Keupayaan elektrik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Keupayaan elektrik (کأوڤاياٴن ايليکتريک), juga dipanggil sebagai keupayaan medan elektrik atau keupayaan elektrostatik, ialah jumlah tenaga keupayaan elektrik di mana cas elektrik bagi titik unitari akan terletak di mana-mana tempat di dalam ruang dan ia bersamaan dengan kerja terbuat bagi suatu agen luaran dalam membawa satu unit cas positif daripada titik rujukan yang sewenang-wenangnya (biasanya tak terhingga) dipilh ke titik tanpa sebarang pecutan.

Unit[sunting | sunting sumber]

Unit SI bagi keupayaan elektrik ialah volt (sebagai penghormatan kepada Alessandro Volta). Itulah sebab di mana perbezaan dalam keupayaan elektrik di antara dua titik dikenali sebagai voltan. Unit yang lebih tua jarang digunakan pada hari ini. Varian sistem unit sentimeter-gram-saat termasuk beberapa unit berbeza untuk keupayaan elektrik, termasuklah abvolt dan statvolt.