Ketur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sebuah ketur dari pameran Istana Serdang di Deli, Sumatera.
Ketur moden diludahkan wain yang dirasa cuba

Ketur (Jawi: كتور) atau tempolong (Jawi: تمڤولوڠ‎) adalah sejenis bekas yang dikhususkan untuk meludah kunyahan tertentu seperti tembakau atau sirih pinang. Bekas ini juga digunakan dalam industri moden terutamanya dalam penghasilan minuman tertentu untuk menguji mutu dan rasa produk akhir yang boleh dibuang mengelakkan pencemaran menjejaskan deria merasa sampel berikutan (seperti pada teh dan kopi) mahupun mengelak kemabukan (seperti wain).

Ketur orang Melayu lazim diperbuat dari timah, zink atau tembaga berbentuk seperti labu sayong dengan mulut lebar mengepak berkeluk-keluk atau bulat di sisi dan perut berbentuk pundi; ia mempunyai kaki yang separuh bulat dan berat mengelakkan mudah terguling tumpah isi.[1][2] Ketur Melayu mempunyai ketinggian antara 20 hingga 25 sentimeter.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Ketur". Sirih Pinang. Perpustakaan Negara Malaysia. 1999. Dicapai pada 28 Jun 2021.
  2. ^ Mahyudin Al Mudra (2001). "Tradisi Bersirih dan Nilai Budayanya". MelayuOnline. Yogyakarta: Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2014. Dicapai pada 21 Mei 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)