Kesatuan Pekerja-pekerja Sistem Penerbangan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Kesatuan Pekerja-pekerja Sistem Penerbangan Malaysia atau singkatannya 'Maseu' merupakan kesatuan pekerja yang bekerja dengan Sistem Penerbangan Malaysia , MAS.

Dasar istimewa MAS[sunting | sunting sumber]

MAS mendapat keistimewaan dari kerajaan Malaysia dari pelbagai segi sehingga dilihat tidak mampu bersaing dan berdaya saing dengan pesaing seperti AirAsia,Tiger Airways, Berjaya , Singapore Airlines dan lain-lain.

Kemunculan syarikat penerbangan tambang murah yang cekap dan meluas iaitu AirAsia mengejutkan ramai pihak. Sebelum ini ramai yang menyangka syarikat penerbangan bukan sektor ekonomi yang menguntungkan. MAS selalu berhadapan masalah kurang penumpang ke beberapa destinasi, kos penerbangan yang tinggi dan beberapa destinasi jauh terpaksa ditutup. Malahan destinasi yang 'berpotensi' seperti China , New York ,London dan Johannesburg dilihat tiada atau kurang penumpang. Dalam pada itu Singapore Airlines dan AirAsia terus berkembang maju.

Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Oktober 2009, Maseu membantah cadangan YB Salahuddin Ayub agar keistimewaan MAS selama ini ditarik balik. Pada 27 Oktober 2009, Salahuddin mencadangkan hal itu di Dewan Rakyat. Setiausaha eksekutif Maseu Mustafar Maarof kecewa dengan cadangan itu kerana industri penerbangan di Malaysia berbeza dari segi perkhidmatan premium dengan tambang murah.

MAS mestilah sanggup berubah lebih drastik . Syarikat GLC itu hendaklah mengemukakan pelan perniagaan kerana syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dan lain-lain ternyata lebih berjaya . Segala kekangan hendaklah diselesaikan segera dan jangan beri banyak alasan. MAS tidak patut berdiam diri sahaja melihat kejayaan AirAsia, Tiger Airways, Singapore Airways dan lain-lain. Syarikat penerbangan yang terlungkup memang banyak.

Alasan retorik yang selalu diberikan ialah MAS tidak boleh membuat keputusan semerta bagi menentukan tambahan laluan atau pengurangan laluan. Selama ini keputusan laluan MAS bergantung kepada keputusan politik dan diplomasi antara pemimpin kedua-dua negara. Biasanya Menteri Pengangkutan akan membuat keputusan ,dibentangkan dan mendapat kelulusan Jemaah kabinet.

Sehingga 2009, lebih 50 syarikat penerbangan di seluruh dunia rugi teruk akibat kemelesetan ekonomi global,kenaikan harga minyak dan kejatuhan permintaan.

Kerajaan Malaysia menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat penerbangan nasional MAS ini. Jika MAS rugi , imej negara akan terjejas.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]