Siti Sarah Raisuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Siti Sarah)
Jump to navigation Jump to search
Siti Sarah
Nama lahirSiti Sarah binti Raisuddin
Juga dikenali sebagai
Siti Sarah, Siti Sarah Raisuddin, Sarah Raisuddin
Kelahiran (1984-09-15) 15 September 1984 (umur 35)
Ipoh, Perak, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
GenrePop, Pop rock, balada, R&B
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2002 - kini
Syarikat rakaman
NAR Records
Kegiatan berkaitan
Jamal Abdillah, Zahid AF2, Ajai, Deja Moss

Siti Sarah binti Raisuddin atau lebih dikenali sebagai Siti Sarah dilahirkan pada (1984-09-15) 15 September 1984 (umur 35), merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia.

Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol anugerah "Artis Baru Terbaik", "Album Pop Terbaik" dan "Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003)". Selain dari itu, beliau juga berjaya mendapatkan satu lagi pengiktirafan untuk "Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003)", iaitu dalam kategori "Artis Baru Wanita Terbaik". Beliau juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.

Bapanya, Raisuddin Hamzah juga telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila beliau memasuki pertandingan yang sama pada tahun 1980-an dahulu.

Siti Sarah menyertai pertandingan realiti musim kedua One in a Million yang menyaksikan artis rakaman termasuk beliau bersaing dengan muka-muka baru untuk meraih RM1,000,000 sebagai pembiayaan kerjaya muzik. Beliau mendapat tempat ketiga. Persembahan beliau setiap minggu cukup bertenaga dan membanggakan.

Pada tahun 2009 Siti Sarah pernah menyertai pertandingan antarabangsa iaitu World Championship of Performance Arts ( WCOPA ) degan mnyumbang 3 emas kepada Malaysia .. Selain artist ketika itu Bob AF jugamenyumbang 5 emas buat negara.

Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Shahmira Muhamad (Shuib) dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Pada tahun 2016, nama Siti Sarah Raissuddin mula meniti kembali di bibir peminat apabila menyertai program realiti TV popular Gegar Vaganza 3. Siti Sarah menjadi juara pada minggu Pertama menerusi lagu hitnya, Jangan kau Mimpi dengan persembahan vokal dan tarian yang cukup bertenaga. Siti Sarah Raissuddin juga kekal sebagai TOP 2 pada 2 minggu selepasnya menerusi lagu Teratai layu di tasik Madu (Fauziah Latif) dan Joget Sayang-menyayang (Anita Sarawak). Diakhir pertandingan tersebut, Sarah dinobatkan sebagai naib juara Gegar Vaganza musim ketiga.

Pada Mei 2018 Beliau bertudung sepenuhnya.

Profil Vokal[sunting | sunting sumber]

Vocal Type: Soubrette Soprano/ Light-Lyric Mezzo Soprano

Voice range: (B2-Bb5) 2.5 octaves and 1 note

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Suatu Perjalanan (2008)

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
2002 "Kesetiaan" 1 1 Sarah
"Ku Teruskan" 6
"Ke Hujung Dunia"
2003 "Pesan Mamaku" 4
"Sandarkan Pada Kenangan"
duet bersama Jamal Abdillah
1 Raja Pop
"Saat Hilang Cintamu" 1 Mimpi Pun Sama
2004 "Jangan Kau Mimpi" 1
"Kenangi Daku"
"Mimpi Pun Sama"
"Tinggalkan Diriku" 2
"Loka Logiknya"
bersama Ajai & Deja Moss
Terbaik Ajai
2005 "Suluhkan Sinar"
nyanyian bersama Misha Omar, Anita Sarawak, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Ezlynn,
Jaclyn Victor, Ning Baizura, Vince Chong, Zahid Baharuddin, Hazami, Fazley Yaacob, kumpulan
Rabbani, Alleycats, Spider, Ruffedge, KRU dan Raihan
dengan sokongan Waheeda, DJ Dave, Yana Samsuddin, AC Mizal, Azharina Azhar, Malissa Januddin, Ifa Raziah, Juliza Adzlizan, Salimah Mahmood, Sasi The Don, kumpulan Nitrus, Sofaz, Def Gab C, Phynne Ballerz, Pretty Ugly, Slam, Newboyz, By'U, D;Va, dan pelajar Akademi Fantasia
CD Amal Tsunami
"Malis Cinta" Tiada Dikau Tiada Makna
"Bersamamu" 1
2006 "Menari Denganku"
duet bersama Zahid Baharuddin
1
"Cinta Usia Kita"
2007 "Pasti Berbeza" Satu Kepastian
2012 "Cinta Itu Nyawa"
duet bersama Shuib
20 Non-album Single

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2012 Man Sewel Datang KL

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]