Khalid Jafri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Datuk Khalid Jafri Bakar Shah merupakan penulis yang menulis buku 50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM. [1]

Khalid Jafri telah didakwa dan didapati bersalah membuat fitnah bertulis melalui buku 50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM. Dengan itu dia dan isterinya (sebagai penerbit) telah diperintahkan oleh mahkamah agar membayar RM4.5 juta kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai saman malu. Khalid Jafri meninggal dunia pada 29 Ogos 2005 kerana pehanya dipotong akibat penyakit kencing manis.

Anwar saman Khalid Jafri[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Jun 1998, Anwar menfailkan saman terhadap Khalid Jafri dan isterinya Rozihan A. Ghani (appellate kedua dalam rayuan tersebut).[2]

Pada 20 Januari 2005, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas penulis buku, 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM iaitu Datuk Khalid Jafri atas dakwaan menulis kata-kata fitnah terhadapnya.Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus memutuskan demikian setelah membatalkan pembelaan Khalid apabila peguamnya, Shamsul Baharin tidak hadir.isterinya, Rozihan Abdul Ghani yang merupakan penerbit Media Pulau Lagenda, sebagai defendan kedua. Pada 18 Ogos 2005, Anwar diberi ganti rugi RM4.5 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Anwar Ibrahim menang dalam saman fitnahnya terhadap penulis buku tersebut dan isterinya.

Buku 50 dalil kenapa Anwar tak boleh jadi PM dikatakan cuba menjatuhkan Anwar Ibrahim.Buku tersebut diedar secara meluas semasa Perhimpunan agung UMNO 1997]] semasa Anwar hendak merasmikan persidangan pemuda dan wanita UMNO .

Pada 31 Julai 2007, panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Wan Adnan Muhamad membatalkan rayuan Rozihan. Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus memerintahkan supaya Anwar dibayar RM4 juta akibat fitnah dan RM500,000 lagi disebabkan konspirasi.[3]

Khalid Jafri saman Harakah[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Ogos 2001, Khalid Jafri telah menyaman Harakah berhubung artikel 'Malaysia Sweeps 10 Oscars' yang disiarkan dalam akhbar Harakah pada Mac 1999. Bekiau menuntut ganti rugi RM200,000.PAS sebagai pemilik dan penerbit Harakah, editornya Zulkifli Sulong, pencetak Syarikat Prema dan ketua bahagian bahasa Inggeris Harakah Muhammad Abdul Rahman Koya diperintahkan membayar RM200,000 kepada Khalid Jafri kerana memfitnah beliau dan menerbitkan kenyataan fitnah. Balunya Rozihan A Ghani menjadi responden menggantikan suaminya yang telah meninggal dunia pada 29 Ogos 2005.

Artikel itu dikatakan menggambarkan Khalid Jafri seorang penjenayah dalam Kesusasteraan Melayu. Tetapi defenden menganggap artikel itu hanyalah satira, cereka dan dicetak dalam bentuk gurauan.

Pada 13 Januari 2009 , Hakim Mahkamah Rayuan, Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Sulong Matjeraie dan Datuk KN Segara, membenarkan permohonan peguam Khalid Jafri, Shamsul Bahrain Ibrahim untuk menukar nama responden kepada Rozihan pula.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]