfitri tahun 2017. Namun, mereka berdua masih belum mempunyai tarikh sebenar untuk majlis istimewa tersebut.[26]

Pada 28 Julai 2017, Saleha sah bergelar isteri kepada Ahmad Lutfi Azhar dengan sekali lafaz. Pernikahan mereka turut disaksikan kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.[27][28][29]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2013 Kerat 14 Nurzara Arjin Uppal
KL Zombi Nora Woo Ming Jin
Balada Pencinta Aisyah Khir Rahman
2014 Mamak Cupcake Juliana Woo Ming Jin
Terbaik Dari Langit Zelda Nik Amir Mustapha
2015 Bravo 5 Aida Yeop Hitler
2016 Langit Cinta Suzana Osman Ali
2017 Aku Bukan Spy Pevita Daniel Rifki
Pak Pong Puteri Serapit Fauzi Nawawi
2019 Proksi Filem/drama yang belum dikeluarkan Diana Zulkarnain Azhar
TBA Rajawali: Aku Abang Long Filem/drama yang belum dikeluarkan[30] Maya S. Amin Shahab
7ujuh Filem/drama yang belum dikeluarkan Tina Raja Mukhriz
The Spiral Filem/drama yang belum dikeluarkan Melanie, Catherine, Alice

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 5 Jingga Zaleha 8TV
Kasut Tumit Tinggi Farah Astro Prima
Kapten Boleh Astro Ceria
2009 Kecuali Cintamu Jaslina Effendi Astro Prima
Kau Laksana Bulan TV2
Awan Dania Musim 2 Astro Ria
2010 Di Bawah Ketiak Isteri Musim 2 Noni Astro Prima
Syurgamu Ramadhan Adura TV3
Habil & Qabil Maria TV3
2011 Ustaz Amirul Munirah TV3
Nora Elena Nora Elena TV3
Cinta Alif Ba' Ta' TV AlHijrah
2012 Terlanjur Cinta Nia Maizura TV9
2013 Ruby Syuhara TV3
Asmara Luna Luna TV3
Memberku Hawa NurHawa Astro Ria
2014 Aku Ada Wali Syumaila TV AlHijrah
Ramadan Jangan Pergi Farah TV3
Manis Anis Astro Maya HD
2015 Ayuni Safira Ayuni Safira TV9
2016 Uda & Dara Siti Mariam Astro Maya HD
7 Hari Mencintaiku Mia Adriana TV3
2017 Mandatori Juliana Astro First Eksklusif
2018 Bila Aidil Ada Fitri Fitri Astro Oasis & Astro Ramadhan HD

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Puaka Topeng Putih Astro Ria
Hati Batu
Senandung Semalam Astro Prima
Baju Raya Mona Astro Ria
2010 Bersalji di Kuala Lumpur Diana Astro Citra
Member Nenek
2011 Gincu TV9
Sudu & Garfu Aliya TV3
Mistik Alam Hitam Astro Prima
Cintaku 120 km/j Asminar TV3
Rebah Di Hujung Taubat Nisha Astro Prima
Kekasih Awal dan Akhir Akhirah TV9
2012 Aku Untuk Siapa Julia TV3
Izan Azizan TV9
Semadikan Roh Aku TV3
7 Hari di Neraka Mariam TV9
Syawal Aidil Dan Fitri TV AlHijrah
Pelita Buluh Tok Wan TV3
Bila Kerbau Bunting Berkubang Astro Warna
Aku, Dia dan Tong Sampah[31] Sharnaz TV9
Bukan Itu Takdirku TV9
2013 Dari Kerana Mata TV3
Kisah Sebenar Mengenai Bibah Bibah TV9
2014 Sekilas Cinta Izara TVi
Luth Mahfuz Eyma TV3
Mat Gedebe TV9
Hati Untuk Siapa Astro Prima
Cinta Hati Suri Suri TV3
Cikgu Gangster Maria Astro Maya HD
Ketupat Rendang Keju Alysa Astro Mustika HD
Tak Nak Balik Raya Uda Astro First Ekslusif
2015 Aku Dia Dan Tong Gas Sharnaz TV9
Cintaku Tertinggal Di Mostar Zulaikha TV3
Parut Sarajevo Naida Beslajic TV9
Ada Sejadah Panjang Terbentang Siti Aishah TV9
Cinta Paling Agung Astro First Ekslusif
2016 Maduku Telefon Bimbit Mastura TV2
2017 Kekasih Elektrik Maryam Astro Mustika HD
Isteri Untuk Abang Long Dian TV9
Memori Pajeri Nenas[32] Camelia Astro First Ekslusif
Gadis Kosmos Astro Mustika HD
2018 Hamba Iblis Astro Citra
Bulan, Bintang & Sayang Lily NTV7

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Terbitan
2009 Stage Therapy Electric Minds Project
2014 AsramaRaAllStars Laili Revolution Stage
2016 Zombi La La La

Pengacaraan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV
2011 Gerbang AIM Astro Ria
2012 Mini Konsert U-Kiss (Program Hari Belia Negara) Live
Program Sentuhan Kasih Ramadan Online
2013 Projek Gila TV9
2015 Program Karnival Usahawan Desa Live
Konsert Suara Pengguna Hari Pengguna Kebangsaan 2015 Live

Videografi[sunting | sunting sumber]

Penampilan muzik video
Tahun Tajuk lagu Artis
2011 "Legasi Cleopatra" Erul AF9
2012 "Untuk Dia" Sleeq dan Najwa Latif
Persembahan nyanyian
Tahun Acara Tajuk Lagu Artis Tempat
2015 Konsert Tapestry Of Colour Universiti Teknologi Petronas Four Five Seconds Siti Saleha & Sam Bunkface Dewan Filharmonik Petronas KLCC
Ghazal Empat Dara Siti Saleha
Stand By Me Siti Saleha & Datuk Dr. Abdul Rahim Hashim Naib Canselor UTP serta peserta konsert.

Endorsmen[sunting | sunting sumber]

  • Maxis
  • Pantene
  • Cheese Craft
  • Gardenia
  • Follow Me
  • Honey Soft
  • I-Talk
  • KFC
  • Nestle
  • F&N
  • Celcom
  • Johnson&Johnson
  • Wrigley’s Double Mint
  • Gillette
  • Maggie
  • Nescafe
  • Munchys
  • Enchanteur
  • Ceres
  • Silky Girl
  • Tourism Malaysia
  • Puma
  • Palmolive
  • Jameqha
  • Roscani
  • Habib Jewel
  • Elle
  • Huawei
  • Zawara

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2011 Anugerah Skrin 2011 Anugerah Artis Harapan Pantene Sudu & Garfu Dicalonkan
2012 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 Pelakon TV Wanita Popular[33] Siti Saleha Dicalonkan
2013 Anugerah Bella Skrin Bella Dicalonkan
Anugerah Melodi Artis Wanita Pilihan Dicalonkan
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Pelakon Wanita Pilihan Ruby Dicalonkan
Barisan Pelakon Pilihan Dicalonkan
Pasangan Hero & Heroin Pilihan (bersama Sharnaaz Ahmad) Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 Pelakon TV Wanita Popular Siti Saleha Menang
Pelakon Filem Wanita Popular Menang
Gandingan Serasi Di Layar (bersama Zizan Razak) Dicalonkan
2014 Anugerah Stail EH! Selebriti Wanita Paling Seksi [34] Dicalonkan
Anugerah MeleTOP Era Bintang Filem Meletop KL Zombie Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-26 Pelakon Harapan Wanita Kerat 14 Dicalonkan
2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Pelakon TV Wanita Popular Siti Saleha Dicalonkan
Pelakon Filem Wanita Popular Menang
Anugerah Melodi Artis Wanita Pilihan Dicalonkan
Anugerah Skrin 2015 Pelakon Wanita Terbaik TV Ada Sejadah Panjang Terbentang Dicalonkan
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Pelakon Filem Wanita Popular Siti Saleha Dicalonkan
Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
2017 Anugerah DFKL 2017 Aktres Pilihan 7 Hari Mencintaiku[35] Dicalonkan
Pasangan Pilihan (bersama Shukri Yahya) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Pelakon TV Wanita Popular Siti Saleha Dicalonkan
Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
Gandingan Serasi Drama (bersama Shukri Yahya) 7 Hari Mencintaiku Dicalonkan
Anugerah Stail EH! Selebriti Wanita Paling Seksi Siti Saleha Menunggu

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siti Saleha: Lebih Daripada Wajah Yang Menawan (Wawancara). iMoney.my. Diperoleh pada Julai 9, 2015.
  2. ^ Hong Boon How (24 July 2011). "Siti Saleha rolls with the punches". Carsifu. Dicapai 11 Mei 2014. 
  3. ^ "Aku, Dia dan Tong Sampah, dari teater ke telefilem". Sinar Harian. 13 Ogos 2012. Dicapai 11 Mei 2014. 
  4. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (15 Februari 2013). "Kerat 14 tak sehebat judulnya". mSTAR Online. Dicapai 11 Mei 2014. 
  5. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (31 Januari 2013). "Kerat 14 tiada kaitan kisah pembunuhan sebenar". mSTAR Online. Dicapai 11 Mei 2014. 
  6. ^ Budiey (13 Januari 2013). "Sinopsis drama bersiri Ruby". Sensasi Selebriti. Dicapai 11 Mei 2014. 
  7. ^ KL Zombi tidak seram Kosmo! (15 September 2013). Diperoleh pada 25 Oktober 2017.
  8. ^ Filem KL Zombi Kutip RM2 Juta Selepas Empat Hari Tayangan Rotikaya (2 September 2013). Diperoleh pada 25 Oktober 2017.
  9. ^ Romantis cara Johan, Saleha Kosmo! (24 Oktober 2013). Dicapai pada 4 Julai 2015.
  10. ^ Aqmar Mustaza (25 Ogos 2014).Mamak Cupcake satukan Sam & Saleha Sinar Harian. Diperoleh pada 1 September 2014.
  11. ^ Jodoh Shaheizy Sam, Siti Saleha Kosmo! (30 Ogos 2014). Diperoleh pada 1 September 2014.
  12. ^ "'Mamak Cupcake' actress has a sweet tooth". The Star (Malaysia). 11 September 2014. Dicapai 20 Februari 2015. 
  13. ^ Hului, Patricia (25 April 2015). "Terbaik Dari Langit: A little film with big ambition". The Borneo Post. 
  14. ^ https://rainfallasleep.blogspot.my/2015/04/skrin-di-9-aku-dia-dan-tong-gas-2015.html
  15. ^ Zaidi Mohamad (13 April 2015). "TV9 siar drama Ayuni Safira". Berita Harian. Dicapai 11 Mei 2015. 
  16. ^ "Adaptasi cerpen: Ayuni Safira sarat konflik". Sinar Harian. 27 Mei 2015. Dicapai 1 Jun 2015. 
  17. ^ "Siti Saleha bakal muncul dalam drama terbaharu 'Uda dan Dara'". Astro Awani. 6 Februari 2016. Dicapai 1 Jun 2016. 
  18. ^ Budieh (4 November 2016). "Drama 7 Hari Mencintaiku lakonan Shukri Yahaya & Siti Saleha". Sensasi Selebriti. Dicapai 11 Mei 2017. 
  19. ^ Naufal Idrus (13 Ogos 2012). "Watak Mia Adriana serlahkan Siti Saleha". Sinar Harian. Dicapai 11 Mei 2017. 
  20. ^ Naufal Idrus (25 Disember 2016). "Siti Saleha terima penangan". Utusan Malaysia. Dicapai 11 Mei 2017. 
  21. ^ Angelin Yeoh (30 March 2017). "Actress Siti Saleha and the importance of knowing your self worth". Star2. Dicapai 11 Mei 2017. 
  22. ^ http://www.myinfotaip.com/2017/03/kekasih-elektrik.html
  23. ^ "Kekasih Elektrik: Cinta dari sudut pandang lelaki". Utusan Malaysia. 6 Disember 2016. Dicapai 11 Mei 2017. 
  24. ^ 26 November 2016. Siti Saleha kini tunangan Lutfi Azhar - Hiburan Sinar Harian
  25. ^ 26 November 2016. Siti Saleha Sah Tunangan Lutfi Setelah Setahun Berkenalan. Mynewshub
  26. ^ 12 Januari 2017. Siti Saleha & Lutfi Rancang Nikah Lepas Raya - Berita Hiburan. mStar
  27. ^ Syarrizuan Abdul Rashid (28 Julai 2017). "Siti Saleha sah jadi isteri Lutfi". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2017. Dicapai 28 Julai 2017. 
  28. ^ Syafil Syazwan Jefri (28 Julai 2017). "Siti Saleha selamat diijabkabul". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Julai 2017. Dicapai 28 Julai 2017. 
  29. ^ Retrieved on 30 July 2017. Actress Siti Saleha and hubby want 11 children. The Star Online
  30. ^ 27 Ogos 2013. Pertarungan klimaks M. Nasir, Faizal Hussein. Kosmo
  31. ^ Playground Productions Hasilkan Aku, Dia Dan Tong Sampah. gua. Ogos 8, 2012.
  32. ^ https://dramasyok.com/memori-pajeri-nanas/
  33. ^ Top 5 APBBH 2012, Zizan Razak Dahului Dengan 8 Pencalonan. gua. Januari 9, 2013.
  34. ^ Pilih selebriti paling ‘stailo’
  35. ^ Nor Eryani Yusop (11 April 2017). Malam 7 Hari Mencintaiku DFKL. Kosmo!. 12 April 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]