Kereta kebal Type 59
Type 59 | |
---|---|
Jenis | Kereta kebal utama |
Tempat asal | China |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1959 – present |
Sejarah pengeluaran | |
Pengeluar | First Inner Mongolia Machinery Factory, Norinco |
Dihasilkan | 1958 – 1980 |
Jumlah dibina | 9,500 |
Spesifikasi | |
Berat | 36 tonne (35 long ton; 40 short ton)[1] |
Panjang | 6.04 meter (19.8 ka) (hull)[1] |
Lebar | 3.27 meter (10.7 ka)[1] |
Tinggi | 2.59 meter (8 ka 6 in)[1] |
Krew | 4[1] |
Armor | 20 - 203 mm[2] |
Senjata pertama | 100 mm rifled gun |
Senjata kedua | 2 x Type 59T 7.62 mm mesingan sejajar,[3] Type 54 12.7 mm mesingan anti pesawat |
Enjin | Model 12150L V-12 disel sejukkan udara 520 hp (390 kW) |
Kuasa/berat | 14.44 hp/tonne[1] |
Sistem ampaian | torsion bar |
Jarak operasi | 450 km,[1] 600 km dengan tangki luaran |
Kelajuan | 50 kilometer per jam (31 mph)[1] |
Kereta kebal Type 59 Norinco (North Industries Corporation) China Type 59 merupakan kereta kebal utama yang dikeluarkan oleh China.
Pada awal 1950-an USSR membekalkan China dengan sejumlah T-54-an dan pengeluaran kemudiannya dilakukan di China di bawah nama Type 59.
Kenderaan pertama dihasilkan adalah serupa dengan T-54 tetapi tanpa peralatan pandang malam dan tanpa penstabil bagi meriam 100mm. Pengeluaran akhir Type 59-an memiliki penyingkir asap bagi meriam 100mm, system penstabil senjata dan peralatan pandang malam infra merah. Lebih terkini, sesetengah kenderaan telah dipasang dengan kotak penjejak jarak laser yang dipasang luaran di atas meriam 100mm bagi meningkatkan kemungkinan tembakan pertamanya.
Tatarajah juga hampir serupa dengan Soviet T-54 tetapi dengan beberapa perbezaan dalaman. Pemandu duduk di hadapan kiri dengan amunisi disebelah kanannya, turet tengah, pemuat di sebelah kanan. Kedua komander dan pemuat memiliki cupola.
Kereta kebal Type 59 dilengkapi dengan meriam berpilin 100mm yang dongakan bermotor dari -4° hingga +17° (kenderaan awal memiliki dongakan insani), turet berputar 360°. Amunisi sama dengan Soviet T-54/T-55-an dan termasuk AP, APC-T, HE, HE-FRAG, HEAT-FS dan HVAPDS-T. Satu mesingan 7.62mm dipasang sepaksi dengan persenjataan utama dan satu mesingan dikendali pemandu yang serupa dilekatkan di kepingan glacis menembak kehadapan. Satu mesingan anti pesawat 12.7mm dikendalikan oleh pemuat.
Kereta kebal Type 59 menyebarkan tabir asapnya sendiri dengan menyuntik bahan api disel ke dalam paip ekszos di sebelah kiri badan di atas tempat roda jalan terakhir. Bagi meningkatkan lagi julat operasinya sehingga 600km tong bahan api jarak jauh dipasang bahagian belakang badan.
Kenderaan keluaran akhir dikenali sebagai Type 59-I.
Variasi
[sunting | sunting sumber]Kereta kebal Type 59 dengan meriam 105mm memiliki meriam berpilin 105mm L7/M68 dengan penyingkir asap dan sarung termal dan telah berkhidmat dengan Tentera China sejal awal 1980-an. Dikenali sebagai M1984 oleh Tentera Amerika Syarikat. Ini dikenali sebagai Type 59-II.
Type 59 ARV, yang mungkin pengubahsuaian tempatan, adalah Type 59 dengn turet dikeluarkan dan dilengkapi dengan mesingan anti pesawat 12.7mm. Ia tidak dipercayai dilengkapi dengan penarik winch. Banyak syarikat telah mencadangkan peningkatan bagi Type 59 dari hanya menukar meriam 100mm dengan meriam berpilin 105mm sehinggalah peningkatan yang lebih menyeluruh termasuk system kawalan tembakan, perisai, pek kuasa, dan peralatan pandang malam. Bagi tujuan ujian NORINCO telah memasang meriam laras licin 120mm pada kereta kebal Type 59 MBT.
Status
[sunting | sunting sumber]Pengeluaran tamat. Dalam perkhidmatan dengan Albania, Bangladesh, Kemboja, China, Republik Demokratik Congo, Iran, Iraq, Korea Utara, Pakistan, Sudan, Tanzania, Vietnam, Zambia dan Zimbabwe.
Pengilang
[sunting | sunting sumber]Persenjataan negara China.
Pengguna
[sunting | sunting sumber]Pengguna Semasa
[sunting | sunting sumber]- Bangladesh:174
- Kemboja:50
- Chad:
- Republik Rakyat China:300
- Republik Demokratik Congo:12-17
- Republik Congo:15
- Iran:540
- Iraq:1000
- Myanmar:160
- Korea Utara:+3500
- Pakistan:1100.Produksi secara lokal bernama Al-Zarrar
- Sudan:60
- Tanzania:15
- Vietnam:350
- Zambia:20
- Zimbabwe:30
Bekas Pengguna
[sunting | sunting sumber]- Albania:721, semua didalam simpanan
- Sri Lanka:25, tiada yang beroperasi pada tahun 2010
- Vietnam Selatan:1, dirampas daripada Tentera Rakyat Vietnam dalam Perang Vietnam
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- TANK & COMBAT VEHICLE RECOGNITION GUIDE, Christopher F. Foss, Harper Collins Publishers, cetakan pertama 2000.
- ^ a b c d e f g h Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaTGelbart
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamajanes
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaGary's Combat Vehicle Reference Guide
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kereta kebal Type 59 |