Kereta Api Bawah Tanah Toronto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kereta Api Bawah Tanah Toronto
کريتا اڤي باوه تانه تورونتو
TTC.svg
MuseumSubwayStation.jpg
Umum
LokasiToronto, Ontario, Kanada
Jenis transitAlihan laju
Jumlah laluan/aliran4
Jumlah stesen69[1]
6 (under construction, Yonge–University–Spadina)[2]
Bil. penumpang harian1,084,600 (purata kecuali hujung minggu,
Q1 2014)[3]
Laman sesawangTTC
Operasi
Mula beroperasi30 Mac 1954
PengendaliSuruhanjaya Transit Toronto (TTC)
Jumlah kenderaan706 kereta api bawah tanah dan rel bertingkat
Panjang kereta api4 dan 6 gerabak
Teknikal
Panjang sistem68.3 km (42.4 mi)[1]
8.6 km (5.3 mi) (dalam pembinaan)[2]
Tolok landasan1,495 mm (4 kaki 10 ⅞ in) (Bawah tanah)
1,435 mm (4 kaki 8 12 in)
(RT - tolok piawai)
PengelektrikanRel ketiga 600 V DC (Bawah tanah)
Rel ketiga, aruhan linear (RT)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Kereta Api Bawah Tanah Toronto (Bahasa Inggeris: Toronto Subway) merupakan sebuah sistem alihan laju di Toronto, Ontario, Kanada yang mengandungi aliran kereta api bawah tanah dan juga rel bertingkat. Ia dikendalikan oleh Suruhanjaya Transit Toronto (Toronto Transit Commission, TTC). Sistem kereta api ini adalah yang pertama disiapkan di Kanada dimana aliran rel pertamanya dibina di bawah Jalan Yonge dan ia telah dibuka pada 1954 dengan 12 stesen. Sejak itu, sistem ini menjadi sistem alihan laju terbesar (dari segi stesen) dan kedua tersibuk di Kanada dengan purata 1,084,600 penumpang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat (setakat Q1 2014), selepas Metro Montreal.[3] Sistem kereta api ini merangkumi empat buah aliran dan 69 buah stesen yang melalui laluan sepanjang 68.3 kilometer (42.4 mi),[1] dengan enam buah lagi stesen dan penambahan laluan sepanjang 8.6 kilometer (5.3 mi) yang dijadualkan akan dibuka pada musim luruh 2016.[2]

Pihak TTC kadangkala menggunakan istilah "alihan laju" untuk keempat-empat aliran,[4] tetapi bagi orang awam, mereka memanggilnya "aliran kereta api bawah tanah" kecuali bagi aliran Scarborough RT yang dipanggil sebagai "RT" sahaja.

Peta aliran[sunting | sunting sumber]

Peta sistem metro dan RT
A map of the Toronto Subway/RT network.
TTC - Line 1 - Yonge-University-Spadina line.svg Yonge–University–Spadina
Di antara Finch dan Downsview melalui Union
TTC - Line 2 - Bloor-Danforth line.svg Bloor–Danforth
Di antara Kipling dan Kennedy
TTC - Line 3 - Scarborough RT line.svg Scarborough RT
Di antara Kennedy dan McCowan
TTC - Line 4 - Sheppard line.svg Sheppard
Di antara Sheppard–Yonge dan Don Mills

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "2011 TTC Operating Statistics". Suruhanjaya Transit Toronto. Dicapai 10 Februari 2013. 
  2. ^ a b c "2011 Toronto-York Spadina Subway Extension Overview". Suruhanjaya Transit Toronto. Dicapai 10 Februari 2013. 
  3. ^ a b "Transit Ridership Report, First Quarter, 2014" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Pengangkutan Awam Amerika. 21 Mei 2014. m/s. 31. Dicapai 24 Julai 2014. 
  4. ^ "Toronto Transit Commission". Suruhanjaya Transit Toronto. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]