Kesetiaan
|- ! colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:
- B0C4DE;" | Senarai runut Sarah
|- | colspan="3" |
"Kesetiaan" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Siti Sarah | ||||
daripada album Sarah | ||||
Dilancarkan | Februari 2002 | |||
Dirakamkan | 2002 | |||
Format | ||||
Genre | Balada | |||
Panjang | 4:16 | |||
Syarikat | NAR Records | |||
Penulis | Ajai, Musrad | |||
Penerbit | Ajai, Musrad | |||
Kronologi single Kronologi single Siti Sarah | ||||
| ||||
"Kesetiaan" di YouTube |
"Hai Kawan" (Trek 2) |
"Kesetiaan" (Trek 3) |
"Rembulan Di Taj Mahal" (Trek 4) |
"Kesetiaan" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Sarah. Ia dikeluarkan pada Februari 2002 sebagai single pertamanya untuk album studio pertamanya yang menggunakan namanya sebagai tajuk album. Ia dicipta oleh Ajai dengan liriknya ditulis oleh Musrad. Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini. Lagu ini telah melancarkan kerjaya Siti Sarah sekaligus menjadi lagu tandatangannya.[1][2][3]
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Idea untuk lagu "Kesetiaan" bermula apabila komposer lagu ini, Ajai mengesan bakat Siti Sarah menerusi pertandingan Bintang URTV peringkat Zon Timur yang mana Ajai ialah salah seorang jurinya. Selepas tamat pertandingan itu, Sarah telah diperkenalkan kepada NAR Records oleh beliau. "Sepatutnya, lagu "Kesetiaan" dinyanyikan artis lain. Namun, disebabkan beberapa masalah, saya terpaksa menyimpan lagu itu. Tidak sangka, apabila karya itu diserahkan kepadanya, lagu itu popular. Bercakap mengenai lagu itu, banyak kenangan manis kami kongsi bersama. Paling manis apabila album solo pertama yang saya terbitkan bersama beberapa komposer lain diangkat sebagai Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 2003," Ajai berkata kepada Berita Harian pada 9 Ogos 2021. "Kesetiaan" ialah lagu yang dirakamkan oleh Siti Sarah sebelum kematiannya akibat COVID-19, 19 tahun kemudian.[4][5]
Senarai runut
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "Kesetiaan" | 4:16 | |
Carta
[sunting | sunting sumber]Carta (2002) | Kedudukan carta |
---|---|
Carta Muzik Muzik | 1 |
Carta Era | 1 |
Carta Muzik FM | – |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2003 | Anugerah Industri Muzik ke-10 | Lagu Terbaik | "Kesetiaan" | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Rosli Manah (7 Mac 2002). "Bintang URTV - Siti Sarah gembira hasrat tercapai". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
- ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (7 Mei 2002). "Siti Sarah gementar hadapi karenah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
- ^ Najiy Jefri (5 November 2016). "Kesetiaan Sarah tak terjejas". Harian Metro. Dicapai pada 21 Ogos 2019.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (9 Ogos 2021). "Ajai reda pemergian 'adik'". Berita Harian. Dicapai pada 21 Ogos 2021.
- ^ Fathullah Abu Bakar (10 Ogos 2021). ""Mengenali beliau seawal kerjaya seninya, kita mula dengan Kesetiaan" - Ajai". Utusan Malaysia. Dicapai pada 21 Ogos 2021.