Khairil Annas Jusoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berbahagia. Datuk Seri Dr

Dr. Khairil Annas Jusoh (KAJ)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Butiran peribadi
Lahir (1971-07-23) 23 Julai 1971 (umur 47)
Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
PekerjaanBekas Penasihat kepada Perdana Menteri Malaysia ke-6 (Dato’ Sri Najib Razak)

DATUK SERI DR. KHAIRIL ANNAS JUSOH, JP

SMW, PSD, DGMK, DSAP, DMSM, BMS, ACM, AMP, EFMIM

Bekas Penasihat kepada Perdana Menteri Malaysia ke-6 (Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak)

  • Ph.D (Kepimpinan Politik) Asia e Universiti (AeU)
  • LL.M (Undang-Undang Antarabangsa) (Cambridge)
  • MBA (Perbankan dan Kewangan Islam) (UIA)
  • LL.B (Kepujian Kelas Pertama) (UIA)
  • Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya (1996)
  • Ahli Majlis Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  • Profesor Adjunct (Universiti Teknologi Malaysia)
  • Profesor Adjunct (ISTAC – UIA)
  • Felo Emeritus Malaysian Institute of Management (MIM)
  • Felo Kanan Kehormat Institut Pemikiran Melayu (UiTM)
  • Fellow of Cambridge Commonwealth Society
  • Pesuruhjaya Sumpah Malaysia (W 622)

Latar Belakang[1][sunting | sunting sumber]

Datuk Seri Dr. Khairil Annas Jusoh, mewakili tokoh muda yang memperlihatkan keupayaan dalam pelbagai bidang dan disiplin. Berbekalkan latar belakang akademik yang kukuh, beliau mencipta nama dalam tradisi kesarjanaan, undang-undang, korporat dan politik selain terbabit dalam pelbagai inisiatif bukan kerajaan (NGO). Beliau telah diberi kepercayaan dan menumpah khidmat sebagai Penasihat kepada YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, merangkap Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan di Pejabat Perdana Menteri.


Sejak di bangku pendidikan menengah lagi, sebagai seorang yang mendambakan kecemerlangan, beliau telah menjadi pelajar terbaik keseluruhan Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur.


Beliau memperoleh Sarjana Muda dalam bidang Perundangan dengan Kepujian Kelas Pertama (LLB First Class Hons) daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Ijazah Sarjana dalam bidang Undang-Undang Antarabangsa (LLM) daripada University of Cambridge, United Kingdom. Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam (MBA) daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta telah diterima masuk dan didaftarkan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya sejak 1996. 
Pencapaian beliau tidak terhenti disitu. Umpama pucuk dicita ulam mendatang, kesarjanaannya termaktub apabila dianugerahkan sebagai Pemenang Anugerah Pelajaran DiRaja dan Pingat Emas Tunku.

Khairil Annas telah dikurniakan pelbagai Pingat, Bintang serta Darjah Kebesaran daripada Negeri-Negeri dan Kerajaan Persekutuan antaranya Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak[perlu rujukan]}, pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP) oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah[perlu rujukan]}, Darjah Sultan Ahmad Shah (DSAP) oleh DYMM Sultan Pahang[perlu rujukan]} dan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM)[perlu rujukan]} yang masing-masing membawa gelaran Dato’ serta Datuk manakala, sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Kedah yang ke-84, beliau telah dikurniakan Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) membawa gelaran Dato’ Wira. Pada 1hb Jun 2013 pula, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-14, beliau telah dikurniakan Darjah Persekutuan Yang Amat Dihormati Panglima Setia DiRaja Pangkat Pertama (PSD).[perlu rujukan]}

Tokoh muda ini diberikan penghormatan dengan pelbagai lantikan antaranya sebagai Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Ahli Majlis Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Felo Emeritus Malaysian Institute of Management (MIM)[2], Felo Kanan Kehormat Institut Pemikiran Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Adjunct di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Adjunct di ISTAC (ISTAC-UIA) dan Fellow of Cambridge Commonwealth Society.

Berasaskan serba sedikit sumbangan dan kecemerlangan beliau di pentas masyarakat dan negara, penulis telah diangkat sebagai penerima anugerah Tokoh Cemerlang Alumni Sekolah Alam Shah Tahun 2009 dan Tokoh Alumni Universiti Islam Antarabangsa Tahun 2011.[perlu rujukan]} Selain daripada sangat mahir dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, beliau juga berkemampuan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab dan Bahasa Perancis.

[perlu rujukan]} Khairil Annas juga telah mendapat didikan dan pertauliahan di bidang Pemikiran Lateral daripada Dr. Edward de Bono. Beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) dalam bidang kepimpinan politik, tentang YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, daripada Asia e Universiti (AeU). Sehingga kini, beliau telah menulis serta menjadi editor kepada lebih 20 buah karya berkaitan politik, kepimpinan dan dasar-dasar negara.

http://www.mim.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=230&Itemid=294

Profil[sunting | sunting sumber]

KHIDMAT KEPADA PERSEKUTUAN / KEBANGSAAN[sunting | sunting sumber]

1. Bekas Penasihat kepada YAB Perdana Menteri Malaysia ke-6

2. Ahli Majlis Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

KELAYAKAN AKADEMIK[sunting | sunting sumber]

• 2011 - Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan Asia e University (Ph.D)

• 2003 - Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan dan Perbankan Islam) (MBA) (UIA)

• 1997 - Perunding Bertauliah Pemikiran Lateral - APTT

• 1995 - Sarjana Undang-Undang Antarabangsa University of Cambridge (LL.M)

• 1994 - Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian Kelas Pertama) Universiti Islam Antarabangsa (LL.B)

LANTIKAN / LANTIKAN AKADEMIK[sunting | sunting sumber]

• 2012 (kini) - Profesor Adjunct di ISTAC (UIA)

• 2010 (kini) - Felo Emeritus Malaysian Institute of Management (MIM)

• 2009 (kini) - Profesor Adjunct di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

• 2009 (kini) - Felo Kanan Kehormat Institut Pemikiran Melayu (UiTM)

• 2006-2008 - Profesor Pelawat di Management and Science University (MSU)

DARJAH KEBESARAN/ BINTANG/ PINGAT[sunting | sunting sumber]

• 2016 - Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) dikurniakan oleh SPB YDPA ke-14[perlu rujukan]}

• 2013 - Darjah Persekutuan Yang Amat Dihormati Panglima Setia DiRaja Pangkat Pertama (PSD) dikurniakan oleh SPB YDPA ke-14

• 2012 - Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) dikurniakan oleh KDYMM Sultan Kedah

• 2009 - Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dikurniakan Oleh DYMM Sultan Pahang

• 2009 - Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) dikurniakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka

• 2009 - Pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP) oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah

• 2009 - Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) dikurniakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak

• 2008 - Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) dikurniakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak

• 2006 - Bintang Setia Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (BMS) dikurniakan oleh KDYMM Sultan Kedah

• 1995 - Pingat Emas Tunku dianugerahkan oleh Yayasan Tunku Abdul Rahman

• 1994 - Anugerah Pelajaran DiRaja / Pingat Jaya Cemerlang (PJC) dianugerahkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu

PENCAPAIAN CEMERLANG AKADEMIK[sunting | sunting sumber]

• 1995 - Pelajar Terbaik Keseluruhan antara Universiti Malaysia (Yayasan Tunku Abdul Rahman)

• 1994 - Anugerah Biasiswa Akademik daripada Cambridge Commonwealth Trust Fund kepada pelajar cemerlang daripada Negara-Negara Komanwel

• 1994 - Pingat Emas Mahasiswa Terbaik Keseluruhan Universiti Islam Antarabangsa

} • 1989 - Pingat Emas Pelajar Terbaik Keseluruhan Sekolah Alam Shah,Kuala Lumpur

ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN[sunting | sunting sumber]

• 2013 - Tokoh Hall of Fame Sempena Sambutan 50 Tahun Penubuhan Sekolah Alam Shah

• 2011 - Tokoh Alumni (Pencapaian Khas) Universiti Islam Antarabangsa

• 2009 - Tokoh Cemerlang ASAS (Alumni Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur)

PENCAPAIAN CEMERLANG KO-KURIKULUM[sunting | sunting sumber]

• 1992 - Pembahas Terbaik Intervarsiti Malaysia

• 1991 - Pembahas Terbaik Intervarsiti Malaysia

• 1990 - Pembahas Terbaik Intervarsiti Malaysia

• 1988 - Johan Kebangsaan Pidato Piala DiRaja

• 1988 - Pembahas Terbaik Keseluruhan Piala Perdana Menteri

• 1987 - Johan Kebangsaan Pidato Piala DiRaja

• 1985 - Johan Pidato Peringkat Negeri (Wilayah Persekutuan)

PENGALAMAN PROFESIONAL[sunting | sunting sumber]

• Rakan Kongsi Utama Firma Guaman Khairil & Co.

[perlu rujukan]} • Pakar Runding Pemikiran dan Pakar Motivasi

[perlu rujukan]} • Pendraf Pakar Bidang Undang-Undang Kepada Dewan Bahasa dan Pustaka

[perlu rujukan]} • Pensyarah Undang-Undang dan Undang-Undang Syariah

[perlu rujukan]} • Penulis Skrip Profesional kepada Radio dan TV

[perlu rujukan]} • Moderator Profesional

[perlu rujukan]} • Penterjemah Profesional

[perlu rujukan]}

PENULISAN DAN PENERBITAN[sunting | sunting sumber]

2017 - Ketua Editor : Falsafah Asas TN50[perlu rujukan]}

2018 - Penulis : Politik dan Pilihan Raya di Malaysia, 25 Isu Lazim: Persoalan Hukum-Hakam[perlu rujukan]}

2016 - Penulis: Najib Razak Berjiwa Besar : Empat Dekad Menongkah Arus Kepimpinan dan Politik (1976 - Kini)[perlu rujukan]}

2016 - Penulis : Evolusi Kepimpinan III : Kesetiaan Sepanjang Hayat[perlu rujukan]}

2016 - Ketua Penulis dan Editor Kanan : Jawabul Jawab : Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke XIV dan Ucapan Balas Taat Setia YAB Perdana [perlu rujukan]}

2015 - Penulis dan Ketua Editor : Bajet - Bajet Transformasi Menjelang Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11)[perlu rujukan]}

2014 - Penulis: Dustur Wa Salatin : Perlembagaan dan Para Sultan

2014 - Penulis, Ketua Editor : 11 Pidato Terpilih Najib Razak [perlu rujukan]}

2012 - Editor : Global Movement of Moderates[perlu rujukan]}

2012 - Editor : Transformasi Politik

• 2013 - Penulis : Evolusi Kepimpinan III: Permata Nilam Siyasah Melayu (Rahman, Razak, Hussein dan Mahathir) [perlu rujukan]}

2011 - Penulis : Evolusi Kepimpinan II: Cetusan Lanskap Politik Malaysia (Razak, Mahathir, Abdullah dan Anwar)

[perlu rujukan]} • 2011 - Penulis : Evolusi Kepimpinan IV: Transformasi Bitara Najib Razak

[perlu rujukan]} • 2011 - Penulis : Pendekatan Wasatiyyah Dalam Menghayati 1Malaysia

[perlu rujukan]} • 2011 - Editor : Perkhidmatan Awam, Meneraju Perubahan Melangkau Jangkaan

[perlu rujukan]} • 2011 - Editor : Menjuarai Transformasi [perlu rujukan]}

2010 - Editor : Jawapan Najib[3]

[perlu rujukan]} • 2010 - Editor : Transformasi Minda, Memeta Wawasan Melaksana Amanah[4]

2009 - Penulis : Evolusi Kepimpinan I: Tinjauan Teori-Teori Terpilih

[perlu rujukan]} • 2009 - Editor : Menakhoda Zaman / Helming The Times

[perlu rujukan]} • 2009 - Editor : Kewartawanan Malaysia: Praktis & Cabaran Dalam Era Revolusi Digital

ANUGERAH - ANUGERAH SERTA PENCAPAIAN KHAS

2018 - Pemenang Anugerah Perdana, Anugerah Buku Negara [perlu rujukan]}

Kategori Buku Kepimpinan : Falsafah Asas TN50[perlu rujukan]}

2017 - Pemenang Anugerah Perdana, Anugerah Buku Negara [perlu rujukan]}

Ketegori Buku Kepimpinan : Najib Razak Berjiwa Besar : Empat Dekad Menongkah Arus Kepimpinan dan Politik (1976 - Kini)[perlu rujukan]}

2016 - Pemenang Anugerah Perdana, Anugerah Buku Negara [perlu rujukan]}

Kategori Buku Patriotisme : Evolusi Kepimpinan III : Kesetiaan Sepanjang Hayat[perlu rujukan]} 2015 - Pemenang Anugerah Perdana, Anugerah Buku Negara [perlu rujukan]}

[perlu rujukan]} Kategori Buku Sejarah : Dustur Wa Salatin - Perlembagaan dan Para Sultan

2010 - Pemenang Anugerah Perdana, Anugerah Buku Negara [perlu rujukan]}

Kategori Buku Kepimpinan: Evolusi Kepimpinan I: Tinjauan Teori-Teori Terpilih[perlu rujukan]}

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Evolusi Kepimpinan I: Tinjauan Teori-Teori Terpilih". MPH Publishing. 
  2. ^ [1] Felo List
  3. ^ [2] Jawapan Najib - First Edition
  4. ^ [3] 2010 - Transformasi Minda